Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 10

“Ery. Kau pergi mana tadi,hah? Kau tahu tak puas aku cari kau? Aku call kau tak angkat pula tu.” Faizal sudah mula dengan soal selidik dan bebelannya.
Siang tadi puas dia bersoal-jawab dengan pengarah, penerbit dan krew-krew yang lain serta tidak lupa juga para wartawan, kerana Ery tidak ada sewaktu press conference dijalankan. Pelbagai-bagai alasan direka oleh Faizal bagi pihak Ery. Berapa banyak dosa dah dia hari ni, dia sendiri pun tidak tahu. 
Namun, Ery tidak menghiraukan Faizal. Di fikirannya sekarang adalah keadaan kehidupan seorang manusia yang serba kekurangan dan dia, Nur Khari ‘Ilman telah menyebabkan manusia itu hilang pekerjaan kerana sikap panas barandirinya sendiri!
“Aku tak larat betullah dengan kau ni. Asal aku bercakap dengan kau, mesti kau buat tak tahu saja, kan? Kalau aku cakap benda yang tak berfaedah, tak apa lah juga. Tapi ni aku tengah bercakap pasal ‘periuk nasi’ kau. Bidang yang kau ceburi sekarang. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Faizal duduk berhadapan dengan Ery. Dilihatnya muka Ery yang lain dari biasa. Ery seolah-olah berada di dunia yang lain!
‘Eh, kenapa pula dengan budak Ery ni. Balik maghrib-maghrib. Entah-entah kena sampuk tak?’ Faizal membuat andaian. Terkumat-kamit mulutnya membaca segala ayat suci al-Quran yang dihafalnya sewaktu kecil dahulu. Kemudian dihembuskan ke muka Ery.
“Fuh!”
“Wei! Faizal! Yang kau sembur-sembur aku ni, kenapa? Buang tabiat ke?” Ery tersedar dari lamunannya.
“Alhamdulillah. Sedar pun kau. Aku ingat kau dah kena sampuk tadi.” Faizal meraup tangannya ke muka.
“Kau ni kalau dalam satu hari tak merepek tak sah, kan? Apa sampuk-sampuk pulak? Aku okay sajalah.”
“Okay kau cakap? Yang kau balik-balik dengan muka sememeh ni, lepas tu diam tak berbunyi, kau cakap okay? Kau pergi mana tadi? Puas aku cari, tahu tak.” Sebenarnya risau juga Faizal dengan ‘kehilangan’ Ery siang tadi. Mana tahu kalau-kalau Ery lemas dalam laut ke. Nauzubillahiminzalik.
“Aku tak pergi mana-mana lah. Aku ada dekat-dekat sini.” Ery bangun dari tempat duduknya lalu merebahkan dirinya di atas katil. Difikirannya masih berlegar-legar tentang kejadian siang tadi yang berkaitan dengan manusia yang bernama Auni. Segala perkara yang berkaitan dengan Auni berlegar-legar di kepala otaknya. Dari mula-mula dia berjumpa dengan Auni, kemudian Auni diberhentikan kerja, sehinggalah dia tahu di mana rumahnya.
‘Patutlah dia beria-ia merayu supaya jangan diberhentikan dia kerja. Apa yang aku dah buat ni? Ini tak boleh jadi, aku mesti minta maaf dengan perempuan tu, lepas tu suruh resort ni ambil semula dia bekerja. Hah, aku rasa ini satu idea yang baik!’ Rasa berperikemanusiaan masih lagi tebal dalam diri Ery. Dia rasa menyesal dengan tindakannya sendiri dan dia mahu memperbaikinya.
Ery bangun dan duduk dari baringannya serta memandang ke arah Faizal.
“Faizal, kita seminggu saja kan kat sini?” Ery mahukan kepastian.
“Haah, kalau semuanya berjalan dengan lancar, seminggulah kita kat sini. Lepas tu kita shooting kat tempat lain pula. Kenapa? Kau nak berapa lama? Kalau kau nak duduk sini lama sikit pun tak apa. Boleh aku scuba puas-puas.” Senyumanya sudah meleret sampai ke telinga. Namun, apabila melihatkan Ery yang tidak memberikan sebarang reaksi, senyuman Faizal ditarik semula dan menjadi seperti sedia kala. Hairan sungguh Faizal dengan sikap Ery sejak kebelakangan ini. Risau dia dibuatnya.
‘Seminggu? Bermakna sempatlah aku jumpa dia.’
Faizal membiarkan sahaja Ery dengan dunianya.
‘Lantaklah, janji dia dah ada kat sini.’
Dia meluruskan badannya dan menghadap ke telivisyen sambil itu membaca majalah. Wah, dua dalam satu tu! Tengok tv dan baca majalah.
Tidak lama kemudian handphone Faizal berbunyi. Faizal melihat nama pemanggilnya adalah Puan Katy, bos syarikat yang dia bekerja sekarang. Gurlp! Tertelan air liur Faizal.
‘Ni mesti dia dah tahu dah pasal Ery ni. Alamak…macam mana ni?’
“He..hello.” Terketar-ketar Faizal menjawab.
Kemudian, serta-merta dia menjauhkan telinganya daripada handphonenya itu apabila Puan Katy telahpun menggunakan ‘kuasa vetonya’. Geram dan sebal Puan Katy dengan perangai Ery. Pengarah filem telah pun mempertikaikan kredibiliti yang ada pada diri Ery.
“Ye, puan. Nanti saya cakap dengan dia.” Talian dimatikan.
“Apalah Puan Katy ni. Kalau nak lepaskan geram pun, janganlah sampai nak tengking-tengking kat aku. Ni semua, kau punya pasal. Sebab kau lah dia marah, tahu tak?!” Faizal menunding jari ke arah Ery.
Namun, seperti biasa reaksi yang akan diberikan oleh Ery tetap sama. Diam. Senyap. Tanpa satu bunyi suara pun keluar daripada mulutnya!
Faizal menarik nafas dalam-dalam.
‘Sabar je lah aku dengan si Ery ni.’
Seketika kemudian, Ery bangun menuju ke bilik air, untuk ‘menguruskan dirinya’.
*********
“And…cut! Okay, take a break. Kita sambung pagi esok pula.”
“Fuh! Penat betul aku. Faizal, bagi aku air tu.” Ery duduk lalu meminta air daripada Faizal.
Selesai sudah sesi shooting pada waktu pagi tadi sampai ke waktu tengahari dan sudah pun mahu menganjak ke waktu petang. Penat dan letih, tidak perlu dikata. Tuan badan sahaja yang tahu.
Semua krew-krew sibuk mengemas semula barang dan peralatan mereka. Pada waktu matahari sudah berada betul-betul di atas kepala, dengan angin yang bertiup adalah angin masin laut, sungguh ‘damai terasa’! Nak terbakar kulit pun ada.
Ery kemudian bangun menuju ke arah kerusi yang disediakan di bawah rendangan pohon Ru yang selalunya terdapat di pantai-pantai yang sebegini. Sedang Ery duduk santai-santai sambil memejamkan matanya, dibawah pokok-pokok yang tersusun berbaris di tepi pantai itu, dia dikejutkan dengan jeritan Faizal.’
“Ery!! Ery!!”
“Ish! Faizal ni! Memang tak boleh tengok aku senang betullah!”
Sebaik sahaja Ery bangun dari tempat duduknya itu, dia ternampak Arisya yang berdiri berdekatan dengan Faizal. Dia bangun sebenarnya hendak memarahi Faizal, namun apabila ternampakkan Arisya, dia membatalkan hasratnya itu.
Faizal menunjukkan isyarat kepada Ery, supaya datang kepadanya. Pada mulanya Ery seakan-akan tidak percaya, ditenyeh-tenyeh matanya berulang-ulang kali. Namun, apabila dibuka kembali dia tetap nampak Arisya yang sedang berdiri berhampiran dengan Faizal sambil terseyum.
Arisya melangkahkan kaki menuju kepada Ery, kerana dia melihat Ery yang masih tidak beranjak dari tempatnya itu.
Apabila Arisya sudah berada betul-betul dihadapan Ery, barulah dia bersuara.
“Eh! You buat apa kat sini?” Ery menyatakan kemusykilannya.
“La, tak kan I tak boleh datang? Kalau tak boleh, tak apalah. I balik.” Arisya seakan-akan merajuk dan dia mahu berpaling kebelakang.
Segera Ery menarik lengannya.
“Eh! I tak kata pun you tak boleh datang.” Ery cuba memujuk.
 “Ha…tahu takut.” Arisya kemudiannya berpaling semula kepada Ery dengan memberi senyuman manisnya.
Ery hanya tersenyum. Dia tahu yang Arisya tidak akan merajuk dengannya.
“You datang dengan siapa ni? Atau you datang sorang-sorang?”
“Eh, mana I berani nak datang pulau ni sorang-sorang. I datang dengan Haris lah, siapa lagi?”
Ery melepaskan pengangan lengan Arisya. Dia terperanjat mendengar nama lelaki yang datang bersama-sama dengan Arisya itu adalah Haris!
‘Memanglah dia datang dengan Haris, kenapa aku nak terkejut pula?! Diorangkan dah nak kahwin.’
“Ery?Kenapa ni?”
“Eh, tak ada apa-apa. I cuma penat sikit.” Ery menipu.
“Okay, kalau you penat. Jom kita pergi makan dulu. I belanja. Lagipun Haris dah tunggu kita kat restoran tu.”
Mahu ataupun tidak, Ery terpaksa akur dengan ajakan Arisya.
Faizal memandang mereka berdua dengan penuh kegembiraan di hati. Dia senang sekiranya Ery benar-benar serius dengan Arisya. Ini kerana dia berfikiran bahawa sekiranya mereka bersatu, segala gosip yang berkaitan dengan Ery akan tertutup. Sedangkan Faizal tidak tahu akan perkara yang sebenar.
***
Haris berdiri apabila ternampak Ery dan Arisya melangkah masuk ke dalam restoran resort itu. Di lemparkan senyumannya kepada Ery, namun Ery membalas dengan senyuman sinisnya.
Hati Ery sakit sekiranya Haris datang bersama-sama Arisya. Walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk tidak berasa cemburu, namun perasaan itu datang sendiri tanpa di undang!
“Hai, Ery. Macam mana shooting? Okay?” Senyuman tetap di berikan oleh Haris, seikhlas mungkin.
“Em, bolehlah. Macam biasa saja, tak ada apa yang special pun.” Pandangan Ery dilemparkan jauh menuju ke pantai yang berada berhampiran dengan restoran resort itu.
“Eh, come on la. Sekarang janganlah cakap pasal kerja ke, shooting ke. Kita makan dulu ye, I laparlah sayang. You dah order makanan ke?”
Sepantas kilat Ery memandang Arisya yang berada di sebelahnya.
‘Sayang?!! Huh!!’
Walaupun Haris terkejut juga mendengar panggilan itu di berikan oleh Arisya dihadapan Ery, namun dia tetap mengangguk dan tersenyum untuk menjaga hati.
Ery sudah tidak senang duduk dibuatnya dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Arisnya terhadap Haris. Badannya terasa panas dan hatinya seolah-olah terbakar!
“Em, I nak pergi toilet sekejap.” Ery segera bangun untuk melepaskan diri daripada keadaan yang sangat menyesak dan menyakitkan hatinya itu, yang seakan-akan di robek-robek. Berdarah!
“Betul ke apa yang kau cakap ni, Lisa? Kau jangan nak buat andaian sendiri.”
“Betullah. Bos sendiri yang cakap dengan aku tadi. Patutlah bila aku datang rumah dia pagi tadi dia cakap dia tak nak datang kerja. Dia cakap dia tak berapa sihat. Aku tak syak apa-apalah. Lepas tu, aku pergilah bagi tahu bos yang dia tak datang. Itu yang bos bagitahu aku yang dia dah berhenti kerja tu. Bos cakap Auni dah mencemarkan nama baik resort ni, bos juga cakap yang Auni telah mengotorkan baju salah seorang pengunjung yang menginap kat resort ni. Pengunjung tu sendiri yang mengadu. Bos kata artis yang terkenal kat Malaysia ni. Menyampah betul aku! Artis konon! Artis yang tak ada hati perut!”
“Oo…artis yang tengah shooting filem kat sini tu kan? Em, siapa ye nama dia? Kalau tak silap aku…hah! Ery tu kan. Yang kacak tu,kan?”
“Yang kau terkinja-kinja ni apasal? Kalau kacak pun tapi tak ada hati perut, nak buat apa?! Buat menyusahkan orang adalah!” Lisa benar-benar kesal dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya, Auni. Dia sangat-sangat sedih dan kasihan akan nasib yang telah menimpa diri Auni. Dia berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan sahabatnya itu.
Ery yang secara kebetulan mendengar perbualan mereka merasa benar-benar tidak berdaya untuk berdiri. Semua yang berlaku ke atas gadis yang bernama Auni itu, adalah berpunca daripada dirinya! Dia mahu merubah semula keadaan seperti sedia kala!
Ery segera melangkah menuju ke pintu keluar restoran resort itu. Dia mahu berjumpa dengan Encik Makmur yang merupakan penyelia pekerja bawahan resort itu. Dia mahu menarik semula aduannya yang telah dibuat terhadap Auni.
“Eh, Ery. You nak pergi mana ni? Makanan dah sampai ni. Kita makan dulu ye.” Arisya bangun apabila melihat Ery yang tergesa-gesa mahu keluar daripada restoran itu.
“You makanlah dulu. I ada urusan sekejap.” Hanya perkataan itu yang diberikan oleh Ery, lalu dia meninggalkan mereka dalam keadaan tertanya-tanya.
Haris hanya memandang dengan penuh rasa bersalah. Dia menyangka yang Ery bersikap begitu adalah kerana Ery mahu melarikan diri daripada kemesraan yang ditunjukkan oleh Arisya terhadapnya. Walaupun sebenarnya sangkaan Haris itu ada betulnya.
*********
“Terima kasih, tuan. Saya betul-betul minta maaf sekali lagi atas segala yang berlaku. Ini semua salah saya.” Ery bangun seraya menghulurkan tangan kepada Encik Makmur. Dia telah pun menerangkan segala apa yang telah berlaku dan meminta supaya Auni diterima semula bekerja di resort itu.
“Baiklah, saya akan memaklumkan kepada kawannya, Lisa. Yang Auni telah pun diterima semula bekerja disini.”
“Em, minta maaf kalau bertanya. Kenapa tuan tak telifon terus Auni dan memaklumkan sendiri kepadanya?” Kemusykilan melanda diri Ery.
“Oh. Sebab, Auni tidak ada sebarang telifon untuk dihubungi. Lagipun Lisa tu kawan baik dia.” Terang Encik Makmur.
Air muka Ery serta-merta berubah. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Auni sesusah itu?! Dia benar-benar menyesal dengan perbuatannya yang telah menyebabkan Auni diberhentikan kerja.
“Em, kalau macam tu, apa kata biar saya saja yang pergi beritahu sendiri perkara ni pada Auni. Lagipun saya boleh terus minta maaf dengan dia.” Ery menawarkan dirinya.
Encik Makmur terkejut, kerana artis yang terkenal seperti Ery ini mahu melapangkan masanya bagi perkara sekecil itu? Kecil bagi Encik Makmur, namun besar bagi Ery.
“Eh, tak apa ke?”
“Tak apa, tak ada masalah. Saya akan bawa dia ke sini untuk dia melaporkan diri, hari ni. Bolehkan?”
Bersungguh-sungguh benar Ery. Encik Makmur hanya mengangguk tanda setuju. Bukan senang dia mahu melihat seorang artis melakukan ‘kerja amal’ yang sebegitu.
*********
Kereta diberhentikan dihadapan rumah Auni. Ery melihat-lihat keadaan sekeliling. Terlalu ‘dhoif’ kehidupan Auni sekeluarga. Dia sendiri tidak pernah melihat situasi ini seumur hidupnya.
“Assalamua’laikum.” Mak Jenab datang dari belakang dan memberikan salam kepada Ery yang sedari tadi dilihatnya berdiri bersebelahan keretanya itu.
“Waa’laikumussalam.” Ery menjawab dalam keadaan yang terketar-ketar. Dia tidak perasan yang dia sebenarnya telah diperhatikan sejak tadi.
“Em, cari siapa ye?” Mak Jenab terlalu musykil, kerana selama dia tinggal disini tidak ada satu kereta mewah pun yang masuk ke halaman rumahnya itu.
“Em, saya cari seseorang yang bernama Auni. Dia tinggal dekat sini ke?” Sopan sahaja ayat yang keluar dari mulut Ery. Nampaklah juga yang dia ini sebenarnya hormat kepada orang yang lebih tua daripadanya.
“Haah. Auni memang tinggal dekat sini. Cari dia sebab apa ye?” Mak Jenab mahukan penjelasan. Dia tidak mahu sekiranya sebarangan orang yang datang berjumpa dengan anaknya.
“Macam ni. Saya nak jemput dia datang semula ke resort, sebab dia telah pun diterima semula bekerja di sana. Dia tidak jadi diberhentikan kerja. Semua itu berlaku kerana salah faham sahaja.” Ery menerangkan satu persatu.
‘Auni diberhentikan kerja?’ Mak Jenab terkejut. Auni tidak memberitahunya akan perkara tersebut. Mak Jenab hanya diberitahu yang Auni tidak pergi kerja sebab dia tidak sedap badan, hanya itu yang dia ketahui.
“Oh, macam tu ke? Ha, baiklah kalau macam tu. Tunggu sini kejap ye, mak cik panggilkan Auni.” Mak Jenab berpura-pura. Dia sendiri tidak tahu akan susun duduk perkara yang sebenarnya. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumah. Mencari-cari kelibat anaknya, Auni.
“Auni, Auni. Mari sini nak. Ada orang cari kamu ni.”
“Ye, mak. Siapa?” Auni menghampiri maknya itu. Setahu dia hanya Lisa sahaja yang tahu tempat tinggalnya itu. Mustahil sekiranya orang lain dapat mengetahuinya.
“Entah la. Pekerja resort kot. Dia kata nak jemput kamu pergi resort itu semula.”
Bagaikan hendak terkeluar biji mata Auni. Ini bermakna yang emaknya itu sudah tahu akan rahsianya. Rahsia yang sedaya upaya cuba di sorok oleh dirinya.
“Hah, kenapa buat muka terkejut tu? Kenapa Auni tak bagitahu mak perkara yang sebenar?” Pada mulanya Mak Jenab berasa kesal dengan sikap Auni yang sudah pun berbohong terhadapnya, namun bila difikir-fikirkannya, mungkin Auni melakukannya dengan bersebab.
Auni menggaru-garu kepalanya. Kini rahsianya telahpun tebongkar.
‘Alamak. Pecah tembelang. Kantoi.’
“Mak, Auni minta maaf ye. Auni tak berniat pun nak tipu mak.”
“Tak apa lah. Perkara dah lepas. Lain kali jangan buat lagi. Tak baik tipu mak, tahu. Hah, pergilah lekas. Kesian lama budak tu tunggu kat luar.”
“Terima kasih, mak.”
Auni mahu melangkah keluar. Mak Jenab serta merta menahan langkahnya itu.
“Eh, kamu nak pergi mana tu. Tudung kamu mana?”
“Tudung? Oh, lelaki ke?”
“Ye la. Pergi naik atas, siap-siap. Pakai tudung kamu tu dulu. Aish, budak ni.”
“Baik, puan.” Auni mengangkat tabik, lalu menaiki tangga untuk mempersiapkan dirinya.
Setelah selesai, Auni keluar daripada biliknya lalu menuruni anak tangga. Langkahnya terhenti apabila ternampak manusia yang menyebabkan dirinya itu hilang perkejaan berada di dalam rumahnya, sekarang! Di dihadapan matanya!
Sebenarnya Mak Jenab menjemput Ery masuk ke dalam rumah, kerana keadaan cuaca luar yang agak panas. Lagipun dia kan tetamu.
Pelahan-lahan Auni berjalan. Jelas terpancar kekeliruan di raut wajahnya. Ery hanya tersengih-sengih kambing! Dia tahu yang Auni akan marah, terkejut dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur di dalam diri. 
“Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tahu yang saya…”
“Lah Auni ni, kan tadi mak cakap. Dia datang nak jemput kamu kerja semula kat resort tu. Dia ni pekerja resort.” Mak Jenab memotong ayat Auni.
‘Pekerja resort?! Dia menipu mak aku?!’ Auni memandang Ery. Ery hanya tersengih-sengih. Macam kerang busuk!
Mak Jenab yang menganggap dirinya sebagai pekerja resort. Dia mengiakan sahajalah. Tak kan lah dia nak mengatakan yang dia adalah artis yang terkenal dekat Malaysia ini. Nanti orang cakap, ‘masuk bakul angkat sendiri pula.’
“Eh, apalagi tercegat tu. Pergilah cepat. Nanti lambat pula.” Mak Jenab memecahkan kesunyian yang dilakukan oleh Auni.
‘Boleh percaya ke mamat ni. Entah-entah dia tipu, tak?’ Risau juga Auni. Mana tahu, kalau-kalau manusia ni hendak mengambil kesempatan dalam kesempitan.
“Em, sekejap mak ye. Auni nak bercakap dengan dia ni sekejap. Awak ikut saya.” Auni memberi arahan. Ery hanya mengikut Auni keluar.
“Apa yang awak nak lagi sebenarnya? Awak nak buat aduan lagi tentang saya? Tak cukup lagi ye?!” Auni melepaskan kemarahannya yang masih lagi berbaki.
“Okay. Saya tahu saya yang salah. Saya minta maaf. Saya tahu yang saya tak sepatutnya mengadu perkara tu. Saya datang ni pun sebab saya betul-betul nak minta maaf dengan awak. Sejak peristiwa tu saya tak senang duduk tahu tak?!” Jelas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ery. Dia benar-benar menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia mahu hidupnya tenteram selepas ini setelah dia memperbaiki kesalahannya.
Auni melihat keikhlasan Ery. Sikapnya berbeza sewaktu pertama kali dia bersua muka. Sikapnya yang panas baran yang seakan-akan mahu membahamnya hanya kerana kekotoran yang melekat dibajunya.
‘Kotor tu boleh hilanglah! Hati aku yang sedih ni, susah nak hilang tahu tak?!’
“Habis tu, awak datang ni nak apa?” Auni cuba melupakan kejadian yang telah terjadi. Di fikirannya sekarang adalah mengenai status pekerjaannya di resort itu, sama ada dia dapat semula bekerja di situ ataupun tidak.
Ery tersenyum. Ini bermakna kemaafannya diterima.
“Saya datang ni nak jemput awaklah. Sebab awak dah diterima semula bekerja di resort tu. Encik Makmur sendiri yang cakap.”
 “Awak pergi jumpa Encik Makmur? Buat apa?” Auni memandang dengan seribu persoalan.
“Ye la. Saya tarik semula aduan yang saya buat. So, dia terima.”
Auni benar-benar tidak percaya akan apa yang baru didengarnya sebentar tadi. Ini bermakna yang dia akan bekerja semula di resort itu! Hatinya besorak-sorak kegembiraan. Auni meraup tapak tangannya ke muka. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. 
Auni meluru masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan ibunya. Dipeluk erat ibunya menandakan yang dia sungguh gembira pada ketika ini.
Ery melihat dengan penuh kesenangan. Terasa hilang bebanannya. Terasa hilang resah dan rasa bersalah yang selama ini bersarang di dalam hatinya.
Menyedari ada mata lain yang memandang. Auni segera menstabilkan semula dirinya yang terlalu gembira itu.
“Awak buat apalagi dekat sini?” Auni menyatakan persoalannya.
“La, kan tadi saya cakap. Nak jemput awak datang ke resort tu. Untuk melapor diri.” Ery menerangkan lagi.
“Datang ke resort? Sekarang? Eh, tak payah lah. Nanti saya pergi esok dengan kawan saya, Lisa. Lagipun dah nak petang ni.” Auni cuba mengelak. Dia sebenarnya tidak mahu pergi ke resort itu dengan Ery, yang jelas-jelas bukan mahramnya. Dia tidak biasa.
“Tak apalah, saya yang hantar. Nanti saya hantarlah semula awak balik.” Ery cuba memujuk. Selagi dia tidak selesaikan masalah ini, selagi itulah dia tidak akan senang duduk.
Auni memandang emaknya. Dia sudah mendapat satu idea. Senyuman nakal sudah mula menjelma dari raut wajah Auni.
“Em, tadi awak cakap saya kena datang untuk lapor diri je, kan?” Auni bertanya, di dalam fikiranya sekarang ada satu rancangan!
Ery hanya mengangguk, tanda ‘Ya’.
“Lepas tu awak hantar saya balik sini semula, kan?” Lagi satu soalan di ajukan oleh Auni.
Ery mengangguk sekali lagi.
‘Ye la. Tadi kan aku dah cakap. Banyak songeh pula minah ni!’
“Kalau macam tu, boleh tak kalau saya bawa mak saya sekali.”  Senyum Auni sudah melebar. Itulah rancangannya. Dia tidak mahu berdua-duaan dengan Ery. Lagipun maknya itu tidak pernah berjalan-jalan, apatah lagi di tempat yang serba mewah itu.
“Eh, budak ni. Kenapa nak bawa mak pula?” Mak Jenab terkejut dengan permintaan Auni itu.
“Tak apa lah, mak. Lagipun, mak tak pernah pergi resort tu, kan? Tempat tu cantik mak.” Auni cuba memujuk ibunya itu.
“Eh, tak nak lah mak. Nanti menyusahkan encik tu pula.”
“Eh, mak ni. Apa yang nak menyusahkannya pula? Dia okay je lah, mak. Duit minyak pun, resort tu yang bayar. Kan encik, kan?” Auni sengaja menekan ayatnya dan memandang Ery sambil memberi isyarat.
“Eh, tak apa mak cik. Tak menyusahkan pun. Memang saya nak ajak mak cik sekali tadi.” Pelahan sahaja ayat hujungnya itu disebutkan. Senyuman tawar diberikan oleh Ery.
‘Memamdai je minah ni.’
Selepas Mak Jenab selesai mempersiapkan dirinya untuk mengikut Auni ke resort itu. Auni memimpin emaknya ke kereta Ery. Auni memberi isyarat kepada Ery supaya membukakan pintu keretanya itu untuk mempersilakan maknya masuk ke dalam.
Ery hanya akur dengan isyarat yang diberi. Setelah Mak Jenab masuk ke dalam, Auni pergi ke sebelah kanan kereta, kemudian dia masuk melalui pintu itu untuk duduk bersebelahan dengan ibunya.
Ery memandang dengan rasa tidak puas hati.
‘Dia ingat aku ni driver dia?!’ Tidak pernah seumur hidup dia diperlakukan seperti itu. Selalunya orang lain akan drive untuk dia, namun kini terbalik. Dia terpaksa drive untuk orang lain.
Sebenarnya, Auni tidak mahu duduk dihadapan bersebelahan dengan Ery. Dia akan merasa tidak selesa.
“Bagusnyalah encik ni. Pandai resort tu pilih orang untuk bekerja, kan?” Mak Jenab bersuara.
Auni hanya mengangguk dan menahan ketawanya. Ery yang baru sahaja hendak memasukkan grear kereta memandang cermin belakang. Sakit juga hatinya melihat Auni ‘bersorak’ gembira di belakang.
‘Seronok kau ye? Tak pe, tak pe. Kau ketawalah puas-puas.’ Ery cuba menahan amarahnya, lalu menekan pedal minyak untuk memulakan perjalanan. 

No comments:

Post a Comment