Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 6

Selepas sudah memberi salam dan berwirid. Auni menadah tangan memohon doa kehadrat Ilahi agar segala yang dipohonnya dimakbulkan. Dia tidak tamak meminta, dia hanya meminta agar dia dapat diterima bekerja di resort itu dengan bantuan Lisa. Semoga Allah perkenankan doanya. Amin.
Sewaktu di resort siang tadi. Dia telah menyatakan hasratnya untuk meminta bantuan Lisa bagi mendapatkan pekerjaan di resort yang terkemuka itu.
Selepas penat berjalan menyelusuri pantai, salah satu ciptaan Ilahi yang cantik nan indah itu, mereka berhenti berehat sebentar di salah sebuah pangkin yang disediakan resort untuk para pengunjung sambil menghirup udara petang. Sungguh damai terasa.
“Auni, betul ke kau nak kerja dekat sini?”
Auni memandang wajah lembut Lisa. Dia tahu yang sahabatnya itu bimbang sekiranya dia hendak bekerja disitu dia terpaksa berulang alik berjalan kaki dari rumahnya setiap hari. Perjalanan yang bukan mengambil masa yang singkat.
“Ye, Lisa. Ini je jalan yang aku ada untuk bantu keluarga aku.” Auni melemparkan pandangannya jauh ke laut. Dia juga terasa mahu menghumban jauh beban yang dia terpaksa pikul untuk menampung keluarganya ke dalam laut yang terbentang luas itu.
“Kau boleh tolong aku kan, Lisa?” Lisa tidak sanggup untuk menatap wajah sahabatnya, yang penuh dengan pengharapan dan penderitaan itu. Seandainya dia mampu untuk menolong Auni untuk keluar dari segala kesusahan yang dia terpaksa tanggung selama ini, dia sanggup lakukannya. Demi sahabatnya yang dikasihi. Namun, apakan daya. Dia juga seorang manusia yang lemah.
Lisa sebenarnya sudah terlalu banyak membantu Auni selama mereka berkenalan. Dia rela berkongsi buku rujukan bersama Auni sewaktu mereka belajar dahulu. Rela berkongsi duit belanja sekiranya Auni tidak ada apa-apa untuk dibawa bekal makanan untuk dimakan sewaktu rehat.
Segala apa yang termampu dan yang dia ada, dia sanggup berikan kepada Auni. Nasib baiklah keluarga Lisa faham akan nasib Auni. Keluarga Lisalah yang banyak membantu. Naik segan pula Auni dibuatnya. Sekiranya dia ada sesuatu, yakni harta benda, wang, emas atau apa-apa sekalipun untuk membalas budi baik keluarga Lisa, dia akan berikannya. Namun, dia hanya mampu untuk berdoa agar Allah Taa’la merahmati dan mengasihi keluarga yang terlalu banyak membantunya. 
“Insyallah. Aku akan cuba carikan kau kerja dekat sini. Insyallah, akan dapat. Kau doa-doa la ye.” Senyuman dilemparkan untuk menceriakan Auni.
‘Ya Allah, ya Tuhan-ku. Hanya kepada Engkaulah tempat aku meminta dan berharap. Kau makbulkanlah segala doa-doa-ku ya Allah. Kau bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.’
*********
“Ayah, siang tadi Auni datang. Dia minta tolong Lisa carikan dia kerja.”
Pak Harun yang baru sahaja ingin menyuap makanannya ke mulut segera memandang Lisa, begitu juga dengan Mak Limah.
“Habis tu, kamu cakap apa dekat dia?”
“Lisa cakaplah yang Lisa akan cuba bantu dia carikan dia kerja. Tapi ayah sendirikan tahu, yang resort tu tak ambil orang yang sebarangan. Lisa takut dia tak biasa nanti kerja kat resort tu.”
Ya, memang resort tersebut terlalu menjaga nama baik mereka. Sedangkan pekerja cleaner pun kena menjalani khusus tatasusila, Bahasa Inggeris dan sebagainya untuk membiasakan diri mereka dengan keadaan resort yang selalunya akan dikunjungi dengan pengunjung dalam dan luar negara. Bukan calang-calang orang.  
Pak Harun dan Mak Limah berpandangan sesama sendiri. Mereka juga risaukan Auni. Mereka cuba fikirkan, bagaimanakah caranya untuk membantu Auni.
“Abang. Abangkan berkawan dengan En. Makmur. Diakan kerja kat bahagian pengambilan pekerja bawahan ni. Abang cubalah tanya dia. Mana tahu dia boleh tolong.” Mak Limah cuba memberikan cadangannya.
“Memanglah abang berkawan dengan En. Makmur tu. Tapi abang bukannya berkawan baik dengan dia. Abang kawan biasa-biasa saja.”
“Ye lah, bang. Setidak-tidaknya abang boleh cuba, tanya dekat dia. Mana tahu dia boleh tolong.”
“Em, betul juga tu kan. Tak terfikir pula abang tadi. Macam ni lah Lisa, esok ayah pergi jumpa En. Makmur tu. Ayah cuba minta tolong dia ye. Kamu jangan risau.”
Senyum Lisa sudah sampai ke telinga. Hatinya sungguh senang dan gembira. Dia bersyukur dikurniakan ibu bapa yang memahami perasaan dan jiwanya.
“Terima kasih ayah, mak”
“Sama-sama. Dah la tu, makan-makan. Nanti sejuk tak sedap pulak lauk tu.”
‘Ya Allah. Kau bantulah sahabatku, Auni.’
*********
“Assalamua’laikum. Auni…Auni…” Di pagi yang indah ini. Lisa datang membawa berita yang pastinya akan mengembirakan hati Auni. Dari malam tadi lagi dia sudah tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan Auni.
Sebaik sahaja ayahnya memberitahu yang Auni boleh datang untuk bekerja di resort itu malam semalam, maka sejak dari itulah dia tidak senang duduk. Tidurnya pun tidak lena. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia menaiki skuternya dan terus pergi berjumpa dengan Auni malam semalam. Nasib baik segera dihalang oleh Pak Harun dan Mak Limah.
“Waa’laikumussalam, Lisa? Kenapa kau datang rumah aku pagi-pagi ni?” Terkejut juga Auni dengan kedatangan Lisa. Dia seakan dapat mengangak apa yang membuatkan Lisa datang seawal ini.
‘Ini mesti pasal kerja kat resort ni, tapi Lisa datang ni nak bagitahu aku dapat ke tak ye?’ Auni sudah mula bimbang. Dia risau untuk mendengar tiap bait kata yang akan diucapkan oleh Lisa.
“Auni. Kau mesti gembira dengar apa yang aku nak cakap kat kau ni.” Wajah Lisa seakan bersinar-sinar. Air mukanya seakan-akan bercahaya. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman sedari dia datang kat sini tadi. Tersengih-sengih. Macam kerang busuk!
“Apa dia? Ni pasal kerja tu ke? Macam mana? Aku dapat ke tak? Bila aku dah boleh mula kerja?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Auni. Macam bertih jagung.
Tatkala itu juga, air muka Lisa berubah. Serta-merta. 360 darjah dari yang awal tadi. Kalau tadi dia gembira bagai nak rak, tapi kini dia seakan-akan sedih bagaikan melihat kucing kesayangannya mati!
Mak Jenab sudah bertapak keluar. Dia juga ingin tahu sebab munasabad keberadaan Lisa awal-awal pagi ni diteratak usang mereka.
Lisa memandang sekilas wajah Mak Jenab yang sudah tua sebelum umurnya yang sebenar itu. Kasihan pula jika dia mahu mempermain-mainkan si Auni ni. Dibatalkan niatnya itu.
“Kenapa kau diam Lisa? Kenapa tiba-tiba kau sedih? Tadi kau gembira saja. Kenapa? Aku tak dapat ye kerja tu?” Auni mengoncang-goncang bahu Lisa. Dia mahukan jawapan dari setiap soalannya.
Lisa yang sedang memandang kebawah, menahan ketawa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Auni.
‘Beria-ia benar dia nak kan kerja tu rupanya.’ Ketawa jahatnya sudah mula keluar.
“Kenapa kau ketawa ni, Lisa.” Musykil Auni dibuatnya.
Lisa mengangkat kepalanya dengan senyuman dan ketawa yang bila-bila sahaja akan pecah berderai.
“Auni. Sebenarnya…”
“Sebenarnya apa? Kau janganlah nak suspenkan aku, Lisa.”
“Sebenarnya…kau dapat kerja kat resort tu!!” Ketawanya pecah berderai. Meluru Lisa berlari ke arah Mak Jenab. Dia tahu yang Auni akan mengejarnya. Terperanjat Mak Jenab, namun dia bersyukur ke hadrat Ilahi.
Auni masih berdiri tegak di tempat yang sama. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru dinyatakan oleh Lisa. Dia juga agak geram dengan sikap Lisa yang mempermain-mainkan dia tadi.
‘O…kau kenakan aku ye. Tak pe, tak pe.’ Senyum jahat Auni pula sudah keluar.
“Lisa…Kau nak ngorok kat mana, hah? Aku berterima kasih la kat kau sebab kau dah tolong aku, tapi aku tak kan maafkan dengan apa yang kau dah  buat kat aku tadi, selagi aku tak dapat kau. Mana kau nak lari, hah?”
Lisa yang sedang menyorok dibelakang Mak Jenab segera mengangkat kepalanya untuk melihat Auni. Dia ingat Auni tak tahu yang dia menyorok dekat belakang emaknya?
“Weik-weik, kau tak kan dapat kejar aku punya.” Meluru Lisa berlari keluar dari tempat persembunyianya. Auni pula berambat mengejar Lisa. Mak Jenab hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman.
Habis satu rumah ditawaf oleh mereka berdua. Riuh rendah dibuatnya. Mak Jenab sudah masak dengan perangai mereka.
Sewaktu mereka belajar dahulu, Lisa selalu datang kerumah mereka. Kadang-kadang, ibu-bapanya turut datang bersama, membawa beras, gula dan sedikit keperluan dapur lain begitu juga dengan pakaian yang didermakan, bukan sahaja oleh mereka tetapi dari jiran-jiran dan sanak saudara mereka. Sungguh baik hati budi mereka. Mak Jenab tidak tahu hendak membalasnya dengan cara yang bagaimana.
Semoga Allah sahajalah yang akan membalasnya.

No comments:

Post a Comment