Ahlan Wasahlan, Selamat Datang



Bissmillahirahmanirahim...
Alhamdulillah...
Kesyukuran yang tinggi di ucapkan ke hadrat ALLAH Taa'la kerana memberikan 2 nikmat yang besar buat kita iaitu nikmat Iman dan Islam.


Kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat ALLAH Taa'la kerana memberikan keizinan untuk Anna  membuka ruangan Blog ini, walaupun tidak seberapa. Almaklumlah, baru berlajar 'bertatih',hehe


Tujuan blog ini 'di adakan' adalah untuk meletakkan karya-karya Anna, untuk para pembaca sekalian. Diharapkan agar karya-karya Anna yang tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda semua.


Segala kritikan, cadangan, komentar dan yang seumpama dengannya amatlah di alu-alukan untuk Anna memperbaiki segala kekurangan yang ada.


Terima kasih yang tidak terhingga juga di ucapkan kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca karya 'anna AZ' di http://www.penulisan2u.my/tag/cerita-cinta/ . Anna amat menghargainya. Insya-ALLAH mana yang kurang akan Anna perbaiki dari semasa ke semasa.


Serba-sedikit tentang Anna AZ
Minat menulis memang tertanam di dalam diri Anna sejak dibangku sekolah lagi. Masa sekolah dulu Anna suka menulis cerita-cerita pendek dalam buku latihan, sampai selalu kena beli buku latihan baru,hehe..tapi entah macam mana entah, buku-buku tu semua dah hilang...sedihnyee...huhuhukk.. Anna suka subjek Bahasa Melayu, walaupun karangan bukanlah selalu dapat A,huhu...


Insya-ALLAH, Anna akan teruskan minat menulis ini.


Kepada para pembaca yang minat juga dalam bidang penulisan ini, tapi tak tahu nak buat macam mana, Anna sarankan supaya anda mulakanlah dengan langkah yang pertama, agar nanti akan adanya langkah yang ke dua, ketiga dan seterusnya. Tak cuba tak tahu, bukan? :)
Anna bukanlah pakar dalam bidang ini untuk menasihati orang lain, tapi tak salahkan kalau kita kongsi minat yang sama, kan? :)


Akhir kalam, Anna memohon kemaafan sekiranya tempoh masa untuk membuka ruangan blog ini mengambil masa yang terlalu lama. Diharapkan agar anda semua akan terus membaca karya-karya Anna AZ. Sekian, terima kasih. :)




anna AZ - 2/3/2012

No comments:

Post a Comment