Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 2

“Ery, sekarang apa rancangan kau? Kau nak buat apa untuk menutup cerita-cerita panas tentang kau ni? Lepas ni kau dah start berlakon filem baru dah. Macam mana kalau ranking kau menurun? Aku takut nanti, pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit filem tak cari kau dah. Ini filem pertama kau, tahu? Arahan pengarah terhebat dekat Malaysia pula tu, aku harap filem ni tak menjadi filem terakhir kau juga lah.” Faizal mula risau dengan gosip yang tidak putus-putus berkaitan diri Ery. Ada sahaja cerita-cerita baru mengenainya. Tidak ada cerita lain, semuanya berkaitan dengan skandal-skandalnya. Minggu ini dengan perempuan lain. Minggu depan dengan model perempuan lain. Minggu satu lagi dengan artis lain. Naik rimas Faizal dibuatnya. Susah jadi orang popular yang tengah meletop sekarang ini.
Faizal juga sudah naik muak untuk bercakap bagi pihak Ery. Pagi semalam, sesampainya dia di pintu pagar rumah Ery, para wartawan segera menyerbunya dengan bermacam-macam soalan.
“En. Faizal betul ke Ery sekarang tengah hangat bercinta dengan Mona, model yang tercantik dan terkenal tu?”
“Betul ke yang mereka selalu berjumpa?”
“Bila agaknya mereka akan memberitahu kami, mengenai hubungannya dengan Mona?”
“Peminat dia pun nak tahu juga.”
Soalan yang bertalu-talu dan bertubi-tubi diajukan kepada Faizal. Naik sesak nafasnya dek kerana para wartawan yang menghimpit dan menghalang perjalanannya.
“Minta maaf semua. Saya tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut. Nanti kita tunggu Ery sendiri yang akan buat pengumuman, okay? Jadi saya harap kamu semua boleh pulanglah. Bukan niat nak menghalau, tapi tolong hormat orang-orang yang berada di sekeliling rumah ni. Boleh? Mereka tak suka kecoh-kecoh, okay.”
“Tapi En. Faizal…”
“Excuse me.” Faizal terus merempuh mereka yang ada di situ. Meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga-pinga.
“Eleh, ingat orang nak sangat tahu tentang dia?! Kitaorang buat ni pun sebab kerja sajalah. Eh! Kalau tak, tak ‘hingin’ lah!”
“Dah lah kena berdiri dekat luar ni dari tadi! Kalau jemput masuk tak apa juga. Ini tidak, kita tunggu dekat luar ni dah macam penjaga pintu rumah dia saja! Jom la kita balik!” para wartawan sudah mulai geram. Namun mereka terpaksa akur dengan kata-kata Faizal. Mereka terpaksa undur diri buat ‘sementara waktu’.
Faizal yang lebih-lebih risaukan Ery, sedangkan Ery? Boleh duduk rileks saja, sambil membaca surat khabar yang menjadi rutin harian paginya itu.
“Kau biarkan sajalah cerita tu Faizal. Nanti lama-lama diamlah mulut dia orang semua tu.” Walaupun lagak Ery seperti endah tidak endah dengan cerita mengenai dirinya itu, namun jauh di sudut hatinya merasa rimas dan bimbang dengan semua yang berlaku.
Keadaan sunyi sekejap. Masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang dihadapi sekarang, namun jalan ‘mati’ yang ditemui.
“Eh, kau dah tahu dah kan, nanti kita shooting dekat mana?” Faizal malas mahu memikirkan terus jalan penyelesaian yang menyakitkan kepalanya itu.  Dia juga kasihankan Ery yang jelas rungsing walaupun cuba menyembunyikannya. Dia mahu melupakan masalah yang ada buat sementara.
Namun sekarang jelas kelihatan dari riak muka Faizal yang dia begitu teruja memandangkan dia sudah tahu lokasi pengambaran tersebut.
“Dah kau tak bagi tahu aku, macam manalah aku nak tahu. Dekat mana?” Ery mahu juga tahu di mana dia akan berlakon.
You can’t imagine, Ery. Kita akan pergi ke Pulau Tioman!! Pulau yang cantik dan sungguh mengasyikkan!!” Faizal sedikti melompat kegembiraan, tetapi Ery hanya membuat muka ‘seposen’nya itu. Memang tak ada perasaan betullah dia ni, kan? Hati kering betul!
“O…Pulau Tioman, biasa sajalah tempat tu, yang kau excited sangat ni kenapa?”
“Ya ampun Ery…biasa kau cakap? Tempat tu punyalah cantik. Kau ni mesti buta informasi, kan? Kau tahu tak tempat tu pernah tersenarai di antara 10 pulau yang tercantik di D.U.N.I.A ni tahu? Ha…jangan main-main.” Faizal dapat informasi itupun kerana semalaman dia search di internet, bertanyakan kepada ‘Pak Cik Google’ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pulau tersebut.
“Ish! Aku tak sabar-sabar lah nak pergi sana, aku nak scuba habis-habisan.”
“Hello, Encik Faizal…kita pergi sana sebab kerja okay, bukan nak holiday!”
Faizal hanya mencebikkan mukanya.  Geli mendengar kata-kata Ery.
‘Tak nak holiday konon…tak apa, kita tengok saja nanti.’
“Bila kita dah kena pergi sana?”
“Hari Jumaat ni.”
“Hari Jumaat ni? Bermakna tinggal lagi tiga hari.”bisik Ery.
Sebenarnya Ery mahu meluahkan perasaannya kepada seseorang. Namun hajatnya tidak kesampaian. Ini kerana dia seorang yang agak susah untuk melafazkan kata-kata cinta. Kalau boleh, dia mahu melafazkannya sebelum dia mulakan pengambaran filem yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Adakah dia mampu untuk melakukannya? Kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment