Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 7

“Ery. Kau ni dah siap kemas ke belum? Rileks saja aku tengok.” Faizal melabuhkan punggungnya di sofa empuk kediaman Ery.
Ery pula endah tidak endah dengan pertanyaan Faizal.
Melihatkan kebisuan yang melanda diri Ery. Faizal mencampakkan kusyen sofa kepadanya.
‘Khusyuk sangat tengok tv ye?’
Bedebak!! Kena muka Ery.
“Kau ni apasal Faizal?! Janganlah kacau aku nak tengok tv ni!!” Ery menyapu-nyapu mukanya. Terasa nak terbersin dengan habuk kecil kusyen sofa tu.
“Dah kau buat dek je aku tanya.”
“Kau tanya apa tadi?”
“Aku tanya, kau dah siap kemas ke belum? Esok kita dah nak berangkat dah ni.”
“Dah la. Aku tak bawa banyak barang pun. Barang-barang yang penting saja aku bawa. Alah, Tioman tu bukannya jauh sangat, nanti kalau ada barang aku yang tertinggal, kau kan boleh tolong ambilkan.” Ery membetulkan duduknya, takut-takut Faizal menerbangkan lagi kusyen sofanya itu.
“Amboi! Sesedap tembikai saja kau, kan. Kau ingat Pulau tu dekat depan rumah ni saja ke? Kalau ada barang kau yang tertinggal, kau ambillah sendiri. Aku malas nak layan. Huh!”
Ery masih lagi khusyuk melihat kaca telivisyen dihadapannya. Walalupun matanya ke telivisyen, namun fikiran dan hatinya tetap memikirkan Arisya dan Haris.
‘Diorang tak boleh buat macam tu. Tak boleh kahwin tanpa ada rasa cinta. Nanti diaorang juga yang merana. Tapi apa boleh aku buat ye? Aku sukakan Arisya, tapi Arisya sukakan Haris. Argh!! Cinta tiga segi la pula!!!’
Bedebak!! Lagi sekali. Kusyen melayang ke wajahnya.
“Kau ni kenapa Faizal?! Tak boleh tengok aku senang betullah!” Terus menyinga muka Ery. Kalah muka singa yang ada dalam telivisyen di depannya itu.
“Aku cakap dengan kau, tapi kau buat ‘do no’ (tak tahu) saja. Apa pasal muka kau berkerut aku tengok? Nak ajuk muka singa tu ye?”
“Tak ada apa lah. Apa?! Kau cakap apa dengan aku?” potong stim betullah mamat ni.
“Aku cakap, esok pagi-pagi lagi kita dah kena bertolak. Kau nak bawa kereta kau ke? Atau kau nak diaorang jemput.” Satu persatu perkataan keluar dari mulut Faizal. Kalau ikutkan hatinya, malas dia hendak melayan.
“Apa barang? Naik kereta aku la, tapi kau bawa ye.”
“Ewah-ewah. Kau ingat aku ni driver kau?”
“Tak nak sudah. Kau tak payah pergi.” Ery menghadap kembali ke telivisyen. Dijelingnya si Faizal yang sudah ‘terbakar’ dek kerana marah dengan sikapnya.
“Malaslah aku layan orang tak betul macam kau ni. Lebih baik aku tidur.” Faizal melangkah kaki menuju ke tangga untuk masuk ke dalam bilik yang selalu menjadi biliknya sekiranya dia bermalam di rumah Ery.
“Merajuk dah ke? Alalala…janganlah macam tu, abang Faizal. Pagi esok tolong kejutkan adik Ery ye?”
“Malas aku. Kau tu dah la susah nak bangun pagi!” Sayup sahaja suara Faizal yang sudah menapak ke dalam bilik.
*********
‘Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam aku ucapkan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, para shuhada’, seterusnya muslimin dan muslimat. Ya Allah, aku bersyukur di atas setiap nikmat yang telah Kau berikan kepada-ku. Aku bersyukur ya Allah, kerana Kau telah memakbulkan segala doa hamba-Mu yang kerdil ini. Kau bantulah aku untuk terus bekerja bagi menampung keluargaku ini, ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa. Makbulkanlah ya Allah. Amin.’
Auni tidak lupa untuk mengerjakan sujud syukur kerana dia telah dapat untuk bekerja di resort itu. Dia juga tidak sabar-sabar menunggu hari esok.
Dia menanamkan azam yang jitu di dalam hatinya. Dia akan bekerja bersungguh-sungguh untuk menampung beban keluarganya. Dia juga tidak putus-putus berdoa, agar suatu hari nanti ayahnya akan kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah. Sejahat manapun Pak Badar itu, beliau tetap ayahnya.
Auni membelek kembali pakaian-pakaian yang diberikan oleh Lisa siang tadi. Satu persatu pakaiannya itu dikeluarkan daripada beg pakaian Lisa. Tiba-tiba ada kotak yang bersaiz empat segi di dalam beg itu juga. Kotak tersebut cantik dibaluti dengan pembalut hadiah.
‘Mungkin Lisa punya ni, esok aku bagilah kat dia.’ Fikir Auni. Namun dia terpandangkan kad kecil yang ditampal diluar kotak tersebut. Jelas tertera namanya.
“Khas untuk sahabatku, Auni Syatirah. Semoga dapat meringankan sedikit bebananmu sahabatku.” Dihujungnya dilukis gambar smiley yang terseyum.
‘Eh, untuk aku? Apa agaknya ye?’
Auni membuka pembalut hadiah itu dengan berhati-hati. Sayang pula kalau terkoyak.
‘Ya Allah. Lisa! Kenapa kau baik sangat?’
Auni terperanjat kerana barang yang berada di dalam kotak tersebut adalah seterika baju. Di dalamnya juga terdapat sekeping nota.
“Ini adalah hadiah daripada keluarga aku untuk kau sebab kau dapat kerja dekat tempat sama dengan aku, hehe. Aku harap kau terima ye, dan kau boleh guna mulai dari malam ni.hihi”
‘Ya Allah. Terlalu banyak budi yang telah mereka tabur kepadaku. Kau rahmatilah meraka.’
Keluarga Lisa telah menghadiahkan Auni seterika baju. Nanti senanglah Auni  menggosok baju. Tidaklah dia pergi kerja dengan baju dan tudung yang kerdut seribu.
Mak Jenab juga tidak dapat berkata apa-apa apabila Auni memberitahunya tentang pemberian daripada keluarga Lisa. Walaupun kehidupan mereka tidaklah sekaya mana, namun mereka terlalu kaya dengan akhlak yang mulia. Mak Jenab dan Auni bertuah kerana masih ada orang lain yang amat prihatin terhadap mereka sekeluarga.

No comments:

Post a Comment