Monday 20 August 2012

CeritaCinta-Bab 21


Bab 21

Malam ini terasa sunyi. Walaupun keadaan dirumah riuh rendah dengan hilai tawa Pak Badar dan Mak Jenab yang asyik dan seronok menonton telivisyen bersama. Telivisyen tersebut merupakan salah satu daripada hadiah yang diberikan oleh keluarga Ery semasa majlis akad nikah mereka baru-baru ini.

Rancangan di telivisyen membuatkan Pak Badar dan Mak Jenab tidak kering gusi. Namun, bagi Auni rancangan tersebut tidak sedikit pun menceriakan hatinya. Walaupun pandangan tetap diberikan pada kaca telivisyen namun, ia merupakan pandangan kosong yang tidak membawa apa-apa makna.

“Auni, kenapa diam je ni? Tak kan rindu dah? Tak sampai satu hari pun lagi.” Mak Jenab menyedari akan kebisuan yang melanda diri Auni. Dari raut wajah anak gadisnya itu jelas kelihatan dirinya berada dalam kesedihan.

“Eh, taklah mak.” Auni berdalih.

“Em, Auni mengantuklah. Auni masuk tidur dulu ye.” Auni terus berlalu ke biliknya. Mak Jenab dan Pak Badar hanya memerhati.

“Hmm, rindulah tu.” Pak Badar meneka, dan tekaan Pak Badar tepat sekali walaupun Auni cuba menyembunyikannya.

Auni merebahkan dirinya di atas katil. Bilik pengantin itu masih tersedia dihias dengan baik. Tidak ditanggal kain langsir yang menyerikan bilik tersebut. Auni memandang sekeliling. Kemudian dia mengiringkan badannya ke kanan. Dia melihat seolah-olah Ery ada disebelahnya sambil tersenyum. Padahal ia hanya imaginasinya sahaja.

“Hhm...sibuk sangat ke dia ye? Sampai telifon pun tak.” Auni membelek-belek handphonenya. Dia meneliti, mungkin handphonenya itu rosak atau tidak ada ‘line’. Maka oleh sebab itulah Ery tidak dapat menghubunginya. Namun sememangnya tiada masalah dengan handphone tersebut.

Sebenarnya, Ery juga serba salah. Dia keliru. Dia tidak tahu sama ada mahu menelifon Auni ataupun tidak.

“Em, dia dah tidur dah ke? Nanti kalau aku call, ganggu dia pula. Em, nk telifon ke tak? Nak telifon ke tak?!” Ery berkira-kira.

Semasa di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur pagi tadi. Fikiran Ery terus-terusan pada Auni. Dia juga tidak pasti sama ada keputusan untuk mengizinkan Auni tinggal di pulau tersebut betul atau tidak? Wajar atau tidak? Harus atau tidak? Dia benar-benar tidak tahu.

Oleh kerana itulah, sewaktu interview dijalankan petang tadi, emosi Ery terganggu. Soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan tidak dijawab baik oleh Ery. Semuanya berantakan dan tidak berjalan dengan lancar. Ery juga tidak tahu mengapa dengan dirinya hari ini? Dia buntu dan semakin buntu.

Nombor telifon Auni sudah berada dihadapan mata, di skrin handphonenya. Dia masih lagi berkira-kira sama ada mahu menelifon Auni ataupun tidak. Jantungnya berdebar-debar.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk menelifon Auni, supaya gelora yang berada di dalam hatinya pada ketika ini dapat diredakan.

Handphone Auni berbunyi. Dilihatnya nama yang terpancul pada skrin.

“Ery!!” Dia hampir manjerit.

“Nak angkat ke tak? Nak angkat ke tak?” Auni juga seperti Ery, berkira-kira untuk bercakap bersama.

Akhirnya Auni membuat keputusan untuk menjawab panggilan yang dibuat oleh Ery.

“Ehem! As...assalamua’laikum.” Ery membetulkan nada suaranya. Dia sedikit gementar.

“Wa...waa’laikumussalam.” Auni menjawab dalam keadaan terketar-ketar.

“Kenapa lambat angkat? Dah tidur ke?”

“Eh, tak adalah. Em, saya... hah! Saya pergi bilik air tadi.”

‘Auni, tak baik menipu!’

“Oh...pergi bilik air. Patutlah.”

“Em, kenapa awak call ni ye?” Auni menginginkan sebab, namun jauh di sudut hati dia gembira Ery menelifonnya, walaupun tanpa sebab.

“Em, saja call. Kenapa? Tak boleh ke?” Ery cuba berdalih. Padahal dia ‘call’ sebab ingat pada Aunilah! Nak sebab apa lagi?!

“Eh! Tak adalah. Bila masa saya cakap tak boleh.”

Keadaan sunyi seketika. Kedua-duanya diam seribu bahasa.

‘Cepatlah cakap. Dia yang call aku tapi tak cakap apa-apa pula. Aduh..apa aku nak buat ni?’ Auni gelisah dengan kebisuan Ery.

“Em, awak? Kenapa diam je? Tak nak cakap apa-apa ke? Ke awak dah tidur?” kemusykilan Auni akhirnya dikeluarkan juga.

“Eh, tak lah. Saya tak tidur pun lagi.”

“Habis tu. Kenapa diam?’

“Dah awak tak cakap apa-apa, saya diam je lah. Awak cakaplah apa-apa kat saya. Em, tanya soalan ke. Nanti saya cakaplah.”

‘Eh, eh. Aku pula? Em, nak tanya apa ni? Hah! Aku tahu nak tanya soalan apa. Tapi, patut ke aku tanya? Eh, tak nak lah. Malu lah aku nanti.’

“Auni? Kenapa diam je? Ada soalan ke tak ni?”

“Em, saya rasa tak ada soalan kot.”

“Betul ke ni? Kalau tak ada saya letak phone.”

‘Eh, eh dia ni. Main ugut-ugut pula. Dia yang call aku, aku pula yang kena tanya soalan? Em, nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?’

“Auni? Betul ke tak ada soalan? Kalau tak ada saya letak.” Ery masih mengugut.

“Eh! Sekejap! Saya ada satu soalan kat awak.”

‘Akhirnya. Nak tanya pun.’ Ery tersenyum gembira. Dia pasti Auni akan menanyakannya soalan, dan dia dapat mengagak soalan yang akan ditanya oleh Auni.

“Satu je? Banyak pun tak apa.”

‘Amboi, belagaknya.’

“Hah, cepatlah cakap. Apa soalanya? Dah tak sabar nak jawab ni.” Ery telah bersedia dengan jawapannya.

“Em...awak...”

“Ye, saya?” Ery setia menunggu.

“Em, awak...”

“Ye, saya... Auni sayang.” Ery segera menekup mulutnya. Dia tidak menyangka perkataan tersebut akan keluar.

‘Apa aku cakap ni?!!’

‘Betul ke apa yang aku dengar ni?’

“Awak cakap apa tadi?” Auni menginginkan kepastian sekarang ini.

“Apa yang saya cakap tadi? Oh! Hah! Saya cakap. Ye, Auni. Soalan? Hah! Tu lah yang saya cakap tadi. Soalan. Apa soalan yang awak nak tanya? Cepatlah tanya.” Ery cuba berdalih. Berpeluh-peluh jugalah dia dibuatnya.

‘Soalan? Ye ke? Aku rasa aku dengar tadi sa... Eh! Dah lah. Malas aku nak fikir. Aku tersalah dengar kot. Tak akanlah dia... Ah! Mustahil.’ Auni mematikan segera tanggapannya.

“Oh, soalan. Hah, soalan saya, awak... sampai pukul berapa kat KL siang tadi?”

‘Hah?! Soalan ini yang dia nak sangat tanya? Buat aku ‘suspen’ je. Aku ingatkan dia nak tanya pasal peristiwa pagi tadi. Alah, pasal aku menggunakan perkataan ‘abang’ dengan dia.’

Sememangnya Auni mahu menanyakan mengenai peristiwa tersebut. Namun, segera dibatalkan hasratya. Dia merasakan mungkin dia tersalah dengar. Sama dengan hal yang berlaku sebentar tadi. Ery tidak mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan sebegitu dengannya. Mustahil, bukan?

“Oh...siang tadi? Em, siang tadi saya sampai KL dalam pukul 12 tengah hari. Lewat sikit. Sampai-sampai je, terus pergi interview. Tak sempat balik rumah pun. Lepas interview pergi pejabat kejap, ada hal sikit. Tadi baru sampai rumah. Duduk-duduk sekejap, mandi. Lepas tu, call awak. Itu je.” Ery menjawab dalam keadaan seperti orang malas. Ini kerana dugaannya jauh meleset mengenai soalan yang akan di ajukan oleh Auni.

‘Amboi. Panjangnya jawapan. Aku tanya skit je, tapi dia jawab berjela-jela. Ni mesti waktu sekolah dulu jawab exam jawapan semua panjang-panjang kan? Tapi kesian pula aku dengar. Dia mesti penat kan?’

“Oh, macam tu ye? Habis tu, ni dah makan ke belum ni?”

“Hmm...sempat makan roti dengan air kopi je kat pejabat siang tadi.”

‘Roti dengan air kopi je?!’

“Em, awak makan tu je ke? Kenyang ke tak?” Auni mula gelisah. Ini kerana dia teringatkan kata-kata ayah pagi tadi.

“Sekarang kamu dah ada isteri. Makan, pakai kamu dah ada orang yang uruskan.”

‘Ya Allah. Berdosakah aku membiarkan suamiku begitu?’ hati Auni menjadi sebak.

Lama Auni menunggu. Namun, tiada jawapan yang diberikan oleh Ery.

“Awak? Kenapa senyap je ni? Dah tidur ke?” Auni menginginkan kepastian. Dilihatnya juga skrin handphonenya yang menunjukkan Ery masih ditalian.

“Em, awak mesti penat kan? Tak apalah kalau macam tu. Awak berehatlah ye. Esok jangan lupa makan tau. Kalau sibuk pun, singgahlah dulu mana-mana kedai, beli nasi. Jangan makan roti je. Okay la ye, selamat malam. Assalamua’laikum.” Talian dimatikan.

“Waa’laikumussalam.” Ery merenung ke syiling bilik. Sebenarnya dia tidak tidur lagi dan setia mendengar setiap bait kata dari Auni. Dia tersenyum gembira. Dia mencari-cari jawapan dari setiap soalannya.

‘Adakah Auni betul-betul ‘take care’ pasal aku? Kalau betul, kenapa? Adakah dia...?’ Namun, otak dan matanya sudah tidak mampu untuk berfungsi ketika ini. Ia meminta-minta agar tuannya merehatkan diri, kerana hari ini dirasakan begitu penat sekali.

Kelopak mata Ery akhirnya tertutup juga. Rapat. 

3 comments:

  1. Alahai sian dekat Erry....
    Kenapalah Auni tak ikut Erry balik sekali???kan sekarang masing-masing dah merindu....#^_^

    ReplyDelete
  2. ooh ade kemajuan. dh saling rindu-merindu dh. comel ah nk calling2 pun takut

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudi baca and komen.. =)
    teruskan bacaan k (^.-)

    ReplyDelete