Friday 9 March 2012

CeritaCinta-Bab 17


“Saya dengar cerita, cucu awak dah nak kahwin dah ye? Cantik perempuan tu. Manis saja saya tengok gambar dia. Pandai dia cari.”

“Dengarnya dia jumpa perempuan tu dekat pulau. Amboi, tak mudah orang muda zaman sekarang ni ye.”

“Nanti majlis perkahwinan jangan lupa ajak kami ye.”

“Aish! Mestilah dia ajak kita. Cucu dia tu kan artis terkenal. Hensem pula tu. Aku minat ‘benor’ la.”

Sakit telinga Nenda Nafisah apabila mengenangkan kembali kata-kata rakan-rakannya sewaktu mereka berjumpa pagi tadi. Jika di ikutkan hatinya, mahu sahaja diganyang mulut mereka semua. Baru padan dengan muka.

“Haih, anak lelaki kamu seorang ni, Rubiah. Apa nak jadi pun ummi tak tahu. Dah nak kahwin dah pun, tapi ada nak bawa perempuan tu jumpa kita? Hmm, haram...usahkan bawa jumpa kita, bagitahu yang dia nak kahwin pun tak ada. Kita tahu pun dari surat khabar, dari mulut orang. Dari dia sendiri? Hmm, alamatnya tak tahu sampai ke sudah la kita ni.”

Puan Noor Rubiah, hanya diam tanpa kata. Malu juga dia dibuatnya dengan perangai dan sikap anak terunanya itu. Suruh bekerja dengan ayahnya, di tolak. Alasannya, dia tidak sesuai dengan pekerjaan tersebut. Aish! Budak ni memalukan betullah!

Kereta B.M.W hitam metalik sudah menyusur masuk ke halaman rumah. Tuan Khalid Radzwan menapak masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam mencuka.

“Abang. Awal balik? Kata ada mesyuarat.” Puan Rubiah menyambut kepulangan suami tercinta.

“Abang cancelkan.”

Tuan Khalid terus duduk di atas sofa bersama-sama dengan ibunya, Nenda Nafisah. Puan Rubiah pula ke dapur untuk membawakan segelas air kepada suaminya. Boleh sahaja dia menyuruh pembantu rumahnya ambilkan, tetapi dia lebih senang jika dia sendiri yang melayan suaminya.

“Hai, Khalid. Kenapa muka macam ayam berak kapur je ni? Syarikat kamu ada masalah ke?”

“Syarikat, okay saja. Tak ada masalah. Yang ada masalah sekarang ni, saya. Malu saya dengan orang-orang syarikat, di jajanya nama anak saya ke sana ke mari.”

Puan Rubiah datang tepat pada masanya. Air yang dibawa tidak sempat di letakkan di atas meja, disambar oleh Tuan Khalid. Diteguknya sehingga habis.

“Hah, Biah. Anak jantan kita tu tak ada telifon ke? Cakap pasal perkahwinan dia tu? Betul ke dia tu dah nak kahwin? Ke gossip je? Nama pun artis, kan.” Menjela-jela soalan yang di ajukan kepada Puan Rubiah oleh Tuan Khalid.

“Tak ada pula dia telifon. Tak apa nanti saya cuba call dia.”

“Tak payah, biar ummi yang call.” Pantas Nenda Nafisah mencapai ganggam telifon yang berada di sebelahnya. Di dail nombor cucunya, Ery.

“Tak di angkat.” Nenda Nafisah cuba mendail untuk kali kedua.
“Sibuk agaknya.” Puan Rubiah cuba mengagak.

“Sibuk apanya? Saja la tu, tak nak angkat. Dah la, saya nak naik atas dulu. Nanti kalau dapat cakap dengan dia, kirimkan ‘salam’ saya pada dia.” Tuan Khalid terus berlalu menaiki tangga. Hatinya masih panas dengan sikap anaknya itu.

Nenda Nafisah masih terus mencuba dan mencuba. Namun, hasilnya tetap sama. Ery gagal untuk dihubungi.

Daripada mereka bertiga, hanya Puan Rubiah sahaja yang gembira mendengar berita tentang anak bujangnya itu mahu mendirikan rumah tangga. Walaupun dia agak kecewa kerana Ery tidak memberitahunya sendiri. Akan tetapi dia senang kerana umur anaknya itu bukanlah muda lagi. Dia juga sudah jemu mendengar pelbagai gosip yang berkaitan dengan Ery. Mudah-mudahan, dengan perkahwinan tersebut segala gosip-gosip liar akan hilang hendaknya.

Puan Rubiah sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya yang tersayang itu, walaupun jauh di mata, namun anaknya itu sentiasa berada di dalam hatinya.

Hubungan Ery dengan ayahnya tidak seperti hubungan anak beranak. Ayahnya bersikap tegas dan pemarah. Pantang jika segala apa yang disuruh tidak dipatuhi. Begitulah juga sikap Ery, anaknya. Bak kata perpatah, ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’. Bergitulah peragai mereka berdua. Walaupun begitu, rasa kasih dan sayang tetap ada didalam diri mereka. Cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk menzahirkannya.

***

“15 miss call?!” Bagaikan nak terkeluar biji mata Ery apabila melihat skrin handphonenya.  

“Eh, Faizal. Kau pergi mana tadi, hah? Kenapa tak angkat handphone aku ni?”

Faizal baru sahaja melabuhkan punggungnya, Ery sudah naik angin.
Sorry la. Aku pergi tandas tadi. Aku sakit perut.” Faizal memegang perutnya. Entah apa yang dia makan, dia sendiri pun tidak tahu.

“Lama betul kau pergi tandas? Tahu tak dah 15 miss call ni?”

“Ala, aku minta maaf la. Aku betul-betul sakit perut ni. Apa kisah? Kau call la balik.”

“Memang aku tak kisah kalau orang lain. Tapi ni nombor telifon rumah aku, mesti family aku tengah cari aku ni. Habis… Masak la aku.” Ery menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak dapat menduga apa yang akan terjadi selepas ini.

Family kau? Hah, pandai-pandai la kau jawab ye. Aku minta diri dulu. Dia dah sampai dah..” Faizal segera bangun dan beredar dari situ. Perutnya meragam lagi sekali.

‘Em, kenapa diaorang call ye? Ini mesti pasal berita tu. Aish, aku nak jawab apa ni?’ Ery gelisah.

Hello. Assalamua’laikum.”

“Waa’laikumussalam. Hah! Ery, kamu kat mana tu sayang?” Puan Rubiah sangat gembira kerana Ery menelifon mereka semula.

“Ery kat Pulau Tioman ni, ma. Tadi siapa yang call? Ery minta maaflah, tadi Ery tengah shooting. Tak dengar bunyi phone.”

“Oh, tadi nenda yang call.”

‘Gulp!’ Tertelan airliur Ery apabila mendengar nama Nenda.

“Nenda? Dia nak apa, ma?”

“Kamu ni, tanya lagi? Dia nak tanya pasal perkahwinan kamu tu la. Ni mama nak tanya kamu ni, betul ke nak kahwin? Kenapa tak beritahu mama? Boleh mama pinangkan untuk kamu.”

“Mama ni, Ery malu la nak beritahu mama.” Ery menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Nak malu kenapa pula? Yang kamu beritahu wartawan tu tak malu? Habis kecoh satu rumah ni, kamu tahu tak?”

“Ery minta maaf la, ma. Ery pun tak tahu boleh jadi sampai macam tu.”

“Sudah la tu. Perkara yang dah lepas, tak payah la nak sebut-sebut lagi. Ni mama nak tanya lagi ni, bila kamu nak bawa calon menantu mama tu jumpa mama? Atau kamu nak mama ke sana?”

“Em, pasal perkara tu, nanti Ery beritahu. Ery kena bincang dengan orang kat sini dulu. Nanti apa-apa hal Ery beritahu mama ye. Mama jangan risau.”

“Ye la kalau macam tu.”

“Em, mama. Ery nak tanya sikit boleh tak?”

“Nak tanya apa? Tanyalah.”

“Nenda dengan papa macam mana? Diaorang okay ke tak?”

“Macam tu la, Ery. ‘Mau’ tak naik ‘hangin’ diaorang tu. Nenda kamu call pun, sebab nak marahkan kamu la. Diaorang malu, sebab dengar cerita pasal kamu kesana, kemari. Papa kamu ada beritahu tadi, kalau kamu call, dia kirim salam kat kamu. Tu yang buat mama nak tergelak tu.” Puan Rubiah tergelak kecil. Geli hati dia dengan sikap suaminya itu. Macam budak-budak.

Ery terdiam. Dia sudah masak dengan perangai papanya itu. Mesti papanya marah akan dirinya. 

“Hah, Ery. Bakal menantu mama tu macam mana orangnya?”

“Em, dia okay je, ma. Ery tak tahu la sama ada mama, papa dan nenda suka dengan pilihan Ery ni.”

“Mama okay je. Apa pilihan Ery, itulah pilihan mama.”

“Beruntung Ery sebab dapat mama yang macam ni. Sayang mama.”

“Sayang-sayang juga. Nanti apa-apahal jangan lupa nak call, tahu?”

Okay, mama jangan risau ye. Eh! Mama, Ery dah kena sambung kerja semula ni. Nanti apa-apa hal, Ery call. Assalamua’laikum.

“Waa’laikumussalam.”

Ery terpaksa mematikan talian handphonenya kerana isyarat sudah diberikan untuk dia menyambung semula shootingnya.

And...action!” shooting pun bermula.

2 comments:

  1. Sis...nape cepat sangat abisnye?
    Ape2 pun best...
    Harap keluarga Ery dapat terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...nt ada smbungannya lg..:)

      terima kasih sebab sudi follows and komen..

      annaAZ amat menghargainya..;)

      Delete