Friday 2 March 2012

CeritaCinta-Bab 8

“Ery!! Ya Allah. Susah betul budak ni nak bangun. Sakit tekak aku menjerit. Woi! Ery!! Bangunlah! Aduyai.” Faizal menarik selimut si Ery. Namun dia tetap tidak bergerak apatah lagi beranjak dari tempat tidurnya. Matanya masih lagi tertutup. Rapat.
“Ery. Kau jangan buat aku hilang sabar. Nanti aku bawa satu baldi air dekat sini, jirus kau. Baru kau tahu, sekarang ni malam atau dah waktu pagi! Cepat banguuuun!” Faizal mengoncang-goncang bahu dan badan Ery.
“Ye. Aku nak bangunlah ni. Kau ni, kecoh lah.” Ery mencapai tuala lalu menuju terus ke bilik air, dengan matanya masih tidak terbuka jelas, dengan jalan yang terhuyu-hayang.
“Hah, tahu takut. Aku cakap nak jirus air, baru nak bangun! Apalah kau ni.” Lega sedikit hati Faizal. Selesai dengan satu masalah. Masalah yang kedua yang menanti adalah, perangai Ery yang akan ‘bertapa’ dalam bilik air.
‘Punyalah lama duduk dalam bilik air tu. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahu.’
Setelah hampir setengah jam barulah Ery keluar dari bilik air. Nak tertidur semula Faizal dibuatnya.
“Kau ni kan Ery, tak sah kalau tak duduk lama dalam bilik air tu, kan? Apalah yang kau buat dalam tu lama-lama? Orang lain mandi sekejap je, tapi kau? Nak dekat setengah jam. Boleh habis satu rancangan tv, kau tahu? Kalah orang perempuan.” Faizal sudah mula membebel.
Ery buat endah tidak endah dengan bebelan Faizal. Dia hanya memperkemaskan dirinya.
“Faizal.” Ery memanggil kawannya itu.
“Hah. Apa?” Faizal menyahut.
“Kau tahu satu benda tak?” Ery meneruskan dengan soalan.
“Satu benda? Apa?” Faizal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kau tu kalau dah mula buka mulut, macam ‘bertih jagung’, ‘macam murai cabut ekor’, kau tahu tak? Kalah perempuan!” Sejurus itu Ery melemparkan kain tualanya ke muka Faizal lalu keluar dari bilik. Nampak gayanya Ery membalas semula kata-kata Faizal kepadanya tadi. Barulah adil!
‘Kureng asam jowo!’ Faizal menahan amarahnya.
*********
“Auni. Nanti bila kerja tu, jaga diri ye. Dengar arahan bos. Jaga tingkah laku. Nanti kamu tu akan berjumpa dengan ramai orang yang macam-macam ragam.” Mak Jenab memberikan nasihatnya kepada Auni.
Auni hanya mengangguk. Dia tahu yang Mak Jenab risaukan keadaannya bila berada di tempat yang dia sendiri tidak biasa.
“Insyallah. Mak doakan Auni ye.”
“Ye, mak selalu doakan kamu.” Mak Jenab mencium dahi anaknya itu dengan penuh kasih dan sayang. Mengalir air mata seorang ibu apabila mengenangkan nasib seorang anak yang terpaksa menyara keluarga sedangkan ibu bapanya masih ada dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Auni mengesat air mata yang mengalir dipipi mulus maknya yang tercinta itu.
“Mak, janganlah menangis. Auni bukan pergi mana-mana pun. Auni cuma pergi kerja je lah.” Sekuntum senyuman dihulurkannya. Segera Mak Jenab mengesat air mata apabila kelibat Lisa yang menunggang skuternya muncul di penglihatan.
“Eh, tak lah. Mak menangis bukan sebab kamu lah. Mata mak masuk habuk tadi.” Jawapan yang selalu kita dengar, dan kita juga akan tahu bahawa jawapan itu tidak benar. Begitulah juga dengan Auni. Dia tahu bahawa maknya sedih dan menangis dengan bersebab. Cuma sebab apa? Dia tidak tahu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
“Assalamua’laikum.” Lisa yang sudah tiba dihalaman rumah mereka memberikan salam dan senyuman tanda dia sangat gembira Auni akan bekerja di tempat yang sama dengannya.
“Waa’laikumussalam.” Serentak salam dijawab oleh Mak Jenab dan Auni.
“Auni, kau dah siap dah ke ni?” Lisa membelek-belek pakaian sahabatnya itu. Dia juga mahu melihat sama ada baju yang diberikannya itu seseuai ataupun tidak dengan Auni.
“Dah la. Eh! Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat kau dengan keluarga kau sekali, sebab hadiahkan aku seterika baju.”
“Sama-sama. Itu je yang aku mampu.”
“Terima kasih banyak-banyak ye, Lisa. Mak Cik tak tahu nak balas dengan apa.” Mak Jenab memegang mesra tangan Lisa. Lisa hanya membalas genggaman tangan Mak Jenab itu dengan memberikan senyuman.
Auni juga tersenyum melihat kemesraan yang terjalin di antara mereka berdua. Ibunya itu telah menganggap Lisa sebagai anaknya sendiri, begitu juga dengan Lisa, dia sudah menganggap Mak Jenab itu seperti ibu kandungnya sendiri.
“Eh, jom la kita bertolak sekarang. Nanti lambat pula. Hari ni hari pertama bekerja.” Lisa memberi senyuman nakalnya.
“Mak, Auni pergi dulu ye.” Auni mencium tangan ibu yang telah membesarkannya selama ini. Tangan itulah yang akan menyapu minyak apabila badannya berbirat merah gara-gara dipukul oleh ayahnya. Tangan itulah juga yang akan memeluknya dan yang akan menghalang Pak Badar yang seakan-akan terkena rasukan hendak membahamnya dengan tali pinggang dan batang paip. Tangan itu telah banyak berjasa kepadanya.
Selepas Auni dan Lisa meminta izin dari Mak Jenab untuk bergerak pergi ke resort tempat mereka akan bekerja. Mak Jenab segera pergi ke belakang rumah untuk menyediakan kelengkapan sayur-sayurnya, untuk dijual dari rumah ke rumah.
Pak Badar yang baru bangun dari tidur terus turun ke dapur lalu membuka tudung saji di atas meja. Naik angin satu badannya apabila tiada apa-apa yang ada boleh dimakan tersedia terhidang di situ. Dia terus melemparkan tudung saji tadi ke lantai.
“Nab! Nab!” Suara garaunya sudah mula memekik memanggil isterinya. 
Mak Jenab yang mendengar panggilan dari Pak Badar terus memberhentikan ikatan sayurnya lalu terus menuju ke dapur, tempat datang suara yang memanggil-manggil namanya itu.
“Apa dia bang? Saya kat belakang tadi.”
“Kau mari sini! Tengok ni, tak apa-apa yang boleh aku makan! Kenapa kau tak sediakan sarapan untuk aku? Hah?!!” Pak Badar menarik belakang tengkuk isterinya tanpa belas kasihan. Mak Jenab hanya menahan kesakitan.
“Abang. Sakitlah. Lepaskanlah saya. Macam mana saya nak masak kalau tak ada apa-apa yang boleh dimasak? Duit pun tak ada nak beli barang. Abang juga yang dah habiskan semua duit-duit tu. Lepaskanlah, bang. Sakit.” Mak Jenab merayu-rayu.
“Oo…kau menjawab ye!!? Nah!!” Pak Badar menampar Mak Jenab. Wanita itu terus terjelopok, jatuh ke atas lantai.
“Allah!” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Mak Jenab saat itu.
“Auni mana?! Aku nak duit!” Melilau mata Pak Badar mencari kelibat Auni.
“Auni tak ada, bang. Dia pergi kerja.” Mak Jenab masih lagi di lantai. Pipinya merah akibat tamparan yang rakus dari Pak Badar. Kudratnya masih sedikit untuk dia bangun.
“Dia pergi kerja?! Awalnya? Bukan dia mula kerja tengah hari ke? Kedai makan tu kan buka waktu tengah hari.”
“Dia kena buat kerja lebih sikit. Barulah dapat gaji lebih.” Mak Jenab sengaja tidak memberitahu suaminya itu hal yang sebenar. Dia bimbang Pak Badar akan marah dan mengamuk serta akan mencari Auni di resort itu. Dia tidak mahu Auni di ganggu oleh Pak Badar.
Air muka Pak Badar terus berubah. Nampak wajah kegembiraan di wajahnya.
‘Bagus juga kau cari duit lebih. Nanti aku juga yang boleh pakai duit tu nanti. Hahaha!’ Syaitan sudah berjaya menguasai Pak Badar.
“Kat kau sekarang ada duit? Bak sini, bagi aku.”
Sikap Pak Badar ini tidak boleh dicontohi oleh mana-mana suami dan bapa yang lain di luar sana. Sepatutnya suami adalah sebagai ketua keluarga. Dialah yang harus bekerja mencari rezeki, memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Sepatutnya, kepada dialah tempat isteri dan anak-anak boleh bergantung harap. Namun bagi Mak Jenab dan Auni, mereka hanya dapat bergantung harap kepada Allah ‘azzawajalla.

No comments:

Post a Comment