Friday 26 October 2012

CeritaCinta-Bab 23


Bab 23

Faizal membuka pintu bilik Ery. Dia terkejut kerana Ery tiada di atas katil.

“Eh! Mana pulak perginya budak Ery ni? Semalam beria-ia suruh aku kejut dia. Ni dah tak ada atas katil?”

Sebelum tidur malam semalam, Ery berulang-ulang kali mengingatkan Faizal supaya mengejutkannya bangun pagi. Almaklumlah seminggu tiddak berjumpa dengan Auni.

Faizal terdengar bunyi shower di dalam bilik mandi. Tengaga mulut Faizal apabila Ery membuka pintu bilik mandi dan keluar daripadanya. Ditenyeh-tenyeh matanya berulang kali.
“Biar betul! Kau bangun sendiri Ery? Siap mandi lagi?” Faizal benar-benar tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Yang kau tenganga macam nampak hantu ni kenapa? Betullah. Kenapa, tak percaya? Baguslah kau ada kat sini. Kau tolong panaskan ejin kereta aku sekejap. Aku nak bersiap ni. Takut nanti lambat pula. Pergilah cepat. Ni kuncinya.”

Ery memberikan kunci keretanya kepada Faizal yang masih berdiri kaku dan tidak percaya.

“Yang kau berdiri lagi tu kenapa? Cepatlah keluar aku nak pakai baju ni. Cepat pergi panaskan enjin kereta.” Ery mengarah.

“Tapi, macam mana kau boleh…?” Faizal masih lagi tidak percaya.

“Boleh apanya?” Ery membetulkan tali pinggangnya.

“Macam mana kau boleh bangun sendiri? Sepanjang aku hidup dengan kau, aku tak pernah tengok kau bangun sendiri. Ini first time, kau tahu?”

“Eh, ye ke? Em, manusia boleh berubah, Faizal. Apa yang kau nak hairan?” Ery menyarung baju t-shirtnya pula, sedangkan Faizal masih lagi berdiri di tempat yang sama, tidak berganjak walau seinci. Masih tidak percaya sama sekali.

“Tapi macam mana kau boleh berubah?” Faizal cuba mencari sebab munasababnya.

“Hah! Sah! Aku tahu dah. Ni mesti sebab kau tak sabar-sabar nak jumpa dengan Auni, kan? Isteri kau tu. Kau rindu kat dia, kan?” Faizal meneka dalam keadaan gembira, kerana dia sudah tahu puncanya.

“Ah! Merepeklah kau. Aku takut jalan sesak je la. Tu je. Dah la, pergi turun sekarang. Panaskan enjin kereta aku. Cepat!” Tanpa mengarahkan mukanya kepada Faizal, Ery tersenyum, kerana tekaan yang dibuat oleh Faizal itu 100%, betul!

“Eleh! Kau tak payah nak sorok dari akulah. Aku dah masak dengan perangai kau. Kalau kau nak tahu, perangai kau tu dalam poket aku je la.” Faizal terus berlalu keluar dari ruangan bilik Ery. Dia yakin tekaannya itu tepat.

‘Ceih! Takut jalan sesak konon. Huh!’ Faizal ketawa.

Ery memasukkan barang-barangnya ke dalam beg pakaian. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan bangun tidur dengan sendirinya tanpa ada seseorang pun yang mengejutkannya bangun! Aneh, bukan?

‘Rindu? Em, sekejap…biar aku fikir dulu. Ah! Malaslah aku fikir. Bukan sebab tu kot. Em, mungkin penyakit susah bangun tidur aku ni dah hilang. Hah! Sebab tu lah aku boleh bangun sendiri.’ Ery membuat andaian, cuba menafikan perasaan sebenar di hati.

Ery bergegas menuruni anak tangga, kemudian terus memasuki keretanya.

“Thanks ye, Faizal. Nanti sebelum kau balik tolong kunci semua pintu dan tingkap tau dengan gate sekali. Jangan lupa pulak.” Ery memberi pesanan.

“Ye, aku tahu. Alah, macamlah aku tak biasa. Lagipun, aku tahu ni last aku bermalam kat rumah kau ni, lepas ni dah tak boleh dah, sebab kau dah ada isteri. Mesti mau privasi ma..” Faizal sudah mula mengusik.

“Memang aku dah ada isteri, tapi tak bermakna kau tak boleh datang. Rumah aku ni sentiasa terbuka untuk kau la.”

“Okay. Dah la. Tadi kata takut jalan sesak. Bertolaklah sekarang.”

“Haah, kan. Ye tak ye jugak. Okay, aku pergi dulu. Assalamua’laikum.”

“Waa’laikumusalam.” Faizal menjawab salam yang diberi.

Namun, belum sempat Ery keluar daripada pintu pagar rumah, keretanya tiba-tiba di ‘blok’ oleh sebuah kereta lain. Nasib baik pedal minyak sempat di tekan, kalau tidak... Nauzubillahiminzalik.

Faizal yang memerhati, mengucap panjang. Terasa hendak tergugur jantungnya.

Arisya keluar daripada kereta tersebut dalam keadaan marah. Diketuk-ketuk cermin tingkap kereta Ery. Sekarang dia mahu membuat perhitungan dengan Ery.

Ery agak terkejut. Namun, cermin tingkap keretanya dibuka.
“I nak cakap dengan you sekejap.” Arisya bersuara.

“Cakaplah. Tapi cepat sikit, I ada hal ni.” Ery tidak memandang wajah Arisya.

“Kalau ye pun, keluarlah dulu.” Arisya sudah naik ‘berang’.

“Cakap je la. Malaslah I nak keluar.” Betul, Ery benar-benar tidak mahu bercakap dengan Arisya saat ini. Kalau boleh, terserempak dengan dia pun Ery tidak mahu.

Arisya terkejut. Ini kali pertama Ery menolak permintaanya.
Faizal hanya memerhati dari jauh.

Arisya menarik nafasnya sedalam-dalamnya. Cuba menenangkan diri.

“I nak tanya you sesuatu ni.”

“Apa dia?”

“Betul ke you dah kahwin?”

“Baguslah kalau you dah tahu.” Dengan selamba Ery menjawab.

“Tapi you tak bagitahu I pun, dengan Haris pun you tak bagi tahu. We all ni kan kawan you. Best friend you.” Arisya sudah mula meninggikan suaranya. Dia benar-benar kesal dengan tindakan Ery.

“Okay, I bagi tahu you sekali lagi. I sekarang ni sudah sah menjadi suami kepada Auni Syatirah binti Badaruddin. Puas hati you sekarang?”

“Sampai hati you Ery, I betul-betul tak sangka yang you...” Arisya memberhentikan ayatnya.

“Sudahlah, Arisya. I malas nak bertekak dengan you. Tolonglah alihkan kereta you tu. I nak cepat ni, and lagi satu kalau you free jemputlah datang majlis I hari Sabtu ni. Ni kadnya. Ajak Haris sekali.”

Ery menghulurkan sampul surat gold kepada Arisya. Arisya menerima dengan hati yang terluka. Dia benar-benar tidak menyangka yang Ery akan berubah. Ery yang dia kenal dahulu tidak sama dengan Ery yang dia kenal sekarang. Benar-benar berbeza.

Arisya mengambil sampul yang diberikan oleh Ery kemudian bergerak ke keretanya. Sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam kereta sempat dia memandang Ery dengan linangan air mata.

Sungguh, Ery tidak sanggup melihat Arisya menitiskan air mata. Hatinya terasa pilu.

****

Wajah Auni jelas menunjukkan yang dia sedang gembira saat ini. Hatinya benar-benar bersorak keriangan. Ini kerana, pagi-pagi lagi handponenya telah menerima satu mesej daripada Ery, suaminya itu.

“Saya akan bertolak pagi ni.”

Walaupun ayatnya pendek dan mungkin boleh mengelirukan, ia sudah cukup buat Auni, dan dia sangat mengerti maksud dari mesej tersebut. Ini bermakna, Ery akan tiba dirumahnya pada hari ini! Syokya...!

‘Tak sabar rasanya. Eh, sekejap. Kenapa aku teruja sangat ni? Ah! Biarlah, dia kan suami aku.’ Auni cuba menenangkan dirinya.

Auni mengemas biliknya. Menyapu sampah, sambil bernyanyi keriangan. Mak Jenab dan Pak Badar yang menjadi pemerhati, memandang dengan senyuman. Mereka kini yakin Auni benar-benar bahagia.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta yang memasuki halaman rumah. Auni merapikan dirinya untuk menyambut suaminya yang sudah pulang.

“Assalamua’laikum.” Ery memberi salam dalam keadaan yang tidak bermaya.

“Waa’laikumusalam.”

Walaubagaimanapun, Auni tetap menyambut dengan senyuman yang tidak henti-henti. Disambutnya juga beg Ery. Auni meneka mungkin Ery kepenatan yang amat sangat sehinggakan terpancar diraut wajahnya yang seperti kelesuan.
Selepas berjumpa dan bersalaman dengan Mak Jenab dan Pak Badar, Ery terus menapak masuk ke dalam bilik. Kepalanya sekarang ini dirasakan sangat berat sekali. Hatinya rungsing. Difikirannya sekarang ini adalah Arisya.

‘Aku telah membuatkan dia menitiskan air mata. Kejamkah aku?’ Ery menekup mukanya dengan bantal.

Auni memasuki bilik mereka sambil membawa beg-beg Ery. Dilihatnya Ery yang sedang terbaring keletihan di atas katil.
“Mungkin dia betul-betul penat kot. Biarlah dia berehat dulu.” Perasaan kasihan menjelma di hati Auni.

****

“Hah, Ery. Makan banyak-banyak. Baru seminggu tak jumpa, ayah tengok kamu ni dah semakin kurus.”
“Aha, la Ery. Mak pun rasa macam tu. Badan kamu ni dah semakin susut sikit mak tengok. Kamu sibuk sangat ke? Makan ke tak? Ke tak lalu nak makan sebab teringatkan isteri kamu ni?” Mak Jenab mula mengusik. Nasib baik Auni tidak tersedak sewaktu menyuapkan nasi ke mulut. Ery pula hanya memberikan senyuman.

“Kamu tahu tak Ery? Sepanjang kamu tak ada kat sini. Auni ni, makan pun tak lalu. Muka dia tu muram saja. Senyum pun susah. Tapi bila dia tahu saja kamu nak balik pagi tadi, bukan main semangat lagi dia. Kemas bilik la, sapu sampah la. Gembira sangat, sebab kamu dah nak balik.”
“Mana adalah ayah. Auni macam biasa aje.” Auni menahan malu.

Ery pula hanya memandang Auni dengan ekor matanya sahaja.
“Hah, malu la tu. Kenapa nak malu pula? Bukan orang lain, suami kamu juga. Betul tak Ery?”

“Em, betul la tu mak.” Er mengangguk sambil memberikan senyuman yang dibuat-buat. Dia hanya mengiakan saja apa yang dikatakan oleh mertuanya.

Auni dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Ery. Walaupun jasad Ery ada bersama dengan keluarganya pada waktu makan malam ini. Namun, hati dan fikirannya berada jauh. Auni dapat merasakannya.

***

“Awak, boleh saya tanya satu soalan?” Auni memberanikan diri.

“Apa dia?” Ery seperti endah tidak endah. Dia berbaring di atas katil sambil tangannya diletakkan di atas dahi dan memejamkan matanya.

“Em, awak ada masalah ke?” Auni bertanya.

“Kenapa awak tanya macam tu? Saya ni nampak macam ada masalah ke?” Soalan diajukan pula oleh Ery.

“Hhm, awak memang nampak macam ada masalah. Kalau awak ada masalah, berat nak tanggung sendiri, ceritalah kat saya. Sekurang-kurangnya saya boleh dengar.”

Ery diam tidak bersuara. Mana mungkin dia ceritakan masalahnya pada Auni, kerana masalahnya berkait dengan Arisya sekiranya diceritakan, dibimbangi Auni akan tersalah faham.

“Awak kenapa diam je ni? Dah tidur ke?” Auni melihat Ery disebelah. Mungkin Ery sudah terlena atau mungkin Ery tidak mahu menceritakan masalahnya. Auni mengerti, kerana mungkin ada sebab yang tersendiri.

***

Auni sudah lena dibuai mimpi. Ery berpaling kepadanya. Dia meneliti wajah Auni yang sedang nyenyak tidur. Wajah itu begitu polos dan membuatkan hati Ery berasa tenang.

“Maafkan saya Auni, kerana telah membuatkan awak risau. Bukan niat saya untuk tidak menceritakan masalah saya. Biarlah masalah itu saya selesaikannya sendiri. Terima kasih atas keperhatian awak. Saya menghargainya.” Satu kucupan dihadiahkan oleh Ery pada dahi Auni.

Auni dapat merasainya.

***

Ery memejamkan matanya. Dia dapat merasai deruan bayu pantai yang begitu menenangkan. Terasa segala masalah yang melanda hilang dibawa angin pergi entah ke mana. Terasa kosong pada dinding fikirannya tanpa sebarang masalah. Sesungguhnya ciptaan Ilahi ini dapat mengubati diri tatkala hati berada dalam keresahan.

Terkejut Ery tatkala mata dibuka, Auni sudah berada disebelah duduk tercongok memerhatikannya. Serta merta senyuman Ery terukir.

“Hah, macam tu la, senyum. Ni tak, dari semalam balik senyum pun tak. Walaupun saya tak tahu seberat mana masalah awak, tapi awak kena hadapinya dengan senyuman. Barulah masalah tu terasa ringan.” Auni cuba untuk menceriakan suaminya.

Ery memandang Auni dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Begitu redup pandangannya. Ery berasa bertuah kerana memiliki seorang isteri seperti Auni. Memandangnya sahaja sudah dapat mengubati hati yang lara.

“Kenapa awak pandang saya macam tu? Auni sedikit gugup. Pandangan itulah yang membuatkan hatinya berdegup kencang. Dirinya menjadi seram sejuk tatkala wajah suaminya yang begitu mempersona memerhatikannya.

Ery meneruskan pandangannya pada Auni. Hatinya tercuit melihat Auni dalam keadaan begitu.

“Ehem! Awak janganlah pandang saya macam tu.” Auni semakin serba salah. Tekaknya juga terasa kering.

“Kenapa? Tak boleh ke? Awak kan isteri saya.” Suara Ery yang lembut dan halus itu jelas hinggap di pendengaran Auni.

Sungguh, Auni tidak mampu untuk terus berada di situ. Risau kegelisahan di hati dapat dihidu oleh Ery.

“Em... sarapan dah siap tu. Mak panggil kita makan sekali.” Auni bangun untuk melangkah, namun belum sempat kakinya dihayun, Ery mencapai tangannya.

“Janganlah jalan dulu. Kita jalan sama-sama ye.” Ery membuat muka comelnya.

Ketawa Auni melihat telatah Ery pada pagi ini.

‘Semalam muka bukan main muram lagi, tiba-tiba hari ni ceria pula. Pelik betul suami aku ni.’

Mereka berjalan beriringan. Ery masih tidak melepaskan tangan isterinya itu. Auni pula merasa tidak berapa selesa dengan keadaan tersebut.

“Ehem, awak.” Auni memanggil sambil menunjukkan ke arah tangan Ery yang erat memegang tangan Auni.

Ery pula memberi reaksi tidak tahu. Walaupun sebenarnya Ery mengerti maksud pandangan itu.

“Tangan saya.” Auni menjuihkan muncungnya.

“Eh! Oh... lupa pulak saya.” Ery segera melepaskan tangan Auni.
Tidak haram sekiranya Ery hendak meneruskan pegangan tangan Auni. Mereka sudah menjadi suami isteri, bukan?

Tidak seperti orang kebanyakan yang berkelakukan seperti pasangan suami isteri walaupun masih belum melakukan akad nikah yang sah.

Namun, Ery faham dan mengerti, Auni masih lagi tidak boleh membiasakan dirinya. Walaupun begitu, Ery akan cuba untuk terus mendekati isterinya itu. Mampukah? Hanya Allah Taa’la yang Maha Mengetahui.

1 comment: