Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 9

Para wartawan sudah bersiap sedia berdiri di luar resort, tempat ketibaan pengarah dan pelakon-pelakon yang akan membintangi filem yang akan di lakonkan di resort ini. Sebaik sahaja kereta-kereta yang membawa artis-artis tersebut diberhentikan di situ, kesemua wartawan memainkan peranan mereka dengan mengajukan pelbagai soalan.
“Kenapa Tuan memilih tempat ini sebagai lokasi pengambaran filem?”
“Apa yang istimewanya?”
“Adakah para pelakon yang di pilih sangat berbakat, sehinggakan Tuan memilih mereka?” 
Bermacam-macam soalan lagi yang keluar daripada mulut mereka. Pengawal-pengawal keselamatan telah pun menjalankan tugas mereka iaitu mengawal keadaan sekeliling. Cahaya-cahaya kamera bertebangan ke sana dan ke sini.
“Eh! Kenapa orang ramai-ramai ni? Siap ada kamera bagai.” Auni mengaru-garu kepalanya. Musykil di fikirannya apabila melihat keadaan yang tidak pernah dilihatnya secara berhadapan seperti ini. 
Orang ramai terus menaiki tangga dan melangkahkan kaki ke pintu utama resort. Auni tercengang.
‘Kenapa diaorang datang ke arah aku ni?’
Auni tidak sedar yang dia sebenarnya berada betul-betul dihadapan pintu utama tersebut.
Mereka terus berjalan dan merempuh pintu masuk itu tanpa menghiraukan Auni yang berdiri tercongok di situ. Seperti Auni tidak wujud!
Setelah itu, Auni segera mengeluarkan dirinya dari kelompok mereka.
‘Fuh! Lega sikit.’ Rimas jugak dibuatnya.
Tanpa melihat kehadapan, tiba-tiba Auni…Pruuk! Terlanggar seseorang!
Manusia tersebut, betul-betul berdiri dihadapan Auni.
Auni mengangkat mukanya dan meminta maaf kerana memang salah dia.
“Minta maaf, encik. Saya tak sengaja.” Terkulat-kulat Auni meminta maaf. Dia tidak menyedari yang dilanggar olehnya tadi sebenarnya ialah pelakon terkenal di tanah air ini!
“Tak apa, Cik. Perkara kecilsaja ni.” Faizal meluru ke depan. Di sapu-sapunya baju Ery, sambil itu cuba untuk menenangkan api kemarahan yang berada di dalam diri Ery.
“Biasa kau cakap? Kau tak nampak baju aku ni dah basah?”
‘Ya Allah! Aku tak perasan la pula. Bila masa aku sembur baju dia ni?’ Auni benar-benar tidak menyedari yang dia sebenarnya telah tertekan spray yang berada di tangannya lalu tersembur di baju si Ery.
“Ya Allah! Minta maaf encik. Saya betul-betul minta maaf.” Auni menyapu-nyapu baju Ery menggunakan kain pengelap cermin yang berada di tanggan kirinya itu. Namun, bukan semakin bersih tapi semakin kotor akibat kekotoran yang telah sedia ada di kain itu. Habis kotor baju Ery yang putih bersih tu.
Don’t touch!” Ery menundingkan jarinya kepada Auni dengan matanya yang membulat.
Serta merta tindakan Auni tadi berhenti. Terkejut dia dibuatnya. 
“Eh! Tu Ery la.” Salah seorang para wartawan ternampak akan Ery. Mereka segera meluru ke arahnya.
“Wah! Sampai-sampai saja, terus layan peminat. Ke nak buat ‘stok’ baru?” Berterabur ketawa mereka.
‘Agak kurang ajar mulut minah ni!’
Ery menarik nafasnya dalam-dalam, kemudian menghembuskannya. Dia cuba untuk bertenang.
“Eh! Kenapa cakap macam tu? Dia ni peminat I la, kan?” Ery menekan perkataannya, lalu memandang Auni untuk meminta anggukan dan jawapan ‘Ya’ daripadanya. Para wartawan segera mengalihkan pandangan kepada Auni.
Terkebil-kebil mata si Auni. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini. ‘Peminat? Bila masa pulak aku ni minat kat dia? Jumpa dia pun tak pernah.’
“Tak, saya sebenarnya…”
“Eh! Apa kata kita berbual kat dalam, panaslah dekat sini.” Faizal segera memotong ayat Auni. Risau dia dibuatnya. Mana tahu, kalau-kalau Auni cakap yang bukan-bukan.
‘Dia kata ‘tak’? Eh! Aku ni pelakon terkenal dan hebatlah!!’
Faizal segera menarik Ery yang seakan-akan mahu terkeluar biji matanya kerana jawapan ‘tak’ yang diberikan oleh Auni.
‘Auni? Oh, nama dia Auni rupanya. Siaplah kamu!’ Sempat lagi Ery melihat tag nama yang  berada di bahu kanan Auni.
Kesemua mereka menuju ke dalam resort tersebut. Tinggallah Auni yang berada dalam ‘kepanaan’.
“Aku belum habis cakap lagi la.” Bebel Auni.
“Huh! Lantaklah. Bukan urusan aku pun.” Malas Auni melayan semua itu. Baik dia sambung kerjanya yang terbengkalai sekajap tadi.
Sebenarnya, Ery tiba di resort itu sama dengan ketibaan pengarah dan pelakon-pelakon yang lain. Dia sengaja memberhentikan keretanya jauh sedikit daripada mereka untuk mengelakkan diri daripada para wartawan. Setelah dia melihat mereka masuk ke dalam resort itu, barulah dia menekan pedal minyak dan memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu utama resort. Kemudian barulah dia keluar daripada keretanya bersama-sama dengan Faizal.
Namun nasib malang baginya kerana dia terserempak dengan minah yang sangat menyakitkan hatinya tadi. Benda lain yang dia hendak mengelak, benda lain pula yang muncul tidak dapat dielak.
*********
“Auni! Kamu telah mencemarkan nama baik resort ini! Saya terima aduan yang kamu telah mengotorkan baju salah seorang pengunjung di sini! Betul ke?!”
“Saya minta maaf, tuan. Saya betul-betul tak sengaja. Lain kali saya tak buat lagi. Tolong tuan, jangan berhentikan saya kerja dekat sini. Tolong, tuan. Saya betul-betul perlukan kerja ni.”  Auni merayu sehabis mungkin. Dia tidak mahu diberhentikan kerjanya. Jika dia diberhentikan kerja, di mana lagi dia boleh mendapatkan wang untuk menyara keluarganya?
Ery yang baru keluar daripada tandas, tanpa sengaja lalu di situ, telah mendengar perbualan mereka berdua. Di sebalik pintu itu, Ery melihat wajah Auni yang merayu-rayu. Wajah itu juga telah menitiskan butiran air-air jernih. Hati Ery terusik.
Menyesal sudah bertandang di hati. Dia menyesal kerana membuat aduan kepada Encik Makmur yang merupakan penyelia pekerja bawahan di situ. Di bilik itulah juga dia mengadu bahawa Auni telah mengotorkan bajunya.
“Tidak. Saya tidak boleh memafkan kamu. Kamu tahu tak siapa yang kamu kotorkan bajunya tadi?!”
Auni memandang dengan penuh tanda tanya. Dia tidak tahu siapakah gerangan manusia yang dia langgar tadi.
“Dia tu pelakon terkenal tahu tak? Diaorang datang nak shooting filem kat tempat ni.”
Sungguh, Auni tidak tahu semua itu. Dia tidak diberitahu bahawa akan adanya shooting filem di tempat itu.
“Saya minta maaf, tuan. Saya betul-betul tak tahu. Saya sanggup berlutut di hadapan dia untuk dia memaafkan saya. Tolonglah, tuan. Jangan berhentikan saya kerja. Tolonglah, tuan.” Auni merayu-merayu dengan sepenuh hati dia. Namun, rayuannya itu tidak dipedulikan langsung.
“Maafkan saya. Saya tidak boleh memaafkan kamu. Saya harap kamu faham. Ini tugas saya.”
Tiada kata lagi yang boleh dikeluarkan oleh Auni. Dia akur dengan keputusan yang telah dibuat. Apalagi yang boleh dilakukannya? Dia melangkah longlai keluar dari bilik itu. Air matanya disapu.
Ery segera menyembunyikan dirinya disebalik pasu besar yang berada disitu. Sayu hatinya melihatkan keadaan Auni. Rasa menyesal seakan mengetuk-ngetuk pintu hatinya. Dia membuntuti kemana Auni pergi. Dia sendiri tidak sedar akan perlakuannya itu.
Auni terus berjalan meninggalkan resort itu. Dia benar-benar tidak menyangka yang dia akan diberhentikan kerja pada hari yang sama dia memulakan kerjanya di situ. Dia juga tidak dapat membayangkan wajah ibunya sekiranya dia memberitahu akan perkara yang amat menyedihkan bagi dirinya. Pada mulanya dia mahu memberitahu Lisa akan kejadian ini, namun dibatalkan hasratnya itu kerana dia tidak mahu kawannya itu sedih. Lisa terlalu banyak menolongnya. Dia tidak mahu Lisa mengganggap bantuan yang diberi hanyalah sia-sia.
Ery terus menyekori Auni. Dia tidak menyangka yang Auni akan berjalan sejauh ini. Cuaca yang tadinya cerah, namun kini sudah mulai gelap. Matahari yang tadinya masih segar berada di atas, namun kini sudah mula layu hendak merebahkan diri. Keadaan jalan yang tidak rata dan tidak bertar itu, membuatkan Ery memberhentikan keretannya. Dia risau kalau-kalau Auni menyedari ada manusia yang sedang menyekorinya.
Namun, bagi Auni sekarang, dia tidak menghiraukan perkara lain. Sekalipun ada binatang buas yang cuba hendak membahamnya, dia tidak peduli! Di fikirannya sekarang hanya memikirkan bagaimanakah cara untuk dia berhadapan dengan ibunya.
Ery keluar dari perut keretanya. Dia melangkahkan kaki kehadapan. Mengikut kemana sahaja arah Auni berjalan.
Tidak lama kemudian, Ery ternampak sabuah rumah usang yang kecil jauh dihadapan. Dia memberhentikan langkahnya. Dia melihat Auni masuk kedalam rumah tersebut. Hatinya benar-benar tersentuh. Di zaman yang moden ini, ada lagi manusia yang tinggal di tempat yang sebegini rupa?!
Dilihatnya keadaan sekeliling rumah itu dari jauh. Walaupun keadaan luar rumah tersebut bersih, yakni tiada semak samun, namun dilihatnya keadaan pada rumah tersebut, ada atap yang berlubang, ada papan yang sudah mereput dan hanya cahaya kuning yang yang terkeluar sedikit dari dalam, bukan cahaya putih!
Sungguh, dia benar-benar tidak percaya akan apa yang dilihatnya ketika ini. 

No comments:

Post a Comment