Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 14

“Mak, macam mana Auni nak buat sekarang ni? Auni buntu la mak. Auni tak tahu nak buat apa.” Auni meletakkan kepalanya di atas bahu Mak Jenab. Jika dia dalam keadaan sedih, bahu itulah yang akan menjadi ‘mangsa’ untuk menghilangkan kesedihannya. Terasa lenyap semua kedukaan hatinya, apabila kepalanya di letakkan di atas bahu ibunya yang terasa hangat itu.
Mak Jenab menggenggam erat tangan anaknya. Dia sanggup berbuat apa sahaja, sekiranya ia dapat menukarkan kesedihan yang anaknya hadapi sekarang ini.
“Auni, kamu dah besar sekarang. Kamu boleh fikir yang mana baik dan yang mana salah. Kamu dah boleh buat keputusan sendiri. Mak akan sokong kamu walau apapun keputusan yang kamu buat.”
“Tapi mak, kalau Auni kahwin dengan dia nanti, mak macam mana? Auni tak nak tinggalkan mak sorang-sorang.” Auni sudah mengalirkan airmatanya.
“Auni, jangan risaukan pasal mak. Mak akan tumpang gembira kalau Auni gembira.”
“Tak nak, Auni tak nak tinggalkan mak. Auni tak nak berjauhan dengan mak.” Semakin deras air jernih tersebut mengalir dan semakin erat pelukan Auni terhadap Mak Jenab.
Selama Auni hidup, tidak pernah sekalipun dia berjauhan dengan Mak Jenab. Hatinya berat untuk meninggalkan insan yang paling dicintainya itu. Lagi-lagi bila terfikirkan sikap ayahnya yang suka berjudi dan minum arak.
Auni juga tidak tahu bagaimana hendak menerangkan perkara tersebut kepada ayahnya, Pak Badar. Dia tidak tahu sama ada ayahnya akan setuju ataupun tidak. 
‘Ya Allah, ya Tuhan-ku. Dengan tangan yang penuh dengan pengharapan, aku mohon kepada-Mu, Kau berilah aku petunjuk. Ya Allah, sekiranya dia baik untukku Kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya, jika dia bukan untukku Kau pasrahkanlah hatiku ini dengan ketentuan-Mu, ya Allah. Hanya pada-Mu tempatku memohon dan berharap.’
‘Ya Allah, Kau bantulah aku. Aku mohon pada-Mu agar keputusan yang aku buat ini, akan baik bagiku dan keluargaku serta baginya. Aku mohon pada-Mu agar Kau permudahkanlah segala urusanku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’
*********
“Ery, Puan Katty call aku tadi. Dia nak kau selesaikan masalah kau dengan segera. Dia cakap, dia dah tak larat nak jawab call yang asyik-asyik tanya tentang hubungan kau dengan Auni.”
Masak Faizal kena ‘sembur’ dengan Puan Katty. Belingit telinga dia di buatnya. Namun, ini bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan perangai Puan Katty yang akan menyinga apabila artis di syarikatnya membuat onar. Faizal sudah lali.
“Aku tengah usahalah ni Faizal. Aku pun malas dah nak panjangkan hal ni lagi. Sekarang aku hanya perlu tunggu jawapan ‘Ya’ dari Auni. Kalau dia cakap ‘Ya’ saja, aku akan terus kahwin dengan dia.”
“Amboi, bukan main semangat lagi kau ni ye. Ada apa-apa ke?” Faizal sudah mula hendak mengusik Ery.
“Ada apa ke bendanya? Aku dah cakap dah dengan kau hari tu, kan? Aku sekarang ni memang tengah terdesak nak ‘kahwin’. Aku dah tak larat nak tanggung semua ni lagi. Aku penat. Dah la, malas aku nak layan kau. Baik aku baca dan hafal skrip ni, lagi berfaedah.”
Faizal mencebik.
‘Ye la tu. Tak ada apa-apa konon. Padahal dia memang dah tersangkut habis dengan minah tu. Tak nak mengaku. Huh!’
Faizal membiarkan Ery dengan dunia lakonannya. Ery sememangnya seorang yang profesional. Dia tidak akan mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerjanya. Walau sekusut manapun masalah yang Ery hadapi, dia tetap akan menumpukan segala fokus dan perhatian dengan kerjayanya.
Semua krew, para pelakon dan director sudah bersiap sedia di tempat masing-masing. Tinggal menunggu arahan daripada director sahaja.
“And...action!” Pengambaran pun bermula.  
*********
“Auni. Best la kau ye, sekarang dah jadi bakal isteri artis. Kalau aku la, aku tak nak dah buat kerja-kerja macam ni. Buat penat badan saja.”
“Haah la, kan. Buat apa nak kerja lagi? Bakal suami artis terkenal, mestilah kaya, banyak duit. Haih, untung la kau, Auni.”
Telinga Auni terasa panas mendengar kata-kata dari rakan sekerjanya itu. Gelak ketawa mereka bagaikan api yang membakar cuping telinga Auni. Nasib baik, masih kuat iman di dada. Jika di ikutkan hati, sudah lunyai mulut mereka Auni kerjakan dengan cili padi. Baru padan dengan muka dan kata!
‘Sabar, Auni. Sabar.’
“Saya sambung kerja dulu ye.” Malas Auni hendak melayan mereka. Semakin lama dia disitu, semakin ‘terbakar’ rasanya! Baik Auni angkat kaki tinggalkan mereka sementara keimanan dan kesabarannya masih utuh.
“Hai, kenapa muka ketat je ni? Ada masalah ke?” Ery akan menggunakan ruang rehatnya untuk berjumpa dengan Auni. Sedari tadi dia perhatikan Auni berjalan dengan muka yang masam mencuka.
“Ye! Memang saya ada masalah. Awaklah masalah saya! Tepi!” Auni menolak Ery dengan batang penyapu, kerana Ery mengahalang laluannya.
‘Amboi. Marah betul minah ni. Sabar, Ery. Sabar. Gunakan kelebihan kau untuk dapatkan hati minah ni. Kerja senang je ni.’
“Auni. Awak ada masalah apa? Ceritalah dengan saya. Siapa tahu, saya boleh tolong?” Ery mengejar Auni. Dia mahu menambat hati gadis tersebut. Dia akan berusaha sedaya upaya.
“Awak jangan nak buat pura-pura tak tahu pula ye. Awak yang dah masuk dalam kehidupan saya. Awak yang dah rosakkan kehidupan saya. Awak tanya lagi apa masalah saya?! Hah! Awak nak tolong saya, kan? Boleh. Awak tolong keluar dari kehidupan saya!”
Auni terus berlalu meninggalkan Ery yang merasa sangat bersalah. Jika dia adalah orang yang di rasakan sangat zalim oleh Auni. Ery rela untuk berundur diri.
‘Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku cakap macam tu tadi. Astargfirullahal’azim. Ya Allah, ampunkan aku. Aku tak sepatutnya cakap macam tu. Aku mesti jumpa dengan dia. Aku mesti minta maaf dengan dia.’
Auni merasa geram dengan sikap rakan-rakannya yang mengata tentang dirinya. Namun, kemarahannya itu dilepaskan kepada Ery. Ini tidak adil!
Auni menghampiri Ery yang sedang duduk di salah sebuah bangku yang menghadap kolam ikan mini di tepi resort tersebut. Kolam ikan tersebut di hias dengan begitu cantik sekali. Daun-daun yang menghijau menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya. Namun, Auni tidak tahu sama ada jiwa Ery tenang atau tidak sekarang ini.
“Awak.” Auni memanggil Ery.
Ery tidak menyahut, walaupun dia tahu suara tersebut adalah dari Auni.
Auni mengambil pilihan untuk tidak duduk di sebelah Ery. Dia tetap akan cuba menjaga tata tertibnya sebagai seorang wanita Islam.
“Awak, saya minta maaf pasal tadi. Saya terlalu...”
“Tak apa lah, Auni. Saya faham siapa saya ni. Saya memang tak sepatutnya masuk dalam kehidupan awak. Saya minta maaf. Saya tak akan ganggu hidup awak lagi.” Ery bangun dan mengatur langkahnya.
Sebaik mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Ery, Auni merasa serba salah. Dia memang tidak berniat untuk menyinggung perasaan Ery.
“Awak, tunggu!” Auni memanggil Ery dan Ery memberhentikan langkahnya.
“Saya akan terima awak sebagai suami saya.”
Serta merta Ery berpaling. Dia hendak memastikan yang dia tidak salah dengar dari salah orang.
“Awak cakap apa tadi?” Sengaja Ery mahukan kepastian.
“Saya cakap, saya terima awak. Itu saja.” Terasa malu pula Auni melafazkan kata tersebut apabila Ery semakin menghampirinya.
“Yes! Thanks God.” Ery melompat-lompat senang dan gembira.
Auni tidak suka Ery berpewatakan sebegitu. Jika dia gembira tahap ‘gaban’ sekalipun, tidak bolehkah berperangai sopan sedikit?
Auni memandang pelik kepada Ery.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Takut juga Ery melihat pandangan yang diberikan oleh Auni. Uu..seram.
“Awak orang Islam, kan?”
“Haah, saya orang Islam. Kalau tak macam mana saya nak kahwin dengan awak?” sempat lagi Ery berseloroh. Auni tengah serius tu!
Auni tetap memandang Ery dengan pandangan tajamnya itu.
“Oh! Alhamdulillah...” Akhirnya. Faham juga Ery dengan maksud di sebalik pandangan Auni tersebut.
‘Hah! Tahu pun. Kata orang Islam, kan. Tunjukkanlah cara Islam tu. Kalau gembira dan bersyukur atas sesuatu nikmat yang telah Allah bagi, ucaplah Alhamdulillah.’
“Em, tapi sebelum tu. Boleh tak saya nak tanya awak satu perkara?” Walaupun Auni telah memberikan kata putus, namun keputusannya untuk menerima Ery itu, terlalu berat untuk dia lakukan. Ini kerana, banyak perkara yang dia harus fikirkan. Untuk menjadi seorang isteri kepada orang yang dia tidak pernah kenal sebelum ini adalah satu perkara yang amat rumit baginya.
“Awak nak tanya banyak pun tak apa. Awak nak tanya apa?” Ery sudah bersiap sedia dengan setiap soalan yang akan diajukan oleh Auni. Mukanya sudah tidak lekang dengan senyuman. Maklumlah, orang tengah gembira.
“Em, kalau saya kahwin dengan awak, mak saya macam mana?”
“Kalau awak nak, kita boleh bawa mak awak sekali. Tinggal dengan kita.”
“Ayah saya?”
‘Ayah? Aku ingatkan dia ni tak ada ayah. Tak pernah pun aku nampak ayah dia ni.’
“Ayah awak? Em, boleh juga kalau awak nak bawa tinggal sekali.” Agak berat untuk Ery berkata demikian.
Auni merasa senang dan gembira. Sungguh baik hati Ery. Ery menerima diri dan keluarganya dengan seadanya.
Padahal, baik ada makna tu.
“Eh! Lagi satu. Keluarga awak? Macam mana?”
“Keluarga saya?” Ery sudah lupa akan perihal keluarganya. Jika dia beritahu keluarganya pasal Auni, pasti akan menjadi semakin kecoh dan semakin akan bertambah masalah.
“Keluarga saya tinggal kat rumah mereka la.” Ery cuba lari dari tajuk, walaupun dia faham dengan maksud soalan Auni.
“Bukan pasal tempat tinggal. Maksud saya, keluarga awak boleh terima saya ke?”
“Oh...mereka okay saja. Siapa pilihan saya, itulah pilihan mereka.” Ery berdalih. Hakikatnya, dia sendiri pun tidak pasti.
“Kalau macam tu, awak datanglah jumpa dengan mak ayah saya dulu ye.” Auni mempelawa Ery dengan muka yang merah menahan malu. Walaubagaimana sekalipun, adat orang Melayu jangan dilupakan.
“Okay. Nanti saya datang jumpa keluarga awak.”

No comments:

Post a Comment