Monday 5 March 2012

CeritaCinta-Bab 16

Petang itu, Lisa menghantar Auni pulang ke rumah. Dia pun dapat mengagak yang Auni tidak berapa sihat. Auni kata dia dah makan ubat, tetapi dia tidak memberitahu Lisa siapa yang memberinya ubat tersebut. Dia risau Lisa akan melenting jika dia tahu Ery yang memberinya.

Semasa waktu rehat tengah hari tadi. Faizal datang dan membawa sepapan Panadol dan memberikannya kepada Auni. Dia cakap Ery yang bagi.

Terkejut juga Auni. Namun, mahu tidak mahu, Auni terpaksa menerimanya.

Sebaik sahaja skuter Lisa sudah hilang dari penglihatan. Auni melangkah masuk ke dalam rumah. Selangkah dia ke dalam, Pak Badar sudah tercegat dihadapannya. Tidak sempat untuk Auni memberi salam.

“Bagus la kau dah balik. Aku nak duit. Cepat bagi aku duit.” Suara lantang Pak Badar sudah keluar.

“Saya tak ada duit, ayah.”

“Tipu!! Gaji kau kan ikut hari, tak akan hari ini tak ada duit?”

Pak Badar memang tidak tahu yang Auni telah bekerja di resort. Sebelum ini, Mak Jenab hanya memberitahunya, Auni di suruh pergi awal ke restoran adalah untuk dapat duit lebih. Pak Badar juga tidak tahu yang Auni sudah berhenti kerja di restoran tersebut.

“Betul ayah, Auni tak ada duit.”

Auni berkata benar. Gajinya yang bekerja di resort itu, masih belum dia dapat. Ini kerana dia baru beberapa hari sahaja bekerja di situ.

“Kau jangan nak tipu aku. Aku kata aku nak duit, aku nak duitlah!! Kenapa susah sangat nak bagi ni, hah?!!” Pak Badar menarik kepala Auni. Tapak tangan Pak Badar yang besar dan kasar laju hinggap ke muka Auni.

“Ya Allah!” Terjelopok Auni jatuh menyembah bumi. Sakit malam semalam masih dirasakan, ditambah pula dengan sekarang ini. Dia tiada kudrat untuk bangun, apatah lagi malawan.

“Ayah...Auni cakap betul ni, ayah. Auni tak ada duit.” Auni cuba juga untuk berkata, walaupun terasa perit akibat darah sudah mula mengalir dihujung bibirnya.

Mak Jenab yang sedang membersihkan kebun sayurannya di belakang rumah segera masuk ke dalam apabila mendengar jeritan Auni. Dilihatnya Auni yang masih berada dilantai. Mukanya sudah merah dan mulutnya sedikit berdarah.

“Abang! Sudah la tu! Sakit anak kita ni!” Mak Jenab cuba untuk melawan. Di depanya tangan untuk menghalang Pak Badar dari terus memukul Auni.  Namun kudrat seorang perempuan, sekuat manalah sangat?

“Kau jangan nak masuk campur! Ke tepi!!” di tolaknya Mak Jenab oleh Pak Badar.

“Kau tak nak bagi duit ye. Kau tahu tak, aku nak beli arak, lepas tu aku nak berjudi! Lebih baik kau bagi aku duit sekarang. Kalau tak...”

Belum sempat Pak Badar hendak menampar Auni, tangannya di tahan oleh Ery. Ery memberikan satu tumbukan yang padu kepada Pak Badar. Terpelanting Pak Badar lalu jatuh terjelopok ke lantai.
Nasib baik Ery segera menghalang Pak Badar dari terus memukul Auni, jika tidak mungkin Auni akan pengsan akibat tamparan Pak Badar yang kuat, dengan keadaan badannya yang cukup lemah itu.
Ery sebenarnya secara tidak sengaja terdengar suara riuh rendah di dalam rumah Auni. Niatnya datang ke situ adalah untuk berjumpa dengan ayah Auni. Dia mahu membuat sedikit perbincangan. Tidak tahu pula ini yang terjadi.

“Oo...ini rupanya ayah Auni?! Memang jauh perbezaannya, seperti langit dengan bumi! Anak sebaik-baik manusia, tapi ayah? Sejahat-jahat manusia! Pak Cik memang ayah yang tak guna! Pak Cik sanggup mempergunakan anak Pak Cik untuk dapatkan duit, untuk diri Pak Cik saja!!! Berapa yang Pak Cik nak?! Nah! Ambik ni! Pergilah minum air kencing syaitan tu! Pergilah berjudi!” Ery mengeluarkan dompetnya dan memberikan wang kepada Pak Badar, habis berterabur wang kertas tersebut di muka dan badan Pak Badar.  

Ery mahu membelasah Pak Badar lagi. Namun segera dihalang oleh Auni.

“Sudah! Berhenti! Awak tak ada hak nak buat macam tu dekat ayah saya! Awak tak ada hak nak caci dan hina dia! Sejahat mana pun orang tua ni, dia tetap ayah kandung saya! Awak tak ada hak!!”
Terkejut Pak Badar mendengar pembelaan yang di buat oleh Auni, anaknya. Selama ini dia sudah banyak melakukan kesilapan kepada anak dan isterinya. Namun, Auni tetap menganggapnya sebagai seorang ayah?!

“Tapi Auni, saya cuma...”

“Sudah! Baik awak keluar dari sini! Keluar!!”

Sedih Ery. Auni betul-betul marah dengannya. Ery akur dengan permintaan Auni. Dia sedar, dia bukanlah sesiapa yang berhak untuk masuk campur dalam urusan mereka sekeluarga. Ery melangkah keluar dengan membawa hati yang lara. Hatinya juga sedih kerana inilah punca mengapa keadaan Auni pada hari ini terlalu pucat dan lesu. Patutlah dia tidak mengizinkan Ery berjumpa dengan ayahnya. Rupa-rupanya, inilah sebabnya!!

“Tunggu!” Pak Badar tiba-tiba bersuara.

Semua mata yang berada di situ terarah hanya pada Pak Badar. Langkah Ery juga terhenti.

“Kamu ke yang nak kahwin dengan Auni, anak Pak Cik?” Pak Badar berusaha untuk bangun lalu menghampiri Ery.

“Ye, Pak Cik. Saya.”

“Terima kasih, nak. Terima kasih. Kamu telah menyedarkan Pak Cik. Pak Cik izinkan kamu untuk berkahwin dengan anak Pak Cik, Auni.” Pak Badar memeluk erat Ery.

Ery terkedu.

Akhirnya, Pak Badar menyedari akan kesilapannya selama ini. Dia sudah melakukan banyak kesilapan dan dosa. Bukan sahaja kepada keluarganya, bahkan kepada Allah Taa’la. Dia bertaubat, dia tidak akan mengulangi segala kesilapannya yang lalu.

Air mata Mak Jenab dan Auni mengalir, bukan lagi kerana kesedihan dan kedukaan, akan tetapi air jernih itu mengalir adalah tanda kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan ke hadrat Ilahi. Begitu besar nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Doa yang selama ini dipanjatkan ke hadrat Ilahi, akhirnya telah dimakbulkan oleh-Nya.

Begitulah kuasa Allah a’zawajalla. Dia akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Subhanallah.

2 comments:

  1. Akhirnye insaf jugak ayah Auni...
    Nasib baik Ery datang tepat pade masenye...
    Sedih tengok keadaan Mak Jenab & Auni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NurAtiZa :)

      Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan @ dosa adalah orang yang Bertaubat dan Menyesal dengan dosa yang pernah dilakukannya...

      Delete