Wednesday 23 May 2012

CeritaCinta-Bab 18



Pada awal pagi yang begitu indah itu. Ery membawa ibunya menaiki kereta untuk menuju ke rumah Auni. Permandangan persisiran pantai yang begitu mengasyikkan memenuhi ruang penglihatan anak mata. Ciptaan Ilahi memang tiada tolak bandingnya.


Puan Rubiah tiba di pulau itu malam semalam tanpa di temani sesiapa sama ada suami,  ibu mertuanya mahupun pemandu peribadinya. Ini kerana Tuan Khalid tiba-tiba terpaksa menghadiri siminar di Brunei dan Nenda Nafisah tidak berapa sihat badan untuk berjalan jauh. Tuan Khalid memberikan cadangan supaya ditangguhkan dahulu program ‘merisik’ ini, namun Puan Rubiah tidak sabar-sabar untuk menemui ‘bakal menantunya’ itu. Maka oleh sebab itulah dia rela datang seorang diri dan juga menyuruh Ery membawanya ke rumah Auni awal-awal pagi lagi.

Nasib baik shooting pada hari ini dijalankan pada waktu petang, mudah sedikit kerja Faizal dan juga Ery. Iyela kan, kerja untuk ‘mencoverkan’ kegiatan Ery ini tanpa pengetahuan orang lain, kerja apa lagi?

Setibanya mereka di halaman rumah Auni, Ery mempersilakan ibunya keluar daripada kereta. Muka Ery penuh dengan senyuman. Biasalah hati orang tengah gembira, macam itulah.

Reaksi yang diberikan oleh Puan Rubiah adalah seperti reaksi kali pertama Ery melihat keadaan rumah Auni yang serba kekurangan. Hati Puan Rubiah begitu tersentuh. Rupanya ada lagi orang yang hidup serba kekurangan. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kehidupannya sekeluarga tidaklah sesusah kehidupan bakal menantunya itu, Auni.

Mak Jenab dan Auni telah bersiap sedia di muka pintu untuk menjemput Puan Rubiah masuk ke dalam teratak usang mereka. Apabila Puan Rubiah melangkahkan kakinya ke dalam rumah, beliau terus berhenti serta merta apabila terpandangkan Pak Badar yang berada dihadapannya.  Senyuman Pak Badar yang sedari tadi tidak lekang di mukanya mulai kendur. Peristiwa 25 tahun dahulu kembali ligat bermain di ruang fikiran Puan Rubiah dan Pak Badar.
Puan Rubiah memalingkan mukanya lalu beredar dari situ.

“Ery, jom kita balik!” Puan Rubiah mengeluarkan arahan.
Semua yang berada di situ berada dalam kepanaan, kecuali Pak Badar. Dia mengerti mengapa Puan Rubiah bersikap sedemikian rupa.

“Tapi ma, kita datang sini kan sebab...”

“Mama kata balik, balik! Jangan nak membantah!” Belum sempat Ery menghabiskan ayatnya Puan Rubiah pantas memintas.

Mak Jenab dan Auni diam tanpa berbicara. Puan Rubiah pula pantas menaiki kereta. Tidak dipalingkan wajahnya walau sesaat kepada Pak Badar sekeluarga. Wajah manusia yang pernah ditemuinya 25 tahun yang lalu begitu jelas di ingatannya. Dia tidak akan melupakan peristiwa tersebut. Hatinya bukan sahaja menjadi marah malah turut takut. Takut rahsia yang selama ini disimpannya akan diketahui orang lain. 

Ery memandang sayu Mak Jenab dan Auni. Dia tidak tahu mengapa ibunya tiba-tiba bersikap sedemikian rupa. Dicari handphonenya lalu diberikan kepada Auni.

“Nanti saya call awak.”

Auni menyambut pemberian Ery itu walaupun dia tidak pasti sama ada ia perlu atau tidak.

Ery melangkah pergi meninggalkan mereka dan memandu keretanya menuju ke arah keluar halaman rumah Auni. Dipandangnya Auni dari cermin sisi kanan keretanya. Hatinya sayu dan pilu.

*********

“Mama kata tak boleh, tak boleh! Ery faham tak cakap mama ni?!” Puan Rubiah sudah mula meninggikan suaranya.

“Ery faham ma, tapi Ery nak tahu apa sebabnya? Hari tu mama kata, apa pilihan Ery itulah pilihan mama, tapi sekarang mama tak suka pula. Itu yang Ery pelik. Kenapa mama?”

Puan Rubiah diam seribu bahasa. Dia tidak tahu sama ada ini adalah masa yang sesuai untuk dia menceritakan segala rahsia yang telah di simpan selama 25 tahun kepada anaknya, Ery.

“Mama, Ery tahu keluarga Auni tu bukan dari keluarga yang senang. Ery tahu family kita akan malu kalau orang lain tahu yang kita ni berbesan dengan keluarga Auni yang serba kekurangan tu. Tapi mereka baik, mama. Walaupun mereka tak kaya dengan harta benda tapi mereka kaya dengan budi pekerti, mama.” Ery cuba menagih simpati ibunya.

“Mana Ery tahu yang mereka tu orang baik-baik? Berapa lama dah Ery kenal mereka? Entah-entah mereka nak kaut kemewahan Ery. Mana kita tahu.”

“Mama!” Ery terkejut. Dia tidak menyangka yang ibunya akan mengeluarkan perkataan yang sedemikian rupa.

“Dah la. Kita tak payah cakap pasal perkara ni lagi. Keputusan mama muktamad. Esok, mama nak balik.” Puan Rubiah terus mengemas beg bagasinya dan membiarkan Ery dalam kesedihan. Walaupun dia sebenarnya tidak sampai hati membiarkan anaknya itu berada dalam kesedihan, namun dia juga tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Peristiwa 25 tahun yang lalu masih segar di dalam ingatannya.

*********

Kereta Proton Saga hitam sudah tiba tepat pada masanya, di bawah sepohon pokok di sebatang jalan yang sunyi sepi dari kenderaan. Seorang perempuan yang berada di dalamnya tidak sabar untuk melihat bayi yang akan menjadi miliknya. Seorang lelaki mengendong bayi yang sangat comel dan memberikannya kepada perempuan itu.

Senyuman semakin menyinari wajah Puan Rubiah ketika itu. Bayi yang ditunggu-tunggu selama 5 tahun kini berada di dalam dakapannya.

“Cepat. Mana duitnya?” Pak Badar sudah tidak sabar untuk menerima habuannya.

“Nah.” Puan Rubiah menghulurkan sampul surat yang berisi wang kertas yang banyak.

Pak Badar membuka sampul surat itu dengan rakusnya.

“Mana cukup!” Mata Pak Badar sudah merah menyala.

“Kau kata nak RM10,000. Aku ikut perjanjian yang kita mula-mula buat dulu.”

“Masa tu, bayi ni belum lahir lagi. Masa tu bini aku tak tahu yang aku nak jual bayi ni. Sekarang bila dia dah tahu, mau tak mengamok dia. Kau tahu tak, bukan senang aku nak dapat bayi ni dari bini aku, kau faham! Aku nak RM 10,000 lagi. Aku bagi masa satu minggu pada kau. Kalau tidak, rahsia kau aku pecahkan.” Senyuman sinis diberikan oleh Pak Badar.

Puan Rubiah tergamam, rahsia apa yang manusia ini tahu?

“Kau jangan ingat aku tak tahu apa rahsia kau. Kalau kau nak rahsia kau selamat, baik kau sediakan saja duit yang aku nak.”

Puan Rubiah tiada pilihan, dia terpaksa akur dengan permintaan Pak Badar.

********

“Ayah, kenapa termenung ni?” Auni menghampiri Pak Badar dan duduk disebelahnya. Peristiwa 25 tahun yang lalu terus hilang dibawa angin bayu.

Pandangan Pak Badar masih jauh ke pantai. Melihat salah satu ciptaan Ilahi yang begitu mengasyikkan.

“Auni. Auni rasa Allah akan ampunkan dosa ayah yang dulu?” Pak Badar mendongak ke langit.

Auni terdiam. Dia tahu ayahnya itu, tersangatlah menyesal dengan segala perbuatannya yang pernah dia lakukan.

“Ayah. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah juga Maha Pengampun, Dia akan mengampunkan segala dosa hamba-hambanya sekirannya hamba-Nya itu benar-benar bertaubat.” Lembut perkataan yang keluar dari mulut Auni, tanda hormatnya dia terhadap ayahnya itu, dan tanda dia mahu menghilangkan segala kesangsian yang berada di lubuk hati ayahnya terhadap Allah yang Maha Esa.

“Auni, ayah minta maaf dengan Auni. Sebab ayah telah menghancurkan kebahagiaan yang Auni bakal kecapi.” Ditatap wajah Auni dengan penuh kesyahduan dan penyesalan.

“Apa ayah cakap ni? Bukan salah ayah la mama Ery tak suka dengan Auni.”

“Ye, memang salah ayah. Ini semua salah ayah.”

Auni hanya terdiam, tidak mengerti dengan segala yang diperkatakan oleh Pak Badar.

“Kalau Auni nak tahu. Pada mama Ery la ayah jual abang kamu yang sulong.” Satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Pak Badar.

Bagaikan nak tergugur jantung Auni mendengar penyataan yang telah dinyatakan oleh Pak Badar.

‘Ya Allah, alangkah kecilnya dunia ini.’

“Dan mungkin Ery adalah abang kandung Auni.”

‘Ya Allah, mengapa ini semua boleh terjadi?’

Auni bingkas bangun. Dia tidak sanggup untuk mendegar apa yang bakal Pak Badar nyatakan. Namun, belum sempat Auni beredar, Pak Badar memanggilnya.

“Auni.”

Langkah Auni terhenti serta merta.

“Tolong, jangan bagi tahu perkara ni pada mak kamu. Ayah akan cari masa yang sesuai untuk bagi tahu dia sendiri.”
Auni melangkahkan kakinya yang  terasa berat dengan linangan air mata.

*********

Pandangan kosong diberikan kepada atap zink yang berkarat menunggu masa tamat hayatnya. Pelbagai-bagai perkara yang mengganggu fikiran Auni. Dia tidak tahu untuk berbuat apa lagi.
‘Patutlah susah untuk aku dan dia bersatu. Rupa-rupanya dia abang kandung aku. Tapi kenapa hatiku ini bagaikan terasa ada sesuatu yang tidak kena? Mengapa hatiku ini tidak boleh menerima kenyataan sekiranya dia benar-benar darah daging aku? Astragfirullahala’zim. Ya Allah kuatkanlah hatiku ini untuk menerima takdir-Mu ini, ya Allah.’

Auni segera bangun dan menuju ke bilik air di tangga bawah. Dia mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Perkara tersebut akan dia lakukan sekiranya hatinya tidak tenang, dan ia juga merupakan salah satu cara yang telah di ajarkan di dalam agama Islam yang suci.

Selesai mengerjakan solat, Auni menadah tangannya yang kudus memohon pertolongan Ilahi agar segala masalah dan kekusutan yang melanda diri dan keluarganya akan bertemu jalan penyelesaian.

Sedang Auni melipat kain telekung, satu nada dering handphone berbunyi.

“Eh, macam bunyi telefon. Tapi aku ni mana ada telefon.”

‘Ya Alah!’ Auni menepuk dahinya. Dia terlupa yang pagi tadi Ery sempat memberikan handphonenya kepada Auni.

Dilihatnya nama dan gambar Faizal di screen handphone.

“Em, mungkin Faizal tengah cari Ery sekarang. Ery ni pun satu, tak kan la tak bagi tahu Faizal pasal benda yang dah jadi pagi tadi.”
‘Eh! Sekejap. Macam mana aku nak jawab panggilan ni? Tak ada butang pun nak tekan.’

Auni binggung. Ini kerana handphone Ery adalah touch screen.Canggih! Iye la kan, zaman moden la katakan.

Kemudian, Auni main tekan saja, akhirnya... Alhamdulillah. Yes! Dia berjaya! Dia mendekatkannya ke telinga.

“He..hello, as...assalamua’laikum.” Tergagap-gagap Auni memulakan perbualannya dengan salam.

“Waa’laikumussalam. Kenapa lambat angkat? Dah tidur ke?” Satu suara kedengaran.

‘Eh, sekejap. Ini macam bukan suara Faizal.’ Auni musykil.
“Hello? Kenapa diam? Dah tidur ye?”

‘Aku cam suara ni. Kalau tak silap, ini suara Ery! Ya Allah, apa aku nak buat ni? Apa aku nak cakap dengan dia ni?’ Auni menjadi serba tak kena. Hatinya gelisah.

‘Okay, Auni. Tenang, okay. Dia kan abang kau.’ Auni cuba memujuk diri dan hati.

“Em, belum. Kenapa awak telefon malam-malam ni?” Tergetar-getar Auni menjawab. 

“Saya nak tanya. Awak okay ke?” Ery sebenarnya rasa bersalah dengan sikap ibunya yang tiba-tiba meniggalkan mereka pagi tadi.
“Saya okay je. Kenapa awak tanya macam tu?”

“Saya risau kalau awak terasa hati dengan sikap mama saya pagi tadi. Saya minta maaf bagi pihak mama saya. Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba...”

“Tak apa lah awak. Perkara dah jadi, kita tak payah nak ungkit lagi. Mungkin mama awak buat macam tu ada sebabnya.” Auni cuba memberikan alasan, walaupun sebenarnya dia tahu mengapa Puan Rubiah bersikap sedemikian rupa.

“Awak jangan risau, nanti saya akan pujuk mama saya. Saya akan bincang dengan dia pasal perkah...”

“Jangan!” belum sempat Ery menghabiskan ayatnya Auni segera memotong.

Ery terkejut.
“Apa maksud awak ‘jangan’?” Ery sudah naik hairan.

“Em, maksud saya. Janganlah pujuk mama awak lagi. Mungkin hati dia belum tenang lagi sekarang ni. Nanti kalau hati dia dah ‘sejuk’, barulah awak bincang semula dengan mama awak.”

‘Ya Allah, apa aku cakap ni?! Lain yang aku nak cakap lain pula yang keluar dari mulut ni.’ Auni menepuk-nepuk mulutnya.

“Em, terima kasih awak. Terima kasih sebab memahami.”

“Sama-sama. Okay la ye, dah lewat ni. Assalamua’laikum.”

“Waa’laikumussalam.”

Auni memberhentikan perbualan mereka.

‘Alhamdulillah, lega. Terasa hilang satu beban.’

Auni sebenarnya menjadi serba salah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk berhadapan dengan Ery dalam waktu tedekat ni. Jika dia pergi kerja di resort sekalipun, dia pasti akan bertemu dengan Ery di sana. Bagaimana dia mahu mengelakkan dirinya dari Ery? Kalau tak terserempak dengan Ery dekat resort sekalipun, Ery pasti akan datang ke rumah untuk bertemu dengannya. Kalau tidak pun, Ery pasti akan menelefonnya, sebab handphone Ery kan pada Auni sekarang. Haih! Auni terperangkap.
Sedang dia memikirkan cara bagi masalahnya itu, handphone Ery berbunyi lagi menandakan ada mesej masuk. Sekali lagi, Auni pakai tekan sahaja muka handphone Ery itu.

“Awak jangan risau. Walau macam mana sekalipun saya akan cuba memujuk mama saya untuk datang kerumah awak untuk meminang awak sebagai isteri saya. Itu janji saya! Selamat malam, semoga mimpi yang indah.”

Auni tergelak kecil apabila melihat smiley yang sedang tidur sambil perkataan ‘Z’ yang keluar daripadanya. Namun, apabila memikirkan kata-kata ayahnya siang tadi, senyuman itu bertukar menjadi satu reaksi muka yang berada dalam kerisauan.

“Dan mungkin Ery adalah abang kandung Auni.”

Tergiang-giang di telinga Auni kata-kata ayahnya. Akan tetapi, bagaimana caranya untuk dia berterus terang dengan Ery tetang perkara tersebut? Sungguh dia tidak mampu. 

2 comments: