Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 1

Suasana pagi yang cerah dan permai. Matahari sudah mula menampakkan diri setelah semalaman ‘menidurkan’ dirinya. Keadaan malam yang sunyi sepi sudah bertukar menjadi riuh rendah dengan bunyi kenderaan dan ‘hon’ kereta yang tersekat dijalan raya. Kalah keadaan di pasar.
Manusia berpusu-pusu, berkejar-kejar mahu menuju ke tempat kerja. Niat dihati ingin mencari rezeki yang halal untuk hari ini. Jika yang sudah berkeluarga, rezeki dicari untuk anak-anak dan isteri. Walau sesukar manapun kerja yang mereka lakukan, mereka tetap akan berusaha sedaya mungkin. Mereka yang beruntung adalah mereka yang mensyukuri setiap nikmat yang telah Allah kurniakan. Manakala mereka yang rugi adalah mereka yang sudah diberi nikmat tetapi tidak berasa puas dan tidak pula bersyukur.
Jam loceng yang berbunyi sungguh membingitkan telinga kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
“Bising betullah!!! Ganggu orang tidur saja.” Ery mematikan jam yang meganggu mimpi-mimpi indahnya.
‘Sekarang baru aman.’
 Namun tidak lama kemudian bunyi ringtonehandphonenya pula membuatkan angin kemarahan sudah berada di kemuncak.
“Siapa pula yang nak kacau aku tidur ni?! Tak boleh tengok orang senang betullah!” Ery mencari-cari dimana letak duduknya bunyi yang menyakitkan hatinya diwaktu itu. 
“Hello, kenapa telifon pagi-pagi ni? Kacau orang nak tidur saja lah.” Ery menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggilnya. Matanya tetap dipejamkan.
“Pagi kau cakap? Cuba tengok dekat luar, matahari dah terpacak atas kepala dah. Apa nak jadi dengan kau ni, hah? Dari tadi aku call kau, tak angkat-angkat. Sekarang satu Malaysia cari kau, tahu? Aku percaya kat luar rumah kau sekarang pun dah ramai tetamu yang tak diundang datang. Tak percaya? Kau tengoklah.” Faizal selaku pengurusnya sekarang, merangkap best friendnya sudah angin satu badan. Dia sudah tidak larat nak menutup gosip-gosip liar yang berkaitan dengan Ery.
Bakatnya diasah dari bawah sebagai model-model iklan. Namun kini, dia sudah menjadi seorang artis yang terkenal dan digilai ramai, terutamanya golongan Hawa. Mana tidaknya, pada mata-mata wanita diluar sana, Ery memiliki semua ciri-ciri lelaki idaman mereka. Memiliki tubuh yang sasa, yang tinggi lampai, wajah yang tampan dan kacak. Apatah lagi bila dia tersenyum, bukan setakat perempuan-perempuan muda sahaja yang ‘cair’, mak cik-mak cik dekat kampung pun turut sama, malahan mungkin aisberg pun ‘cair’ dibuatnya. Amboi, itu sudah lebih.
Ery segera bangun dan melihat melalui tingkap biliknya. Memang benar apa yang diberitahu oleh Faizal. Di luar pintu pagar rumahnya kelihatan sudah ramai tetamu-tetamu yang tidak diundang tercegat menunggunya keluar.
“Ya Allah, Faizal. Kenapa ramai sangat wartawan dekat luar rumah aku ni.? Apa yang dia orang buat kat sini?” Ery mencari penjelasan daripada kebuntuannya. Mencari jawapan daripada soalannya.
“Hah, itu lah kau. Pandai sangat kan? Yang kau pergi layan minah model semalam apa hal? Inilah akibatnya.”
‘Minah model?’ Ery cuba mengingati kembali apa yang telah di lakukannya semalam.  
“Ery, marilah duduk sini. Temankan ‘girl-girl’ dulu, okay.” Salah seorang model iklan minyak wangi datang menghampiri Ery dan terus menarik lengannya untuk duduk disebelahnya. Kelakuan perempuan tersebut sungguh menggelikan dan meloyakan tekak bagi sesiapa yang melihat, termasuklah Ery, tetapi bagi Ery, ‘Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari’. ‘Ikan’ dah ada depan mata, ‘kucing’ mana yang tak ngap?!!
Namun di ketika ini, di saat ini. ‘Maut’ seolah-olah datang mencari dan menghampirinya. Ery ke hulu ke hilir, berlegar-legar di dalam biliknya cuba mencari jalan penyelesaian bagi situasinya ini.
“Faizal, kau kena tolong aku sekarang. Kau kena datang sini, sekarang jugak. Tolong aku.” Hanya itu yang mampu diucapkannya.
“Aku dah agak dah. Kalau susah kau cari aku la, kan. Bila masa aku tak tolong kau, hah? Aku rasa, aku ni memang dilahirkan semata-mata untuk tolong kau je lah, Ery.”
“Eh, Faizal…ini bukan masanya untuk kau buat lawak, okay. Sekarang baik kau datang sini, sebelum aku pecat kau!”
“Ewah-ewah, sesedap rasa je kau nak pecat aku. Selama ni aku inilah yang banyak tolong kau. Berterima kasih lah sikit. Ni tak, nak pecat aku pulak. Huh!” Ada rasa terkilan di hati Faizal mendengar kata-kata dari Ery. Namun Faizal sedar siapa dirinya itu dimata Ery. Dia hanya sekadar ‘kuli’.
Mereka sebenarnya sudah berkenalan semasa mula-mula Ery menjejakkan kakinya di dalam bidang yang penuh dengan ‘glamour’ ini. Kemudian, apabila Ery melibatkan diri dalam bidang lakonan, Faizal dilantik olehnya untuk menjadi pengurus peribadinya. Segala jadual-jadualnya diuruskan dengan baik oleh Faizal.
“Sory Faizal, aku…” Ery menyesal dengan kata-katanya tadi.
“Okay, okay…aku datang sekejap lagi. Kau tunggu. Pergi mandi dulu. Bau air liur basi kau tu sampai sini.”
Faizal sudah masak dengan perangai Ery. Kalau datang angin barannya itu, laju saja perkataan yang tidak sedap di dengar keluar dari mulutnya. Ery juga sudah mengenali Faizal, jika dia dalam keadaan stress, Faizal akan cuba mencari jalan untuk menceriakannya kembali.
*********
“Mak, dah lah tu. Nanti ayah balik rumah juga. Mak janganlah risau ye.” Auni cuba memujuk emaknya yang sedari tadi tidak duduk diam menunggu suaminya pulang.
“Macam mana mak tak risau? Tengok jam. Sekarang pukul berapa? Dah nak dekat pukul dua pagi, ayah kamu ni tak balik-balik lagi. Geram mak dibuatnya. Ish, orang tua ni. Siaplah kalau dia balik nanti. Tahulah apa aku nak buat.” Mak Jenab memang sudah tidak tahan lagi dengan sikap suaminya itu. Asyik berjudi, minum arak dan balik rumah nanti mesti dalam keadaan mabuk.
“Hah! Itu pun dia. Panjang umur lagi orang tua ni rupanya. Mabuk-mabuk pun, tahu jugak jalan balik rumah. Ingatkan dah sesat tadi.” Mak Jenab meluru kearah Pak Badar, yang terhuyu-hayang akibat mabuk. Auni cuba menahan ibunya, namun kurdat ibunya itu masih kuat.
“Abang! Abang pergi lagi ye, main judi? Ni bau arak kan, kat badan abang ni?” Mak Jenab terus mengeluarkan soalan-soalannya. Isteri mana yang tahan dengan perangai suami yang macam Pak Badar ni?
Auni Syathirah, satu-satunya anak yang tinggal bersama mereka. Mereka sebenarnya mempunyai dua orang anak lagi sebelum ini, tetapi dijualnya oleh Pak Badar untuk melangsaikan hutang-piutang judinya. Puas Mak Jenab menghalangnya, namun manakan besar kudrat seorang wanita yang sedang berpantang ketika itu.
Kalau di ikutkan, Auni juga mahu dijualnya, namun Mak Jenab berkeras, bermati-matian mempertahankan anaknya yang seorang itu. Maka dengan sebab itulah Auni dapat hidup bersama dengannya sehingga sekarang. Mak Jenab tidak tahu menahu tantang nasib anak-anaknya yang lain. Entahkan hidup entahkan tidak. Dia sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti dia akan bertemu kembali dengan anak-anaknya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Begitu sakit dan perit sekali perasaan Mak Jenab, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Kehidupan Auni sekeluarga tidak sama dengan kehidupan bahagia keluarga lain. Auni terpaksa bekerja, bukan semata-mata untuk makan pakai mereka anak beranak, tetapi juga untuk membayarkan hutang judi ayahnya itu. Jika dia enggan memberi wang, maka tali pingganglah ‘rakan sepermainannya’.
“Abang nak duit. Cepat, bagilah abang duit.” Pak Badar sudah terjelopok di atas kerusi rotan di dalam rumah usang peninggalan nenek Auni itu. Keadaannya seperti orang separuh sedar. Bercakap, tetapi matanya tertutup.
Sebenarnya dia sudah keletihan kerana hari ini sudah sepuluh ke sebelas kali dia kalah judi. Habis semua duit yang diberikan oleh Auni.
“Apa?! Abang nak minta duit lagi?! Pagi tadi Auni dah bagi duit dah kan? Dah habis dah? Abang…tolonglah ubah perangai dan sikap abang ni. Malulah sikit dengan Auni tu. Sepatutnya ayah yang tanggung anak…ini tidak, terbalik…anak yang kena tanggung ayah. Apa nak jadi dengan abang ni?” Mak Jenab sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Dia terduduk. Air matanya sudah mengalir deras. Dia tidak dapat bayangkan nasib mereka akan datang. Bilakah masa suaminya itu akan mengubah perangai buruk yang dimiliki. Terasa sudah tiada harapan untuk dia mengecapi kebahagiaan hidup di dunia yang fana ini.
“Mak, dah lah tu. Jom kita masuk tidur.” Auni memujuk ibunya. Memimpin dan memapah ibunya menuju ke bilik. Kalau di ikutkan hatinya, mahu sahaja dia melarikan diri dan keluar dari rumahnya itu. Dia mahu lari jauh, meninggalkan segala penderitaan yang di alami sedari kecil lagi. Tidak ada sekelumit kebahagiaan pun yang pernah di rasa olehnya.
Belajar hanya sampai SPM. Itupun ayahnya tidak habis-habis menyuruhnya berhenti belajar. Disuruh bekerja mencari wang untuk kepuasan nafsu judi dan araknya semata-mata. Namun Auni enggan menurut apa yang diperintahkan oleh ayahnya itu.
Seperti biasa, tali pinggang dan batang paip akan segera hinggap dibadannya yang kecil molek itu. Auni berjanji kepada ayahnya, dia akan bekerja sambil belajar. Seawalnya,  Pak Badar tidak mahu mendengar cadangan yang dikemukakan oleh Auni, tetapi setelah dipujuk oleh Mak Jenab, akhirnya Pak Badar bersetuju.
Pada mulanya, Mak Jenab menjual kuih untuk menolong Auni, akan tetapi wang yang diperolehi oleh Auni sebagai pencuci pinggan di restoran makanan tidak mencukupi untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih-muih. Akhirnya Mak Jenab berkebun kecil-kecilan di belakang rumah. Itupun terlalu sedikit wang yang dia dapat.
Sewaktu Auni bekerja di restoran, dia mengutip sisa-sisa makanan yang masih elok dan dibawa pulang untuk dimakan bersama-sama dengan ibunya. Mak Jenab benar-benar kasihan dengan nasib anaknya itu. Muda-muda lagi sudah terpaksa hidup susah. Namun bagi Auni, biarlah susah asalkan dapat bersama-sama dengan ibunya yang tercinta.
Auni merebahkan dirinya di atas katil. Matanya memandang ke atas. Hanya atap zink yang berkarat yang menunggu masa untuk menghabiskan hayat. Dia berfikir sejenak. Sampai bila dia mahu hidup seperti ini? Dia mesti mencari jalan untuk mengubah taraf hidup keluarganya. Saat itu dia terfikirkan Lisa, sahabat baiknya sewaktu di sekolah menengah dahulu.
Lisa sekarang bekerja di restoran resort bertaraf lima bintang berdekatan tempat tinggalnya. Namun jika dia berjalan kaki dari rumahnya, mungkin satu ke dua jam baru sampai. Ini kerana rumahnya berada jauh dihujung pulau, dia pula tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk ke sana. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada rumahnya itu tersenarai ataupun tidak di dalam bancian penduduk di Malaysia.
Selepas habis SPM Lisa melanjutkan pelajarannya dalam bidang masakan kerana memiliki minat yang mendalam dalam bidang itu. Sewaktu dia belajar dahulu pun, Aunilah yang menjadi ‘mangsa’ untuk menjadi juri perasa masakannya.
“Hah! Mungkin aku boleh minta bantuan Lisa untuk dapatkan kerja di resort tu. Kerja  cleaner pun sudah seribu rahmat bagi aku. Gaji kat sana mesti lebih besar bebanding kerja dekat sini. Esok aku mesti pergi jumpa dia.”
Auni tidak sabar menanti hari esok. Dia berharap semoga sinar-sinar kebahagiaan masih ada untuknya.

No comments:

Post a Comment