Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 4

Ery termenung, memerhatikan bulan dan bintang di langit. Malam ini dia merasakan begitu damai sekali. Terasa segala masalah yang dihadapinya hilang buat seketika. Di hirupnya angin malam itu sambil memejamkan matanya, lalu dia tersenyum sendirian. Wajah cantik Arisya berlayar-layar di ruang fikirannya. Melihat pula senyuman manis Arisya, begitu mempesona di matanya. Sungguh, dia tidak dapat melupakan wajah dan senyuman itu.
“Eh! Kau ni dah kena sampuk ke apa? Tersengih ‘sorang-sorang’ macam kerang busuk ni apa pasal? Nah.” Faizal menepuk bahunya, dan memberinya mark yang berisi air kopi panas.
‘Kacau daun betullah mamat ni. Aku baru nak berangan.’
“Eh, aku ingat aku nak baliklah malam ni. Tak kan aku nak bertapa kat rumah kau ni lama-lama. Aku pun ada life aku sendiri. Aku pun nak pergi jumpa juga ‘aweks-aweks’ aku.”
“Banyaklah kau punya ‘aweks’. Muka macam kau ni, ada ke minah yang nak? Kalau aku pergi lelong kau ni pun, confirm tak laku punya. Percayalah cakap aku.” berterabur gelak si Ery.
“Hai, kawan…agak-agak lah kalau nak bergurau pun. Muka aku ni kau kata tak laku? Kau belum tengok lagi aku petik jari. Nanti aku petik semua serbu kat aku, aku malas je nak petik, aku tak nak biarkan kau pula yang melopong nanti.”
“Eleh…pigi dah, aku tak ‘heran’ langsung!” Ery menunjukkan isyarat seperti yang selalu dilakukan oleh pelakon Imuda di dalam cerita ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, sambil mencebikkan mukanya.
Faizal agak geram dan sebal dengan kelakuan Ery. Dia dipermain-mainkan dengan seenak-enaknya!
Okay, okay…aku memang nak pergi dah ni. Kau duduklah sini ‘sorang-sorang’, nanti kalau kau susah, kau jangan cari aku.” Nada suara Faizal seolah-olah merajuk. Dia segera bangun, akan tetapi dia terperanjat apabila ternampak flash camera yang menghala kearah mereka berdua. Ery juga baru perasan.
Faizal menarik Ery masuk ke dalam rumah. Sliding door di tutupnya kemas, dan langsir di tarik rapat.
“Tak kan sampai malam diaorang buat kerja kot?!” Ery memicit-micit kepalanya yang tengah pening. Dia menjadi tidak menentu.
Faizal mengintai-ngintai ke luar, kelihatan dua orang lelaki sedang berlari menuju ke arah kereta dan memandunya, kemudian hilang dari pandangan.
“Diaorang dah lari dah.” Faizal memberitahu Ery, namun kenyataan itu tidak dapat menenangkan hatinya yang kusut pada waktu ini.
“Kau rasa siapa?” Faizal cuba menanyakan pertanyaan itu, walaupun pertanyaan itu agak tidak sesuai untuk di ajukan pada ketika ini.
“Siapa lagi?! Wartawanlah!” Ery terus menuduh. Hatinya tengah panas sekarang.
“Eh, kau jangan nak terus menuduh, mungkin bukan diaorang.”
“Habis tu? Siapa lagi?!”
Okay, okay…aku tahu kau tengah marah sekarang. Kau duduk dulu, rileks, okay.” Faizal membawa Ery duduk untuk menenangkan diri.
Keadaan sunyi sekejap. Hasrat Faizal untuk pulang pada malam ini nampak gayanya harus dibatalkan. Kasihan dia melihat keadaan Ery yang tidak tenteram pada waktu ini. Dia juga risaukan Ery kalau-kalau Ery akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya.
Faizal beredar ke dapur. Dia mahu mengambilkan segelas air masak lalu diberikan kepada Ery. Hanya itu yang mampu dilakukannya, di ketika ini.
“Nah, minum dulu air ni.” Faizal memberikan mark yang berisi air masak kepada Ery.
“Air apa ni? Air jampi ke? Kau nak bomoh aku ye?” Ery kalau sudah berada dalam keadaan marah, macam-macam perkataan yang menyakitkan hati akan keluar.
“Hey…mulut tu jaga sikit ye. Air masak lah.”
Selepas Ery meminum air tersebut. Dia merasa tenang sedikit daripada tadi. Dia buntu. Dia tidak tahu cara yang bagaimana, yang harus dilakukannya untuk menyelesaikan masalahnya. Dia tidak mahu terus-terusan diburu wartawan hanya kerana gosip yang melanda dirinya.
Faizal juga sudah kekeringan idea. Dia tidak tahu bagaimana untuk membantu Ery lagi. Namun tiba-tiba dia terfikirkan satu idea yang agak ‘gila-gila’ ini.
“Ery, aku rasa aku ada cadangan untuk selesaikan masalah kau ni.”
Ery sedikit terkejut, namun tetap tersenyum. Dia sedia mendengar cadangan yang diberikan oleh Faizal.
“Apa dia?” Ery penasaran, dia tidak sabar untuk mendengar cadangan tersebut.
“Apa kata kau kahwin saja. Habis cerita.” Lancar ayat tersebut keluar dari mulut Faizal.
Air muka Ery berubah serta-merta.
“Kau gila?! Tak kan lah sebab benda ni kau nak suruh aku kahwin pula? Bagilah idea yang ‘bijak’ sikit. Mesti ada jalan lain lagi.” Ery membantah, tetapi sebenarnya dia juga sudah ketandusan idea.
“Ery, aku rasa ini saja jalan yang terbaik untuk masalah kau ni. Selagi kau tak kahwin, selagi itulah gosip kau ni tak kan putus-putus. Selagi itulah hidup kau tak tenteram, diburu wartawan siang dan malam. Kalau kau dah kahwin, semua cerita gosip-gosip kau, skandal-skandal kau akan tutup. Habis. Titik. Noktah!” Faizal menerangkannya dengan panjang dan lebar.
“Kau ingat kahwin ni senang ke? Aku mana ada calon yang sesuai lagi.”
“Eh, eh…? Skandal-skandal kau, stok-stok kau kan ramai. Kau pilihlah yang mana kau nak. Tak pun, kau pergilah propose Arisya tu, kau kan syok kat dia. Macamlah aku tak tahu.”
Serta merta wajah cantik Arisya muncul di fikirannya. Ery sememangnya suka dengan Arisya semenjak di kampus lagi, dari situlah dia berkawan baik dengan Arisya. Ery selalu menjadi pendengar setia Arisya sekiranya Arisya ada masalah. Namun, Ery bukanlah seorang yang mudah untuk melafazkan kata-kata cinta, terutamanya kepada seseorang wanita.

Akhirnya Faizal terpaksa pulang kerana dia ada urusan pada keesokan harinya. Dia berat hati sebenarnya untuk meninggalkan Ery, itupun setelah Ery mengatakan yang dia akan baik-baik sahaja.
“Kau fikirkanlah apa yang aku cakap tadi, okay. Ini semua untuk kebaikan kau.” Faizal menasihati Ery sebelum dia melangkahkan kaki menuju ke keretanya.
Entah bagaimana, Ery cuba memberanikan diri untuk berhadapan dengan Arisya. Dia mahu meluahkan segala isi hatinya yang dipendamkan selama ini. Bukan dia mahu mengikut cadangan ‘gila’si Faizal, tetapi dia merasakan inilah masa yang paling sesuai untuk dia mengungkapkan kata cintanya dan dia mahu menjadikan Arisya sebagai pemaisuri hatinya serta peneman hidupnya. Dia merasakan hidupnya akan sempurna jika dia memiliki Arisya, kekasih hatinya itu.
Hello, Arisya.”
Hello, Ery! I baru nak callyou. You ni macam tau-tau je. You know what? I happy sangat hari ni.”
You happy? Baguslah. Pasal apa?”
“Mana boleh bagitahu through the phone. Kita jumpa, okay?”
“Jumpa? Icall ni, memang nak ajak you jumpa pun. I nak bagitahu you sesuatu.” Teragak-agak Ery bercakap.
“Oh! Realy? Great! Kita jumpa, okay. Kat tempat biasa. Sekarang tau.”
Okay.”
Talian dimatikan. Jantung Ery di waktu ini semakin berdebar-debar. Seperti seorang pelari pecut 200 meter yang sedang belari menuju ke garisan penamat. Peluh sudah mula merecik di dahi. Tangan dan kakinya seolah-olah berada di dalam peti ais. Suhu badannya menjadi turun dan naik.
Ery menarik nafas, kemudian menghembuskannya. Dia melakukannya berulang-ulang kali untuk menenangkan dirinya. Namun tidak berhasil. Dia semakin resah. Tidak keruan.
“Ery…you can do it, okay. Don’t panic. Just rileks.” Dia memberikan kata-kata semangat kepada dirinya sendiri. Senyumannya seolah-olah dibuat-buat.
Tanpa belengah lagi dia memandu keretanya ke destinasi yang telah dijanjikan.
Ery cuba mengingati kembali watak-watak yang pernah dipegangnya sewaktu berlakon drama dahulu. Dia cuba mengingati skrip yang pernah dibacanya sewaktu melakonkan watak seorang lelaki yang mahu melamar seorang wanita.
“Saya tak boleh hidup tanpa awak.”
“Sudikah awak menjadi isteri saya?”
Will you marry me?
I love you.”
“Argh! Kenapa susah sangat nak sebut ni?!!”
Sedang Ery berfikir bagaimana caranya untuk dia melamar Arisya, dia teringatkan sesuatu yang penting.
“Ya Allah! Cincin! Macam mana aku boleh terlupa ni?! Ery segera membelokkan keretanya ke kanan untuk membuat U Turn.

Restoran yang mempunyai dua tingkat itu sememangnya terkenal dengan makanannya yang enak. Ramai golongan VIP menjamu selera di sana. Namun Arisya bingung. Kenapa di aras dua tiada satu orang pun kecuali dirinya?
Sudah hampir setengah jam dia menunggu Ery, tetapi Ery tidak muncul-muncul. Dia tidak sabar untuk memberitahu Ery perkara yang membahagiakannya di waktu ini, di ketika ini. Namun kelibat Ery masih tidak menjelma, membuatkan moodnya yang happy bertukar. Muka masamnya pula yang timbul.

Ery segera memberhentikan keretanya di tempat letak kereta, lalu keluar dan…sepatutnya dia tutup pintu keretanya, tetapi dia mahu cepat. Dia tidak sempat. Dibiarkan pintu keretanya itu terbuka. Sudahlah kuncinya masih di dalam. Kalau kena curi, padan muka!
Sudah jauh dari keretanya barulah dia sedar yang pintu keretanya masih tenganga. Dia mahu berpatah semula, namun kakinya terhenti dan meneruskan lariannya ke aras dua restoran yang dihadapannya itu.
Baginya sekarang, dia sanggup kehilangan segala-galanya daripada kehilangan kekasih hatinya, Arisya. Oh! Sungguh, panahan cinta.

Sudah penat, lama menunggu, Arisya mencapai handbagnya dan mahu beredar dari situ. Belum sempat dia melangkah, Ery pula yang muncul.
“Arisya!” Ery berlari ke arahnya. Dia termengah-mengah dihadapan Arisya, namun senyuman tetap diberikan.
“Kenapa you lambat sangat Ery? Lama I tunggu tau.” Arisya sedikit merajuk.
Sory, sory. Ada hal sikit tadi.”
Menyedari muka Ery yang sedikit berpeluh, Arisya mengeluarkan sapu tangan dalam begnya dan menghulurkannya kepada Ery.
“Nah, lap peluh tu.”
Ery sedikit terkejut. Namun disambutnya juga sapu tangan yang dihulurkan Arisya.
Setelah itu, Ery menarik kerusi Arisya dan mempersilakanya duduk. Macam gentleman saja, kan? Kemudian dia mengambil tempat dihadapan Arisya.
“Eh, you perasan tak? Tak ada orang kat sini kan? Selalunya ramai.” Arisya menanyakan soalan yang sedari tadi dia simpan.
Ery memandang keadaan sekeliling. Dia tersenyum.
‘Bagus, pandai diaorang ni buat kerja.’
Sebenarnya Erylah yang menempah aras dua restoran ini khas untuk dirinya dan Arisya.
“Dah tak laku kot.”
“Ish! You ni, memandai je, tak baik tau.” Arisya turut tersenyum mendengar ‘lawak’ yang dibuat oleh Ery. Sungguh, Ery sukakan senyuman dan tawa Arisya. Ia membuatkan hatinya berasa tenang dan tenteram.
So, what up? Apa yang you nak bagitahu I? Tell me now.”
Wajah Ery berubah serta merta. Gurlp! Tertelan air liur dibuatnya. Ayat di atur di dalam kepala. Namun dia masih gagal untuk meluahkan isi hatinya.
Kotak cincin yang berada di dalam kocek seluarnya dikeluarkan. Digenggamnya kuat-kuat, tanpa pengetahuan Arisya.
“Em…I…em, you…” Ery tergagap-gagap. Arisya tergelak melihat perlakuan Ery yang kelakar itu.
Ternyata lakonan dan realiti amat jauh perbezaannya. Jika sewaktu berlakon, mudah dan lancar sahaja kata-kata cinta dilafazkannya, tetapi sekarang? Di alam realiti? Lidahnya seperti ditarik-tarik ke dalam. Tidak boleh untuk bercakap. Menjadi kelu!
“Kenapa dengan you ni? Sakit ke? Dah terkena sindrom ‘gagap’ pula?” Geli sungguh hati Arisya. Ketawanya berterabur.
Come on, Ery! You can do it!’ bisik hati kecilnya.
“Sebenarnya, III…Ish! Tak bolehlah. You bagitau I dululah apa yang you nak bagitahu.”
Ery tangguhkan dahulu niatnya. Dia perlu mengambil sedikit lagi waktu.
“Hah! Hampir terlupa I. Macam ni, kita kan dah lama berkawan. I dah masak dengan perangai you, you pun dah tahu macam mana perangai I. Semua rahsia you, I tahu and semua rahsia I, you tahu.”
Ery cuma mengangguk mendengar kata-kata dari Arisya, namun dia masih belum dapat menangkap apa sebenarnya yang mahu di sampaikan oleh Arisya.
So?” Ery menyoal. Dia tidak mahu berteka-teki lagi.
I nak you jadi orang pertama yang tahu berita yang tersangatlah happy bagi I ni, di waktu ini, di saat ini.”
“Hhm…okay, apa dia?” Ery penasaran.
Arisya  menanyangkan tangannya dan menggerakkan jari jemarinya. Pada mulanya Ery masih tidak faham mengapa Arisya berbuat demikian.
“Kenapa dengan jari you?”
“Ish! Ery ni. Inilah. Tengok ni.”
Arisya menunjukkan jari manisnya. Jelas di mata Ery cicin emas bertatahkan belian tersarung cantik di jari manisnya.
You tahu tak, siapa bagi I cincin ni?”
Tidak, Ery tidak mahu mendengar siapakah gerangan manusia tersebut.
“Haris! Dia melamar I siang tadi. Ha…How’s great, kan? Oh! So…sweet.”
Sebaik mendengar nama lelaki tersebut. Ery menjadi tidak keruan. Dia merasa marah, geram, sedih. Pendek kata, semua istilah yang boleh dikategorikan dengan istilah tersebut bercampur gaul, sebati di dalam dirinya, di waktu ini.
‘Arisya, tidakkah kau tahu, aku juga merupakan orang pertama yang sedih mendengar berita gembira kau ini?’
“Tapi kenapa Haris?! Kenapa dia?!” Tutur Ery pelahan menahan marah.
Sory? You cakap apa? I tak dengar?”
“Hah? Tak ada apa-apa.”
“Kenapa dengan you ni? Macam tak happy je dengar surprise dari I? You tak suka ke, tengok kawan you ni gembira? Bahagia? Em?”
“Eh! No! NoI happy. Sangat ‘happy’. Congratulation. Nanti I ucapkan congrate untuk Haris juga.”
Ery menepuk-nepuk tangannya untuk ‘meraikan’ kebahagiaan yang dirasai oleh Arisya sekarang, namun tetap dalam keadaan terpaksa. Hatinya seakan-akan berkecai, luluh dan sakit sekali. Kalau diikutkan hatinya yang lara itu, dia mahu keluar dari situ dan menjerit sepuas-puasnya untuk menenangkan hatinya yang kecewa itu.
Namun apakan daya, dia terpaksa akur. Dia sanggup melihat Arisya bahagia walaupun bukan dengan dirinya. Biarlah dia sahaja yang menderita dan sengsara.
Thanks, Ery. I dah agak dah, you mesti suka dengar perkara ni. Oh, ya. Tadi you ada nak bagitahu I sesuatu kan? Tentang apa? Tell me now.”
‘Ya, memang aku nak bagitahu kau sesuatu. Perkaranya sama dan serupa dengan apa yang sudah diberitahu oleh Haris kepada kau. Aku ingin melamar kau Arisya.’
“Ery! Termenung pula dia. Cepatlah bagitahu. I kan dah bagitahu tadi. Antara kita tak ada rahsia. No secret.”
‘Ada Arisya. Ada lagi rahsia aku yang kau tak tahu. Aku cintakan kau Arisya. Aku nak kau tahu perkara ni, tapi aku tak mampu untuk meluahkannya dan aku tak nak hancurkan kegembiraan yang kau ada sekarang.’
“Ery! Cepatlah cakap, kalau tak I balik.” Arisya sudah mula geram dengan ‘kediaman’ Ery yang berpanjangan.
“Eh! Sory, soryI nak ingat semula, apa yang I nak bagitahu kat you. I dah lupa, tapi sekarang I dah ingat.”
“Hah, apa dia?”
“Jumaat ni I kena pergi Pulau Tioman. Frist shooting filem I dekat sana.” Ery menipu Arisya dan juga dirinya. Dia tidak tahu untuk bercakap tentang perkara yang lain lagi kecuali mengenai shootingnya itu sahaja.
“La, pasal tu ke? I dah tahu dah. Haris bagitahu I. Best la you dapat pergi sana, kan? You boleh scuba, berenang, bla…bla…bla…”
‘Haris lagi?!’ Entah mengapa telinga dan hati Ery sakit sekali mendengar nama Haris keluar dari mulut Arisya. Terasa dihiris-hiris dengan belati yang tumpul! Perit dan pedih!
Genggaman kotak cincin di tangannya digenggam dengan kuat! Semakin kuat!

‘Kenapa Arisya memilih Haris. Apa yang lebihnya Haris? Apa yang kurangnya aku ni? Ini semua memang salah aku pun, aku yang terlalu lambat untuk melafazkan kata cinta aku pada Arisya. Aku memang patut dapat semua ini!! Argh!! Aku tak boleh hidup tanpa Arisya! Aku mahu jadikan Arisya milik aku!’
‘Tidak, aku tak boleh buat semua tu, aku harus pasrah. Aku sangat cintakan Arisya, aku nak dia hidup bahagia. Biarlah dia berbahagia di samping insan yang dia sayang dan menyayangi dia. Aku harus berjumpa dengan Haris. Aku nak pastikan yang dia akan menjaga Arisya dengan baik!’

No comments:

Post a Comment