Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 5

Okay, saya nak kamu siapkan laporan ni dengan segera. Lepas tu terus bagi saya, faham?!” Haris menghempaskan fail yang dipegangnya keatas meja. Siti sebagai setiausahanya sudah masak dengan perangai bosnya itu. Jika tugasan yang diberi tidak seperti yang dikehendaki, pasti Haris akan melenting.
Handphonenya berbunyi nyaring meminta-minta untuk di angkat panggilannya.
“Ery?” Haris sedikit terkejut melihat nama pemanggilnya. Sebelum dia menekan butang hijau, dia memberi isyarat kepada Siti untuk keluar dari biliknya itu, sekarang. Baru ada privasi sikit.
Hello, kawan. Lama tak jumpa. Ye la kan artis popular, mana nak jumpa dengan orang macam aku ni kan? So whats up? Apa hal kau ‘tetiba’call aku ni?”
Haris memulakan perbualan. Kalau nak di ikutkan, mereka memang sudah lama tidak berjumpa. Jika dulu masa Ery masih menjadi model, selalu juga mereka keluar minum-minum, makan-makan, tetapi kini setelah Ery semakin popular dengan drama-drama yang dilakonkannya, jarang sekali untuk mereka berhubung, apatah lagi keluar bersama-sama.
“Saja je lah, ingatkan nak ajak kau keluar makan. Kita lepak, minum-minum.”
“Eh! Aku sekarang ni tengah bermimpi ke? Seoarang artis terkenal kat Malaysia ni ajak aku keluar? Biar ‘betik’?!!” Berdekah-dekah gelak Haris, dia sengaja mahu mengusik sahabat karibnya itu.
“Ada-ada je la kau ni. Kau busy ke? Kalau busy tak pe lah.”
“Eh…tunggu, tunggu…kau ni, aku bergurau sikit pun tak kan nak terasa kot. Memang gila la kalau aku tolak perlawaan kau ni. Artis terkenal tu ajak aku ‘date’, tak kan aku nak tolak kot. Aku sanggup batalkan segala temujanji aku untuk berjumpa dengan kau lah, Ery.”
Okay, kalau macam tu kita jumpa kat tempat biasa. Pukul 8 malam ni, boleh?”
Okay, no hal, kita jumpa malam ni.”
Sebenarnya ada sesuatu perkara yang Ery mahu sampaikan kepada Haris. Ini berkaitan hati dan perasaan.
*********
Haris sudah lama duduk menunggu Ery di tempat biasa mereka, iaitu di sebuah restoran eksklusif, yang bertaraf lima bintang itu, tempat yang biasa menjadi kunjungan mereka dahulu. Namun kelibat Ery masih lagi tidak muncul-muncul.
“Aduh…mana pulak si Ery ni. Kata pukul 8, ini dah nak dekat pukul 9 ni. Dia ni jadi ke tak nak datang ni?” Haris menyeluk saku bajunya untuk mengambil handphone. Niatnya adalah untuk menelifon Ery, menayakan dimana keberadaannya sekarang.
Sedang dia khusyuk meneliti satu persatu nombor-nombor yang ada di dalam handphonenya, dia didatangi dengan seseorang yang berpakaian serba hitam lalu duduk dihadapannya dengan memakai cermin mata gelap dan selendang yang menutup sebahagian mukanya.
‘Sakit kot mamat ni, pakai cermin mata hitam malam-malam ni buat apa?’
 “Minta maaf encik. Saya rasa, encik ni salah tempat.” Teragak-agak Haris untuk bersuara.
Manusia yang berada dihadapannya itu membuka selendang yang membaluti sebahagian mukanya dan cermin mata hitamnya itu dibukakan sedikit buat seketika.
“Ni aku la.”
“Ery?!” Haris hampir menjerit, melihat manusia yang berada dihadapannya itu adalah sahabatnya, Ery.
“Wei! Janganlah panggil nama aku kuat-kuat. Pelahan-pelahan dah la.” Ery, memberi amaran. Dikerlingnya di kiri dan kanan. Nampak gayanya tak ada wartawan.
“Yang kau pakai macam ni kenapa?” Tergelak Haris melihat penampilan sahabatnya itu.
“Saja je lah, ni fesyen terbaru aku.” Ery malas nak bagitahu perkara yang sebenar kepada Haris. Dia sebenarnya tidak mahu orang lain terutama sekali pihak wartawan bertemu dengannya. 
“Aku dah tau dah ni, ni mesti kes lari dari wartawan kan? Artis hot macam kau ni, mesti banyak cerita yang diaorang nak tulis.”
Ery bagaikan sudah lali mendengar perkataan ‘lari dari wartawan’. Dia mahu hidup bebas. Dia mahu masalah yang dia hadapi selesai. Namun, pada waktu dan ketika ini, ada masalah lain yang perlu dia selesaikan.
“Ah, lantak la. Aku malas nak fikir dah pasal benda tu.”
Keadaan sunyi seketika. Haris menegok air yang berada dihadapannya. Ery cuba untuk menenangkan hatinya bagi berhadapan dengan Haris. Wajah Ery kelihatan tenang.
Mereka bersahabat sejak dibangku sekolah lagi. Mereka sentiasa bersama. Memiliki minat dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan. Akan tetapi, Ery tidak menyangka yang mereka akan mencintai seorang wanita yang sama juga.
Mereka mengenali Arisya semenjak melangkahkan kaki di universiti. Mereka bertiga selalu bersama. Bagaikan isi dengan kuku. Walaupun Arisya memiliki ramai kawan perempuan, namun dia lebih rapat dengan Ery dan Haris.
Perkenalan mereka bermula apabila mereka ditugaskan untuk menyiapkan asigment secara berkumpulan. Sejak dari itu mereka menjadi rapat. Jika Arisya menghadapi masalah, kepada merekalah dia akan mengadu. Ery akan menjadi orang yang pertama yang akan cuba menyelesaikan masalah yang Arisya hadapi. Walaupun selalunya Harislah yang akhirnya akan selesaikan masalah tersebut.
Usaha Ery untuk membantu, mengambil berat dan sentiasa ada untuk Arisya adalah kerana dia suka akan Arisya. Namun di mata Arisya, Haris adalah ‘hero’ baginya. Haris adalah penyelamat bagi semua masalahnya.
Pada mulanya, Ery sudah dapat mengagak Arisya akan memilih Haris. Oleh sebab itulah, apabila sudah tamat pengajian, dia menceburi bidang modeling seterusnya menjadi seorang artis yang terkenal dan digilai sekarang untuk menarik perhatian Arisya terhadapnya. Namun segala usaha yang dilakukannya hanya sia-sia. Arisya tetap memandang Haris dan mereka juga sudah pun bercadang untuk berkahwin. 
“Em, Haris. Aku dengar kau dah melamar Arisya, betul ke?” Ery hanya mahukan kepastian kerana dia masih belum percaya dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Arisya akan menjadi milik Haris.
“Wah, bro…aku belum bagitahu kau lagi, kau dah tahu dah kan. Memang hebatlah kau ni. Kau tahu dari mana? Berita kat tv ye?”
‘Si Haris ni, boleh lagi bergurau time-time macam ni? Tak pasal-pasal ada yang kena ‘hampuk’ kat dinding ni nanti.’
“Aku serius ni, kau janganlah nak main-main. Arisya yang bagitahu aku. Kau betul-betul ke nak kahwin dengan dia?” Sebal Ery dengan perangai Haris. Orang serius dia main-main pula.
“Hey, janganlah serius sangat. Cool man. Memang betul pun aku dah melamar dia, tapi pasal kahwin, aku tak pasti lagi la.” Selamba. Lancar dan jelas ayat yang di keluarkan oleh Haris di pendengaran Ery.
‘Kahwin tak pasti lagi? Biar betul si Haris ni? Tak pasal-pasal ada yang kena penumbuk aku malam ni.’
“Eh, biar betul Haris. Habis tu, kenapa kau lamar Arisya? Kau nak main-mainkan dia ye?”
“Entah la. Aku memang suka dekat dia, tapi aku tak puas lagi la nak hidup bujang. Tak puas lagi nak enjoy.”
Tiada perkataan yang sesuai untuk Ery ucapkan saat ini. Ery tidak menyangka Haris boleh bersikap sedemikian rupa. 
Melihatkan keadaan Ery yang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya Haris bersuara.
“Kenapa kau nampak lain macam je ni? Kau tak happy ke aku nak kahwin dengan Arisya?”
“Eh! Bukan. Aku ‘happy’. Aku datang ni pun nak wish kat kau la. Semoga kau boleh jaga andhappykan Arisya. Aku harap kau tak sakitkan hati dan perasaan dia la.” Berat dan perit rasanya untuk mengeluarkan perkataan yang sedemikian dari mulut Ery.
Haris tergelak kecil mendengar apa yang baru Ery nyatakan sebentar tadi.
“Aku tahu la kau pun sukakan Arisya, kan? Kau jangan ingat aku tak tahu pula.”
Bagaikan nak terkeluar biji mata Ery mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Haris.
‘Macam mana Haris boleh tahu ni?’
“Dah la Ery. Kau jangan nak buat muka terkejut ‘beruk’ kau kat aku. Aku memang dah tahu lama pun. Kalau orang lain tengok kau punyalah prihatin dengan Arisya tu, orang lain pun akan cakap yang kau sukakan dia.” Haris menegok lagi air yang berada dihadapannya. Wajahnya tenang.
Seperti biasa, mulut Ery seakan dikunci untuk mengeluarkan suara. Tiada perkataan yang dirasakan sesuai untuk diucapkan saat ini.  Lidahnya kelu dan mulutnya terkunci.
“Ya, aku memang suka and cintakan Arisya, tapi apa boleh aku buat? Kau dah pilih dia.” Lemah setiap perkataan yang keluar dari mulut Ery.
“Tak, Ery. Aku tak pilih dia, tapi dia yang pilih aku. That’s have a different.”
“Apa bezanya, Haris? Tak ada bezanya pun aku tengok.” Keliru juga Ery dibuatnya.
“Ery, Arisya cintakan aku, tapi aku tak cintakan dia. Kau mesti tak tahu kan? Arisyalah yang meluahkan perasaannya dulu kepada aku. Pada mulanya aku terkejut. Dia beri aku masa. Dia cuba segala macam usaha untuk membuatkan aku cintakan dia. Aku dah cuba, Ery. Tapi tak boleh. Rasa cinta dan kasih aku pada dia hanya sebagai seorang kawan, tak lebih dari itu. Tapi aku tak sanggup untuk melihat dia sengsara sekiranya setiap apa yang dia mahukan tidak tercapai. Aku tak sanggup tengok dia menagis, Ery. Oleh sebab aku kasihankan dia, maka aku terima dia dan aku ajak dia kahwin.”
Ery faham apa yang Haris cuba sampaikan, tapi dia tidak mengerti, kenapa sebab belas kasihan dia boleh menerima Arisya. Ini akan memudharatkan perhubungan mereka.
“Kiranya kau kahwin ni sebab kau kasihankan dia saja la ye? Kau nak kahwin dengan dia ni bukan atas dasar cinta, macam tu? Kau tak boleh buat macam tu, Haris. Kau akan merana nanti, Arisya pula akan sengsara sebab dia tak dapat cinta dari kau.” Ery cuba mencari jalan keluar bagi masalah Haris, namun hakikatnya ia tidak sedikit pun membantu.
“Entah la, Ery. Orang kata cinta ni boleh dipupuk. Kalau benarlah kata-kata tu, mungkin satu hari nanti cinta aku pada Arisya akan datang. Siapa tahu, kan? Sekarang apa yang aku fikir adalah, aku tak nak hampakan perasaan dia. Tapi kalau kau benar-benar cintakan Arisya, kau ambillah dia. Aku tak kisah. Tapi sebelum tu, kau kenalah luahkan segala isi hati kau pada dia. Baru dia akan faham.”
Tidak. Ery tidak mahu melakukannya. Ery juga tidak mahu cinta Haris  menjadi milik Arisya. Dia mahu hanya cintanya sahaja akan menjadi hak milik Arisya. Namun, untuk meluahkan kata-kata cinta kepada seseorang, bukanlah suatu perkara yang mudah bagi Ery, dan untuk mengambil kebahagiaan seseorang juga bukanlah perkerjaannya. Dia tidak sanggup mempertarungkan cinta orang lain semata-mata untuk dirinya. Biarlah Arisya bahagia disamping insan yang dia cintai.
“Tak, Haris. Aku tak akan ambil Arisya dari kau. Aku tak nak pentingkan diri aku sendiri. Kau jagalah Arisya dengan baik. Aku harap sangat-sangat kau akan bahagiakan dia dengan rasa cinta kau pada dia, bukan dengan belas kasihan kau. Boleh?”
“Insyallah. Aku akan cuba, Ery. Doakan aku.”

No comments:

Post a Comment