Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 3

“Mak! Auni pergi dulu ye!” Jerit Auni yang sudah pun melangkah keluar rumah.
“Ye lah. Hati-hati.” Mak Jenab sebenarnya risau Auni pergi ke resort tempat Lisa bekerja tu seorang diri. Pada mulanya Mak Jenab menawarkan diri untuk menemankan Auni tetapi Auni melarangnya kerana jarak perlajanan yang jauh.
Auni memulakan perjalanannya pada pagi ini dengan memanjatkan doa agar Allah mempermudahkan perjalanannya pergi dan balik. Amin.
Tanpa menggunakan kereta atau motorsikal mahupun basikal, Auni menghayun langkah kakinya dengan girang dan dengan senang hati sekali. Biarlah kehidupannya serba kekurangan namun dia tetap bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.
Jika perempuan lain yang sebaya dengannya sekarang sudah mula memikirkan fesyen, dan gaya penampilan yang cantik untuk menarik perhatian sang arjuna. Namun berlainan pula dengan Auni. Walaupun memiliki rupa paras yang catik dan ayu, tetapi dia agak out of date, ketinggalan zaman!
Lihat sajalah pakaiannya, dengan baju kurung yang tidak bergosok, entah zaman ‘Tok Kaduk’ mana entah, dengan keadaan tudung yang bekerdut seribu, dengan membawa beg plastik yang di isi bermacam-macam barang, minuman, makanan dan bermacam-macam lagilah. Memang kalau orang nampak keadaan dia sekarang yang berjalan di tengah-tengah panas terik macam ni, mesti orang kata dia orang gila yang terlepas.
Walaupun begitu, Auni tetap memiliki keistimewaan dan auranya yang tersendiri.
Dia berkeadaan begitu sekarang, adalah kerana dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang orang lain miliki. Di rumahnya, tiada seterika untuk menggosok pakaian, maka bagaimana mahu menghilangkan kerdutan yang ada pada pakaian dan tudungnya? Kalau makanan pun dia tidak mampu untuk membelinya, bagaimana dia mahu membeli beg dan pakaian yang cantik-cantik? Pakaian yang dia ada ini pun adalah belas ihsan daripada keluarga Lisa satu-satunya sahabat baiknya itu.
Setelah hampir satu jam lebih Auni berjalan kaki. Akhirnya dia sudah sampai di Resort Sakura Sahara, tempat Lisa bekerja. Penat tidak perlu dikata. Bajunya juga sudah lenjun dengan peluh.
Diambil sapu tangan di dalam beg palstik kemudian di lap peluhnya. Diteguk barang dua, tiga air masak yang di bawa bekal bersama untuk menghilangkan dahaga.
‘Alhamdulillah…sampai juga aku kat resort ni. Bukan main cantik tempat ni rupanya.’
Dicari-carinya kelibat Lisa namun gagal. Orang-orang yang berada disekeliling memandang pelik kepadanya. Macam yang diberitahu tadi. ‘Orang gila terlepas kot.’ Mereka yang berada di situ sudah mula berkumpul. Kedatangan Auni seolah-olah seperti ‘artis terkenal’. Auni merasa pelik.
‘Kenapa diaorang tengok kat aku ni? Baju aku ada yang konyak ke? Ke muka aku ada benda?’ Diraba-raba mukanya, mencari kalau-kalau ada sesuatu yang melekat yang menarik tumpuan orang ramai.
Lisa yang kebetulan lalu di lobi resort merasa musykil dengan keadaan orang yang ramai di situ. Seolah-olah sedang melihat konsert. Lisa menjadi penasaran.
“Apa yang diaorang tengok tu?”
Sebaik sahaja Lisa memandang orang yang menjadi tumpuan orang ramai diwaktu ini adalah Auni, sahabatnya. Lisa beristigfar panjang.
“Astrafirullahala’zim, la haulawala quwata illa billah…Auni?! Apa yang dia buat kat sini ni?!” Lisa terkejut dengan kehadiran Auni yang secara tiba-tiba.
Lisa menutup sedikit mukanya dengan dulang yang dibawa, kemudian terus pergi mendapatkan Auni untuk mengetahui sebab munasabab keberadaan Auni di sini dan untuk mensuraikan orang yang berdiri tecongok melihatnya.
“Eh! Lisa?! Akhirnya aku jumpa juga dengan kau.” Jelas terpancar kegembiraan di wajah Auni apabila dapat bertemu dengan Lisa.
Tanpa menunggu masa yang lama, Lisa serta merta menariknya ke tepi berdekatan dengan tiang seri lobi resort  yang berada di situ untuk berlindung di sebaliknya.
“Wei…! Apa kau buat kat sini? Kenapa datang tak bagi tahu aku dulu? Lain kali call la, tak pun mesej ke.”
Air muka Auni sedikit berubah. Dia manalah ada handphone untuk hubungi Lisa. Menyedari perubahan Auni dan sedar yang diri sudah terlajak kata, Lisa segera meminta maaf. Menyesal dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Eh, Auni aku minta maaf, aku tak bermaksud…”
“Tak pe lah Lisa, kalau kau sibuk, lain kali lah aku datang. Sory ganggu kau.” Auni terkilan dengan kata-kata Lisa. Dia sudahlah penat berjalan jauh, namun penerimaan Lisa tidak seperti yang dijangkanya. Auni mahu melangkah pergi tetapi segera ditahan oleh Lisa.
“Eh! Auni…aku tak sengaja, aku minta maaf, okay. Aku janji lepas ni aku tak buat dah. Maafkan aku, pelease…” Lisa cuba memujuk Auni dengan membuat muka comelnya itu.
Auni tergelak kecil melihat perlakuan Lisa yang semacam anak kecil itu.
“Hah! Tu dah senyum dah tu. Kiranya maaf aku kau terima lah kan? Kau tak boleh tarik balik, kalau tak…” Lisa mengepal-ngepal penumbuknya.
“Amboi…bila masa aku maafkan kau? Kau yang buat salah, kau nak tumbuk aku pula ye?” Auni menepuk manja sahabatnya itu. Dia bukanlah ambil hati sangat dengan kata-kata Lisa tadi. Kalau dia di tempat Lisa pun mungkin dia akan berbuat begitu juga.
Okayokay, aku serunder. Jom aku belanja kau makan kat restoran ‘aku’. Kau mesti lapar, kan?”
“Ha…tau takut. Eh! Mau tanya lagi, mestilah aku lapar, tapi aku ni layak ke masuk resort orang-orang kaya ni. Orang lain pandang pelik je.”
“Ah! Pedulikan pandangan orang tu. Aku sebagai salah seorang pekerja di sini mengalu-alukan kedatangan kau sebagai tetamu. Silakan...” Lisa membongkokkan sedikit badannya kemudian menghulurkan tangannya. Auni ketawa kecil. Malu diperlakukan begitu oleh Lisa.
Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam resort tersebut. Walaupun banyak mata-mata yang memandang, namun mereka tidak menghiraukannya.
“Oh…inilah restoran ‘kau’ tu ye.” Auni melihat-lihat keadaan disekeliling. Dia membayangkan set kerusi meja yang cantik dan di iringi dengan alunan muzik yang menenangkan jiwa serta suasana yang eksklusif.
Namun dugaannya meleset, yang ada dihadapannya sekarang hanyalah sebuah meja kecil dan beberapa buah kerusi serta ‘muzik’ yang mengiringi adalah suara riuh rendah orang yang sedang memasak, dengan bunyi lagaan sudip dengan kuali dan sudu dengan cawan.
Lisa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tersipu-sipu malu.
“Ala…kira okay la ni, Auni. Bukan calang-calang orang tau boleh masuk sini. Kau ni kira beruntunglah. Kau sepatutnya berterima kasih kat aku ni.”
“Terima kasih banyak Cik Lisa oi…saya berasa sungguh terharu sekali.” Auni menarik kerusi lalu duduk. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Walaupun ini cuma bahagian dapur, namun susun aturnya agak teratur dan cantik. Lantainya juga bersih dan berkilat. Pakaian pekerja-pekerjanya begitu kemas.
‘Mungkin gaji orang yang duduk kat dapur ni pun mahal kot’, bisik hati kecil Auni. Di dalam fikiranya sekarang tiada yang lain kecuali kerja dan mendapat gaji yang lumayan.
“Hah…ini dia makanan untuk Puan Puteri sudah sampai.” Lisa membawa hidangan yang begitu menyelerakan bagi sesiapa yang melihat. Bau dan aromanya menusuk ke ‘kalbu’.
“Kau biar betul, bagi aku makanan ni? Kau salah ambil, kan? Pergi-pergi tukar.”
“Eh, eh…penat-penat aku bawa makanan ni, kau banyak ‘songeh’ pulak ye? Makan je la. Jangan risau, aku belanja.”
‘Ya Allah, sepanjang hidup aku, aku tak pernah makan makanan yang sesedap ini. Ini adalah kali pertama. Kenapa Lisa begitu baik dengan aku? Kenapa dia layan aku sampai macam ni? Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku kawan yang sebaik Lisa ini. Sungguh mulia hatinya. Aku rasa serba salah nak minta pertolongan daripadanya. Bantulah aku ya Allah.’
“Wei! Termenung pula dia. Makanlah.”
“Hah? Okay, okay…terima kasih Lisa.”
“Sama-sama. Kau tunggu sekejap, boleh, kan? Aku kena sambung kerja. Lepas ni aku bawa kau ronda-ronda satu resort ni, okay?”
Okay, okay…kau pergilah buat kerja kau.”
Okay, kau jangan pergi mana-mana tau. Duduk sini, diam-diam.”
Auni hanya tersenyum dan mengangguk. Telatah sahabatnya itu begitu mencuit hatinya.
‘Lisa…Lisa… ada saja lah dia ni,’ bisik Auni.

No comments:

Post a Comment