Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 11

Faizal berjalan ke hulu dan ke hilir, sambil memerhatikan jam di tangannya.
“Mana pula si Ery ni? Suka betul menghilangkan diri. Nak pergi mana-mana bukan nak bagitahu dulu. Handphone ada, tapi bukan nak bawa. Di tinggalkan adalah. Ish! Dia ni ingat tak, yang dia ada temu janji dengan orang majalah hari ni? Macam mana aku nak jawab dengan diaorang ni?”
Kalut Faizal apabila dia dapat tahu yang Ery telah menaiki keretanya lalu keluar daripada kawasan resort tersebut. Dia ingatkan Ery masih lagi bersama-sama dengan Arisya. Namun, apabila dia pergi ke restoran resort untuk mencari Ery, dia terkejut yang Arisya bersama-sama dengan Haris, bukan dengan Ery. Manakala Arisya dan Haris pula ingatkan yang Ery ada urusan dan urusan itu melibatkan Faizal. Namun, dugaan dan tekaan mereka melesat sama sekali.
“Hah, Faizal. Dah jumpa belum Ery?” Haris berjalan menuju ke arah Faizal. Dia juga sebenarnya risau dengan keadaan Ery sekarang. Arisya hanya mengikuti jejak Haris.
“Belum lagi. Nak call pun tak boleh. Handphone dia tinggal ni, hah.” Faizal menunjukkan handphone Ery yang berada di tangannya.
Tidak lama kemudian pihak wartawan daripada salah satu syarikat majalah hiburan tiba di perkarangan resort tersebut.
“Hai, Encik Faizal. Boleh kami berjumpa dengan Ery sekarang?” Salah seorang daripada mereka menyapa Faizal.
Faizal sudah mula cuak. Dipandangnya Haris dan Arisya tanda untuk meminta pertolongan. Help!
Haris dan Arisya pula seakan-akan tiada perkataan yang sesuai untuk diberikan untuk membantu Faizal. Sedang mereka berfikir mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, tiba-tiba Arisya ternampak kelibat kereta Ery yang menuju masuk ke pekarangan resort.
“Hah, itu dia Ery. Dah sampai pun.” Arisya menunjukkan arah keberadaan Ery sekarang ini. Serta-merta mereka memandang.
Dari jauh Ery melihat Faizal yang seakan-akan ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepadanya, dengan riak mukanya.
‘Eh, kenapa ramai-ramai kat Faizal ni?’ Ery memberhentikan keretanya.
‘Alamak! Aku terlupalah. Aku ada temu janji dengan orang majalah hari ni!’ Ery hanya mampu untuk menjerit di dalam hatinya. Tidak mampu untuk dikeluarkan, seakan-akan tersekat di kerongkongnya.
Serta-merta Ery membuka pintu dan keluar daripada perut keretanya. Dia sudah lupa yang dia datang sini bukan seorang diri, dan dia juga sudah lupa yang masih ada lagi urusan yang dia belum selesaikan.
“Auni, encik tu nak ke mana?” Mak Jenab menanyakan soalan yang Auni sendiri tidak tahu jawapannya.
“Em, tak tahulah mak. Biar je lah. Kita tunggu je dalam kereta ni ye. Dia ada urusan lain lah tu.” Auni cuba memberi andaian. Dia tidak tahu sama ada andaianya itu benar ataupun tidak.
“Sory. I’m late. Lama dah you all sampai?” terkalut-kalut Ery bercakap.
‘Fuh, lega hati aku.’ Faizal menyapu-nyapu dadanya untuk menenangkan jantungnya yang seakan-akan mahu tercabut sebentar tadi.
“Eh, tak adalah. Kami baru je sampai.” Salah seorang daripada pihak wartawan mejawab soalan yang di ajukan.
Arisya memandang dari jauh kereta Ery. Dia ternampak ada dua orang perempuan yang masih lagi berada di dalamnya.
‘Eh, siapa pula yang Ery bawa tu?’ Di fikiran Arisya penuh dengan seribu persoalan. Segera dia berjalan menuju ke kereta Ery. Haris hanya memandang dengan penuh tanda tanya juga.
‘Arisya nak pergi mana pula tu?’
“Eh, siapa pula perempuan tu, Auni. Kenapa dia macam nak datang dekat sini je?” Mak Jenab menanyakan soalan yang sama, yang berada di fikiran Auni sekarang. Dia juga tiada jawapan bagi soalan itu.
“Okay, jom kita borak kat dalam.” Faizal mengajak mereka, namun langkah mereka terhenti apabila Arisya memanggil-manggil nama Ery.
“Ery. Ery. Sini kejap. Siapa yang ada dalam kereta you ni?” Soalan yang disimpan sedari tadi kini dikeluarkan juga oleh Arisya.
Mereka memandang ke arah kereta yang di sebutkan oleh Arisya itu. Termasuklah Ery.
‘Ya Allah. Macam mana aku boleh terlupa ni?’ Ery berlari anak menuju ke keretanya itu. Kemudian dia membuka pintunya dan mempersilakan Mak Jenab dan Auni keluar.
Arisya terperanjat dan terkejut apabila melihat dua orang perempuan berada dihadapannya dan bersama dengan Ery.
‘Apa Ery buat dengan diaorang ni.’ Semakin banyak persoalan muncul di fikiran Arisya. Begitu jugalah yang lain, yang sedang memerhati.
“Ery, kenapa diaorang ada dengan you?” Arisya sudah memulakan soal selidiknya.
“Tak, macam ni…”
“Baik you cakap betul-betul dengan I. Apa hubungan you dengan diaroang ni?!” Arisya sudah meninggikan suaranya.
Ery terkejut.
Melihatkan keadaan Arisya yang seolah-olah api kemarahanya sudah mula membakar, Haris datang dan cuba menenangkannya.
“Arisya, dah la tu. You janganlah nak marah-marah. Tanya elok-elok, okay.”
Arisya menarik nafasnya dalam-dalam.
“Tak, I cuma nak kan kepastian. I tak nak lah Ery ni asyik berfoya-foya saja dengan perempuan entah mana-mana entah. Dia kan kawan kita. I tak nak dia hanyut.”
Sebaik sahaja mendengar setiap bait kata yang keluar daripada mulut Arisya itu dan melihat pula kemesraan di antara Arisya dan Haris di depan mata, Ery sudah tidak boleh berdiam diri lagi.
“Excuse me. Apa you cakap tadi? I suka berfoya-foya?”
“Habis tu? Dia ni siapa? Perempuan simpanan you?!” Arisya menundingkan jari ke arah Auni. Terkejut Auni dan Mak Jenab yang berada di situ, tanpa mengetahui hujung pangkal perkara yang sebenar.
“What?! Perempuan simpanan, you cakap?”
“Habis tu siapa?!”
“Dia ni sebenarnya…”
“Sebenarnya siapa?!”
“Sebenarnya, bakal isteri I. Puas hati you sekarang?!”
Bagaikan nak terkeluar biji mata Auni mendengar perkataan yang terpancul daripada mulut Ery.
‘Kenal pun tidak. Sesedap rasa dia je nak cakap aku ni bakal isteri dia. Hello, kau ni salah orang lah!’
Tiada kata dan persoalan lagi yang keluar daripada mulut Arisya. Haris hanya memberikan pandangan kosong.
Faizal dan juga pihak wartawan yang sedari tadi menjadi pemerhati, turut terkejut dengan penyataan yang diberikan oleh Ery sebentar tadi.
‘Hai, banyaklah cerita yang diaorang boleh tulis ni.’
Ini merupakan satu bonus yang terbesar bagi pihak wartawan yang dapat menonton babak yang tidak dapat ditonton di mana-mana siaran televisyen dan di pawagam lain.
“Arisya, tunggu!”
Panggilan Ery tidak disahut oleh Arisya. Langkahnya pantas. Dia tidak tahu mengapa hatinya sakit apabila mendengar penyataan yang telah dibuat oleh Ery mengenai perempuan yang bersama-sama dengannya adalah bakal isterinya!
“Ery, tak apa. Biar aku yang uruskan.” Haris menahan Ery daripada terus memanggil dan mengejar Arisya. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia juga tidak mahu mencemarkan nama baik sahabatnya itu di hadapan pihak wartawan.
Langkah Ery terhenti serta merta. Dia akur bahawa hanya Haris yang layak menenangkan hati Arisya di saat ini.
Setelah agak lama keadaan sunyi tanpa suara dan kata. Faizal segera menjemput pihak wartawan masuk ke dalam resort untuk menuju ke restoran. Dia tahu bahawa pihak wartawan sudah bersiap sedia dengan pelbagai soalan yang bermain-main di benak fikiran mereka. Pasti selepas ini majalah mereka habis laku di jual.
Auni dan Mak Jenab yang sedari tadi menjadi pemerhati, agak hairan. Kenapa mereka turut terlibat dalam keadaan yang berlaku? Sedangkan mereka tidak tahu hujung pangkal cerita.
Ery seolah-olah baru sedar dari lamunannya. Dia tahu bahawa katanya sudah terlajak. Namun ia tidak boleh untuk ditarik semula.
“Mak Cik, Auni. Saya minta maaf atas apa yang terjadi sebentar tadi. Saya betul-betul minta maaf.” Hanya kata kemaafan yang bisa di ucapkan saat ini. Walaupun kemaafan tersebut tidak dapat memulihkan keadaan seperti sedia kala.
Tiada kata yang sesuai di keluarkan oleh Mak Jenab dan Auni. Tujuan mereka ke resort tersebut adalah untuk bertemu dengan Encik Makmur, namun situasi yang baru dilihat dan di dengar sebentar tadi sudah menjadikan tujuan itu seperti tidak berguna lagi.
“Ery! Cepatlah. Diaorang dah tunggu tu.” Faizal datang mengingatkan Ery bahawa urusannya tidak selesai lagi. Ery harus bertanggungjawab di atas segala yang berlaku.
“Mak cik, Auni. Boleh tak, Mak cik dan Auni ikut saya sekejap?” Ery meminta agar Mak Jenab dan Auni mengikutnya untuk bersama-sama bertemu dengan pihak wartwan.
Namun Auni menolak. Dia tidak mahu dimanipulasikan sesuka hati.
Auni menghampiri Ery. Mak Jenab hanya memerhati.
“Kenapa kami kena ikut awak pula?” Auni sudah bercekak pinggang, dia hendak tahu sebab munasababnya.
“Tolonglah, Auni. Saya merayu pada awak. Awak hanya ikut sahaja, tak perlu cakap apa-apa pun tak apa.” Ery cuba meraih simpati.
“Tujuan kami ke sini untuk berjumpa dengan Encik Makmur, bukan untuk berjumpa dengan wartawan awak tu. Lagi satu, suka hati awak je kan, cakap saya ni bakal isteri awak!”
Ery tertunduk. Dia tahu bahawa dia sudah melakukan kesilapan yang pasti tidak akan diterima oleh sesiapa sahaja, kecuali para peminat yang terlalu mengangung-angungkannya. Ye la kan, siapa tidak suka di gelar ‘bakal isteri’ pelakon terkenal di Malaysia ni?!
Mak Jenab memandang Ery dengan penuh rasa simpati di hati. Dia dapat merasakan yang Ery tidak bermaksud dengan kata-katanya, mengenai ‘bakal isterinya’ itu.
“Auni. Kita pergi je lah. Kesian mak tengok encik ni.”
Wajah Ery seolah-olah bercahaya mendengar kata-kata dari Mak Jenab, berbeza dengan air muka Auni, yang sudah terbeliak biji matanya hendak terkeluar.
“Mak? Kenapa kita kena pergi pula?”
“Ery. Cepatlah!” Laungan Faizal mematikan pertanyaan Auni.
Nampaknya Auni sudah tiada pilihan, dia terpaksa akur dengan bukan sahaja permintaan Ery, bahkan permintaan maknya juga.
Ery mempersilakan Auni untuk pergi bersama-sama dengannya, dengan senyuman yang paling menawan diberikan. Namun Auni membalas dengan jerlingan yang paling tajam di dunia!
Sewaktu sesi bersama dengan pihak wartawan, Auni hanya mendiamkan diri. Ery yang akan menjawab semua pertanyaan yang dilontarkan oleh wartawan. Saat dan masa inilah yang dinanti-nantikan oleh pihak wartawan setelah mereka berpeluang melihat ‘drama sebabak’ sebentar tadi.
Ery memberitahu bahawa dia baru sahaja berkenalan dengan Auni, dan memang niat dihatinya untuk menjadikan Auni ‘bakal isterinya’.
Walaupun Auni terkejut mendengar setiap penjelasan yang diberikan, namun dia tetap berpura-pura untuk tersenyum, kerana lensa kamera sudah mengeluarkan cahaya untuk mengabadikan setiap gambar dirinya bersama-sama Ery, ‘bakal suaminya’. Konon! Uweik!
*********
“Arisya, dah la tu. Jom kita balik, jom.” Sedari tadi lagi Haris cuba untuk memujuk Arisya. Namun tetap gagal. Arisya seolah-olah tidak mendengar permintaan Haris. Pandangannya tetap jauh memandang laut yang luas terbentang di hadapannya itu.
Di fikirannya masih berlegar-legar mengenai peristiwa yang baru sahaja berlaku.
“Sebenarnya, bakal isteri I. Puas hati you sekarang?!”
Dia tidak menyangka bahawa seorang perempuan lain sudah berada di dalam hidup Ery! Di dalam hati Ery!
 Sebelum ini, dia menyangka bahawa hanya dirinya yang berada di lubuk hati Ery yang dalam. Namun, dia sudah membuat satu kesilapan yang besar.
Walaupun dia suka dan cintakan Haris, namun dia juga tidak mahu kehilangan Ery.
‘Adakah aku seorang yang tamak?!’
“Arisya, dah la tu. Ini adalah keputusan Ery, kita sebagai kawan kena support dia, kan?”
“Tapi dia tak bagi tahu kita pun sebelum ni. I tak percaya yang dia tu ‘bakal isteri’ Ery. Entah perempuan mana entah yang dikutip.”
“Arisya, tak baik you cakap macam tu. I peliklah, yang you marah sangat bila Ery dah ada calon isteri kenapa? Sepatutnya you happy, untung-untung kita boleh naik pelamin dengan ‘artis’ nanti. Siapa tahu?” Haris cuba menceriakan Arisya.
Arisya tidak dapat menjawab soalan Haris. Dia keliru. Dia tidak mahu menyatakan bahawa perasaan cemburu sudah mula bersarang di hati. Itu jawapan yang sebenar!
“Eh! Haris, tadi you ajak I balik, kan? Jom la kita balik. I dah penatlah.”
Arisya cuba melarikan tajuk perbualan. Dia tidak mahu Haris dapat menghidu perasaan yang bermain-main di hatinya sekarang ini. Dia juga kasihankan Haris yang sudah lama memujuknya untuk pulang.
Pada mulanya Haris musykil kerana Arisya tidak menjawab soalannya, seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu, namun dia senang kerana akhirnya Arisya mahu untuk pulang bersama-sama dengannya. Dia gembira.

No comments:

Post a Comment