Wednesday 23 May 2012

CeritaCinta-Bab 19



Pak Badar tidak sanggup untuk menanggung rasa berdosanya dia terhadap isteri dan anak-anaknya, begitu juga pada Puan Rubiah. Oleh sebab itulah, dia bertekad untuk bertemu dengan Puan Rubiah di resort. Dia meminta Auni memberitahu Ery, tentang kedatangannya tetapi tanpa pengetahuan Puan Rubiah. Pelbagai alasan diberikan oleh Ery supaya mamanya itu menunggu di resort agar sempat Pak Badar berjumpa dengannya. Pak Badar mahu meminta maaf dengan Puan Rubiah dan dia mahu mengetahui dengan lebih lanjut akan perihal anaknya yang telah diberikan kepada Puan Rubiah.

Setibanya Pak Badar di resort dia melihat Puan Rubiah tergesa-gesa hendak menuruni tangga. Tanpa menunggu masa yang lebih lama lagi, Pak Badar menghampiri Puan Rubiah.

Terbuntang biji mata Puan Rubiah apabila melihatkan Pak Badar sudah tercegat dihadapannya itu.

Ery segera memberhentikan langkahnya apabila melihatkan Pak Badar sudah tiba di resort tepat pada masanya. Dia sebenarnya sudah tidak termampu untuk menghalang ibunya daripada melangkah pergi.

Puan Rubiah cuba untuk melangkah, namun Pak Badar pantas bersuara.

“Kenapa kau nak lari dari aku Biah?”
Langkah Puan Rubiah terhenti. Ery pula hanya memerhati. Dia juga muskil, bagaimana Pak Badar boleh mengenali ibunya?
Pak Badar menghampiri Puan Rubiah yang sudah sedikit kehadapan.

“Aku datang ni sebab aku nak minta maaf atas segala kesalahan yang aku pernah lakukan pada kau, Biah. Sekarang aku menyesal.” Pak Badar berjeda.
“Aku cuma nak tahu bagaimana keadaan anak aku sekarang ni, Biah? Anak yang pernah aku ‘jual’ pada kau dulu.” Air mata Pak Badar mula menitis.

Ery bagaikan nak terduduk mendengar kenyataan yang baru sahaja di keluarkan oleh Pak Badar. Sungguh dia tidak menyangka perkara sebegini akan terjadi.

Puan Rubiah juga menitiskan air matanya. Tidak tertanggung rasanya segala penderitaan yang dia rasakan selama ini. Penderitaan kerana menyimpan satu rahsia yang sangat berat baginya. Dia merasakan yang dirinya menanggung satu dosa yang tersangatlah besar dan tidak mungkin akan di maafkan oleh sesiapapun! Dosa yang terus-terusan menghambat jiwanya.

Setelah keadaan sedikit reda. Puan Rubiah memilih untuk berhadapan dengan Pak Badar. Oleh kerana persekitaran di luar resort tidak sesuai untuk mengadakan ‘perbincangan’, dia memilih bilik Ery sebagai tempat mereka meluahkan segala isi hati dan untuk merungkaikan segala rahsia yang di simpan selama 25 tahun yang lalu. Ery turut bersama-sama dengan mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang di dengarinya tadi.

Ruang tamu di bilik Ery sangat eksklusif. Pelbagai kemudahan di sediakan oleh resort kepadanya. Iye la kan, nama pun artis, mestilah orang akan bagi yang terbaik untuk dirinya.

“Biah, tolong jangan diam macam ni. Tolong bagitahu aku macam mana keadaan anak aku sekarang?” Pak Badar sudah tidak sabar untuk mengetahui keadaan anak lelakinya.

Namun, Puan Rubiah tetap diam seribu bahasa. Tiada perkataan dan juga suara yang keluar dari mulutnya. Fikirannya sekarang berkecamuk.

Pak Badar mengeluh. Ini kerana dia tidak mendapatkan apa-apa jawapan dari soalannya. Dia kemudian memandang Ery. Di fikirannya sekarang, mungkin Ery inilah anaknya.

“Umur kamu berapa Ery?” Pak Badar mengajukan soalan kepada Ery.

Pada mulanya Ery agak terkejut, namun tetap menjawab soalan dari Pak Badar.

“Umur saya 23 tahun.”

’23 tahun? Nampaknya Ery ini bukan anakku. Umur anakku sepatutnya 25 tahun.’

“Kamu ada abang?” Pak Badar meneruskan lagi soal selidiknya.

“Ye, memang Ery ada abang. Namanya Nur Khairul ‘Imran, dan dialah anak kau.” Belum sempat Ery menjawab, Puan Rubiah sudah terlebih dahulu menjawab pertanyaan Pak Badar itu.

Ery terkejut. Dia tidak menyangka yang abangnya itu bukan adik beradik kandungnya. Bukan darah dagingnya!

‘Kenapa mama tidak pernah memberitahuku. Adakah abang tahu akan perkara ini?’

“Kat mana dia sekarang? Boleh kau bawa aku jumpa dengan dia? Isteri aku nak sangat jumpa dengan dia. Tolonglah.” Pak Badar merayu. Ini kerana dia sudah berjanji dengan Mak Jenab yang dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencari semula anak-anaknya.

“Dia kat luar negara sekarang. Sambung belajar dalam bidang kedoktoran. Dalam satu tahun lagi baru dia balik Malaysia.” Puan Rubiah menerang akan perihal anak angkatnya itu.

‘Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Anak aku sekarang ni sudah menjadi orang yang berguna, tidak seperti diriku. Aku bersyukur sangat-sangat.’

“Terima kasih, Biah. Kau dah didik dia dengan baik. Tak lama lagi anak aku bakal jadi doktor.” Pak Badar meraup tangannya ke muka. Dia benar-benar teruja dan bersyukur.

Jelas pada pandagan Ery dan Puan Biah, Pak Badar betul-betul gembira mendengar penjelasan yang telah diberikan. Walaupun sedikit, namun ia cukup bermakna untuk dia bawa pulang memberitahu Mak Jenab yang jelas-jelas rindu akan anak sulung mereka itu.

*********

“Alhamdulillah. Aku bersyukur ke hadrat-Mu, ya Allah. Akhirnya kami dapat bertemu kembali dengan ahli keluarga kami yang telah lama tidak ku temui. Walaupun aku tidak pernah melihat mukanya sedari kecil, namun perasaan rinduku tetap tinggi untuk bertemu dengannya. Sebelum ini, aku merasakan bahawa aku seperti anak tunggal yang tidak memiliki adik beradik yang lain. Namun tidak lagi, aku sekarang sudah mempunyai seorang abang. Aku sekarang sudah memiliki adik beradik yang lain. Adik-beradik kandungku sendiri, ya Allah. Ku bersyukur pada-Mu.”

“Dengan rahmat-Mu, ibu ku dapat bertemu semula dengan anaknya. Tempoh 25 tahun, bukan satu tempoh yang singkat , namun Kau telah menghilangkan rasa penantian itu dengan pertemuan semula seorang ibu dengan seorang anak. Aku bermohon pada-Mu, agar Kau temukanlah kami dengan seorang lagi adik-beradikku ya Allah, agar kami bisa bersatu menjadi sebuah keluarga yang lengkap. Agar hati ibu bapaku akan menjadi tenang. Kau makbulkanlah, ya Allah. Hanya pada-Mu tempatku bermohon dan berserah. Amin ya Rabbal a’lamin.”

Selesai mengerjakan solat fardu I’syak, Auni merebahkan dirnya ke atas katil. Mukanya begitu ceria. Dia bersyukur kerana kehidupannya sekarang ini mulai berubah menjadi lebih baik. Ahamdulillah.

Namun, apabila dia terfikirkan tentang Ery. Wajahnya mulai muram dan suram. Ini kerana perkahwinan di antara mereka berdua tetap berjalan seperti yang telah dirancangkan.

Segalanya telah di atur oleh orang tuanya sewaktu Puan Rubiah bertandang ke rumah mereka pagi tadi. Dalam tempoh dua minggu lagi mereka akan di ijab kabulkan.

“Betul ke aku ni nak kahwin dengan Ery? Ini bukan mimpi ke?” Auni menjadi keliru. Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku sekarang. Segalanya tidak pernah dibayangkan. Menjadi seorang isteri kepada seorang artis, yang ‘popular’ pula tu. Bolehkah dia membiasakan dirinya? Dia sendiri keliru.

“Aku tak pernah kenal pun dengan dia sebelum ni. ‘Tup-tup’ bila terjumpa, terus ajak aku kahwin? Dia tu betul-betul ikhlas ke nak kahwin dengan aku? Aish! Peningnya!” Auni mengaru-garu kepala. Habis serabut rambutnya.

Namun, apabila dia teringatkan kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara dia dengan Ery sebelum ini. Auni tergelak sendirian, geli hatinya dan terasa lucu. Sewaktu pertama kali bertembung dengan Ery di hadapan pintu resort. Sewaktu dia mengemop lantai. Sewaktu dia menghempaskan baldi akibat geram dengan perangai Ery yang telah memalukan dirinya di khalayak ramai. Semuanya itu mencuit hatinya. Senyuman dipinya semakin lebar sampai ketelinga. Hehe...

“Amboi, anak mak yang sorang ni, tak tidur lagi? Tersenyum sorang-sorang, teringat kat siapa?” Mak Jenab menghampiri Auni dan duduk disebelahnya.

“Eh! Mak. Terkejut Auni. Mana ada Auni teringat kat siapa-siapa. Saja-saja senyum sorang-sorang. Sebab, dah tak ada kerja, hehehe.”

“Ye la tu. Ni mesti teringatkan Ery, kan?”

“Eh! Mana ada. Buat apa nak teringatkan dia?” muka Auni sudah mulai merah.

“La, dia kan bakal suami kamu. Kalau bukan dia siapa lagi? Malu pula nak mengaku ye?” Mak Jenab mencuit dagu anaknya itu. Dia gembira melihat Auni sekarang yang sentiasa tersenyum bahagia.
Auni hanya tertunduk. Malu. Telahan ibunya itu tersangatlah benar. Tidak dapat dinafikan lagi.

“Mak, boleh Auni tanya satu perkara?”

“Apa dia sayang? Tanyalah.”

“Em, betul ke Auni kena kahwin dengan Ery?”

“Ish! Budak ni, soalan ni yang dia nak tanya? Tak ada soalan lain ke?”

“Bukan apa, Auni rasa macam tak percaya saja. Macam mimpi pun ada.”

“Mimpi ye?” Mak Jenab mencubit paha Auni.

“Adoi. Sakitlah, mak. Kenapa mak cubit Auni?” Auni menyapu-nyapu bekas cubitan ibunya.

“Hah, sakitkan? Itu maknanya bukan mimpi, sayang. Auni berada di alam realiti. Tak lama lagi Auni akan berkahwin dengan Ery. Auni kena percaya tu.”

“Tapi mak, kami sebelum ni tak pernah kenal pun. Tau-tau bila jumpa dia ajak kahwin.”

“Habis tu, masa dia ajak kamu kahwin yang kamu terima kenapa?”
“Em, masa tu Auni cuma kasihankan dia je.”

“Kasihan? Sekarang, kamu rasa apa?”

“Entahlah, mak. Auni tak rasa apa-apa. Tapikan, mak. Orang lain selalu cakap, kalau nak kahwin kena ada rasa cinta, kena ada rasa suka antara satu sama lain. Barulah rumah tangga akan bahagia.” Auni berjeda.

“Mak rasakan, Ery tu cinta Auni tak? Mak rasa dia tu betul-betul suka Auni?” Satu-persatu perkataan yang keluar dari mulut Auni.
Sebenarnya dia sendiri malu untuk menanyakan soalan yang sebegitu kepada ibunya. Namun, dia tiada pilihan. Selama ini kepada ibunya itulah dia akan meluahkan segala rasa yang berada di dalam hatinya. Sama ada kebahagiaan atau kesedihan.

Mak Jenab tersenyum mendengar segala persoalan yang bermain-main difikiran anaknya itu. Dia tahu Auni sekarang sedang resah dan gelisah.

“Auni, mari sini sayang. Sandar pada bahu ibu.”

Tanpa menunggu masa yang lama, Auni segera menghampiri ibunya. Pada bahu ibunya itulah dia akan bersandar untuk menghilangkan segala keresahan yang melanda dirinya sebelum ini.

“Rasa cinta dan suka tu Auni, susah untuk kita jelaskan macam mana bentuknya. Namun, percayalah ia tetap akan lahir dari hati kita sendiri. Walaupun rasa tersebut tak ada antara Ery mahupun Auni, namun ia tidak menjadi penghalang untuk kamu berdua bersatu. Lama kelamaan nanti rasa tersebut akan lahir juga. Percayalah. Ia boleh disemai dan dipupuk. Insyallah. ”

“Tapikan, mak. Macam mana, kalau Ery betul-betul tak ada rasa cinta atau suka dekat Auni. Auni nak buat apa mak?” Auni masih mahukan jawapan sedalam-dalamnya.

“Auni, sama ada Ery ada ke, tak ada ke rasa cinta tersebut, Auni tetap kena jalankan tugas Auni, tanggungjawab Auni sebagai seorang isteri. Itu amanah yang Auni kena pikul, sebab Ery sudah menjadi suami Auni. Faham?” Mak Jenab menyusap lembut rambut Auni.

“Faham. Terima kasih, mak. Auni akan ingat kata-kata yang mak berikan. Insyallah, Auni akan jalankan tugas Auni sebagai seorang isteri yang baik. Mak doakan ye.”

“Ye, sayang. Insyallah. Doa mak sentiasa ada untuk anak mak yang cantik ni.” Mak Jenab mengucup dahi Auni. Semoga Allah Taa’la akan sentiasa melimpahkan kasih dan rahmatnya kepada Auni. Semoga pertolongan dari Allah akan sentiasa ada untuk Auni. Itu doa dan harapannya.

*********

“Aku terima nikahnya, Auni Syatirah binti Badaruddin dengan maskahwinya RM 22.50. Tunai.”

“Sah?”

“Sah.”

“Sah.”

“Alhamdulillah.” Doa dibacakan agar perkahwinan pada hari ini akan diberkati oleh Allah Taa’la. Agar mereka akan bahagia sehingga ke syurga.

Kini Auni Syatirah sudah sah menjadi isteri kepada Nur Khairi ‘Ilman. Akad nikah dilakukan secara sangat sederhana. Hanya saudara mara yang dekat sahaja yang hadir. Namun, Nenda Nafisah tidak datang, katanya kurang enak badan. Hanya Puan Rubiah dan Tuan Khalid sahaja yang hadir dari pihak keluarga Ery. Walaupun Ery dapat mengagak mengapa Nendanya tidak hadir, ia bukanlah kerana kurang enak badan, namun hakikatnya adalah kerana sememangnya nendanya itu tidak suka akan dirinya. Itu telahan Ery, dan dilihat ada betulnya juga.

Segala perbelanjaan untuk kenduri ini ditanggung sepenuhnya oleh keluarga Ery. Sama ada dari bilik pengantin sehinggalah keseluruhan rumah tersebut Ery yang menanggungnya.

Ery juga tidak memberitahu pihak wartawan tentang perkahwinannya itu. Hanya orang-orang yang tertantu sahaja yang mengetahuinya. Dia akan mencari masa yang sesuai untuk mengumumkannya kepada pihak media.

Walaupun begitu, ramai juga tetamu yang hadir. Biasalah, apabila mereka mendengar artis yang terkenal datang ke kampung mereka apalagi majlis perkahwinan, tentulah teruja dan seronok. Tangkap gambar. Minta autograf. Sampai tak cukup tangan jugalah Ery dibuatnya. Sampai ke petang tetamu masih tak putus-putus datang dan bertandang. Tak dapat makan pun tak apalah, janji dapat bergambar dengan Ery. Nasib baik Faizal ada untuk meredakan suasana. Kalau tidak, mungkin sampai ke malam ada lagi yang hadir.

Oleh kerana terlalu penat, Ery memilih untuk bermalam dirumah mertuanya itu. Jika tidak dia harus pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan keluarganya kerana pada keesokan harinya dia kena hadiri satu segi photoshot bagi satu cover majalah. Nasib baik temujanjinya itu petang, sempatlah jika dia bertolak ke sana pada waktu pagi esok.

Ery merasakan badannya benar-benar tidak larat untuk berdiri lagi. Matanya juga sudah tidak larat untuk dibuka. Katil di dalam bilik pengantin, seperti memanggil-manggilnya. Tanpa menunggu masa yang agak lama, Ery merebahkan dirinya di atas katil setelah dia membersihkan dirinya. Dia harus membetulkan semula urat-uratnya yang sudah terbelit akibat keletihan yang terlampau. Namun, sebaik sahaja pintu bilik dibuka, Ery berbingkas bangun. Dia hampir terlupa yang dia sekarang ini sudah menjadi suami orang. Dia harus menjaga hati isterinya. Baginya, Auni telah menyelamatkan dirinya daripada masalah yang dia hadapi sekarang.
Auni hanya beridiri di pintu selepas dia menutupnya. Dia merasa kekok dan tidak selesa, walaupun jika di ikutkan dia sekarang ini sudah menjadi milik Ery sepenuhnya.

‘Auni tenang, okay.’ Kata-kata semangat amat diperlukan oleh Auni saat ini.

“Marilah duduk kat sini. Kenapa berdiri kat pintu tu?” Ery memperlawa Auni untuk duduk bersama-sama dengannya. Auni menurut dalam keadaan terpaksa dan jaraknya juga agak jauh, hanya di hujung katil sahaja.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat awak sebab sudi berkahwin dengan saya. Saya sangat-sangat hargainya. Kedua, saya akan cuba untuk menjadi seorang suami yang baik. Ketiga, saya harap kita akan saling kenal mengenali selepas ini. Keempat, saya harap awak boleh terima saya seadanya, dan saya akan terima awak seadanya. Saya ni bukanlah baik sangat, dan saya harap awak bolehlah terima sikap atau perangai-perangai buruk saya. Mana yang tak betul tu awak bagitahulah ye, kadang-kadang saya tak perasan apa yang saya buat tu betul atau salah, boleh?” Panjang lebar kata-kata Ery. Almaklumlah, kali pertamalah katakan.

‘Siap ada nombor-nombor lagi. Dia ingat sekarang ni tengah jawab exam ke? Tak apa, tak apa. Auni tenang, okay. Ingat! Dia tu suami kau.’

“Insyallah. Saya...pun nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat awak sebab sudi kahwin dengan saya. Em... dan insyallah, saya akan cuba menjadi seorang isteri yang baik untuk awak.” Auni membalas dengan keadaan yang terketar-ketar.

Ery tahu isterinya itu takut dan bimbang untuk bersama-sama dengannya, pada malam pertama mereka.

Tidak lama kemudian, Ery bangun dan menghampiri Auni. Auni terkejut dan serta merta juga dia bangun. Auni sudah menjadi tidak tentu arah. Dia cuak. Namun, tetap berdiri tanpa beranjak walau sedikit pun. Auni merasakan, mungkin Ery mahu menuntut haknya sebagai seorang suami daripada dirinya.
Ery hanya tersenyum.

Dalam keadaan gementar Auni tetap cuba untuk memandang Ery. Apabila mata mereka bertemu dan bertaut Ery mendekatkan mukanya kepada Auni. Serta-merta Auni memejamkan matanya. Rapat. Dia pasrah.

Ery tersenyum lagi apabila melihat muka Auni yang ala-ala takut itu. Kemudian, Ery menghadiahkan satu kucupan pada dahi Auni. Agak lama.

Zup!! Berderau darah Auni. Namun, matanya masih lagi dipejamkan.

“Dah.” Ery mula bersuara.

‘Dah apa yang ‘dah’?’ Auni musykil. Namun, kemusykilannya itu tidak dapat dikeluarkannya. Seperti tersekat dicelah kerongkong.
“Awak dah boleh buka mata awak sekarang.” Walaupun begitu, Ery dapat mengagak kemusykilan yang melanda diri Auni.

Auni membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat Ery tersenyum. Apalagi, pipi Auni terasa panas. Malu dia dibuatnya.
“Awak tidurlah atas katil. Biar saya tidur kat bawah saja.” Ery mengambil bantal yang berada berdekatan dengan Auni.
“Kenapa awak nak tidur kat bawah pula?” Auni segera memegang lengan Ery. Ery terkedu.

“Saya takut awak tak selesa nak tidur sekali dengan saya.”

“Tapi...kitakan dah jadi suami isteri yang sah.” Auni tertunduk malu sambil satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Auni.
Ery mencari-cari kepastian dari kata-kata Auni. Dia takut dia tersalah dengar.

Auni cuba memberanikan dirinya untuk bertentangan mata dengan Ery. Apabila Ery sudah temui kepastian yang dicari, perlahan-lahan tangannya membuka tudung Auni. Ini kerana memang sedari siang tadi Auni masih tidak menunjukkan rambutnya kepada Ery. Bagi Auni, biarlah suaminya sendiri yang membuka tudungnya itu.

Ery membelai-belai rambut Auni. Wajah Auni benar-benar cantik jika dia tidak bertudung. Sangat cantik.

Jantung Ery berdengup kencang. Hati Auni pula berdebar-debar.
Malam ini adalah permulaan kehidupan mereka sebagai pasangan suami dan isteri. Perjalanan yang mendatang masih jauh lagi. Semoga mereka dapat melayari bahtera kehidupan mereka dengan baik dan lancar. Semoga mereka sentiasa berada dibawah limpahan rahmat dari Allah yang Maha Esa.

3 comments:

  1. apa dah jd ngan cite ni?????.....ada sambungan ke?????.....or dah nak dibukukan??????????

    ReplyDelete
  2. maaf, anna dah lama x update citer ni..
    dlm penulisan2u pun dh x kuar, anna pun xpasti apa sbnya..
    insyallah, anna akn terus smbung dlm blog ni..
    terima kasih sb sudi membaca dn teruskn membaca untuk mngetahui smbungannya.. :)

    ReplyDelete